backup og meta

5 Kelebihan Kelas Antenatal Bakal Parents Patut Tahu, No. 3, 4 Amat Penting!

5 Kelebihan Kelas Antenatal Bakal Parents Patut Tahu, No. 3, 4 Amat Penting!

Kehamilan perkara penuh keajaiban dan agak menakutkan khususnya bagi yang pertama kali bergelar ibu bapa. Bagi bakal ibu, mengikuti kelas antenatal dapat membantu dalam menjangkakan apa yang bakal dihadapi selepas kelahiran bayi nanti.

Jom ketahui apakah antara kelebihan lain bagi wanita hamil jika mereka mendaftarkan diri dalam kelas ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Apa itu kelas antenatal?

Ia dianggap sebagai sesi aktiviti untuk persediaan sepanjang kehamilan. Jika mengikuti kelas ini, anda dan pasangan akan mengalami perspektif yang menarik mengenai kehamilan dan bertemu dengan individu yang sama emosi dengan kalian. 

Bukan sekadar itu, anda akan dibimbing oleh pakar kelahiran yang akan membantu mempersiapkan diri dengan teknik bersalin yang terbaik dan terkini. 

Kelas ini juga akan memberikan kalian maklumat berharga seperti melibatkan aspek penjagaan dan perkara yang harus dijangkakan sebelum bersalin, cara penyusuan susu ibu, serta suplemen yang diperlukan bagi memastikan tahap kebajikan dan kesihatan sentiasa dalam keadaan terbaik.

Waktu disarankan untuk mula menghadiri kelas

Berdasarkan cadangan pakar dan pengajar, tempoh paling sesuai untuk menyertai kelas ini adalah apabila kandungan berusia antara 30 hingga 32 minggu. 

kelas antenatal
Kelas bersalin dapat mengeratkan silaturahim ibu mengandung.

Manfaat wanita hamil menyertai kelas antenatal

Turut dikenali sebagai kelas bersalin, umumnya tiada paksaan untuk anda dan pasangan menyertai kelas ini.

Tetapi berikut merupakan antara kelebihan utama jika mengikuti kelas bersalin ini, seperti:

#1. Berjumpa rakan baharu

Salah satu faedah utama menyertai kelas ini adalah anda akan bertemu wanita hamil lain. Ia akan membantu anda membina sekumpulan rakan baharu yang melalui pengalaman sama. Ini sekali gus membolehkan diri berkongsi pengalaman, soalan dan mengadu.

Ada juga ibu yang menghadiri kelas ini sudah pun mempunyai anak. Mereka pastinya mempunyai lebih pengalaman dan boleh membantu menjawab segala persoalan yang anda alami.

#2. Mendapat ilmu pengetahuan mengenai kehamilan dan proses bersalin

kelas ibu bersalin
Demonstrasi cara penjagaan bayi selepas bersalin.

Kelas bersalin ini dapat memberikan ibu mengandung banyak maklumat dan memberikan penjelasan berkaitan aspek kelahiran bayi.

Anda akan dapat memahami apa yang akan berlaku semasa bersalin dan bagaimana tubuh berubah sepanjang proses tersebut. Dalam masa sama, anda juga akan diterangkan mengenai kemungkinan komplikasi yang boleh terjadi semasa bersalin dan cara penyelesaiannya.

Selain itu, anda juga akan diberi penerangan mengenai terminologi perubatan, sekali gus membolehkan anda memahami apa yang dibincangkan oleh doktor dan jururawat semasa bersalin.

Kelas ini akan memberikan anda kepastian mengenai prosedur yang terlibat dan merungkai ketidakpastian khususnya buat wanita hamil yang pertama kali bergelar ibu. 

Paling penting, anda harus tahu setiap maklumat yang diberikan boleh dipercayai kerana mereka adalah pakar terlatih.

Kelas antenatal #3. Meningkatkan keyakinan diri

Antara manfaat menyertai kelas ini adalah untuk meningkatkan rasa yakin diri. Ini kerana apabila anda memahami lebih perkara yang terlibat dalam prosedur melahirkan anak, sudah tentu diri akan berasa lebih yakin dan tenang.

Kebanyakan pasangan atau bakal ibu bapa akan lebih tenang dan yakin kerana mereka mengetahui apa yang boleh dijangkakan dan cara menguruskan apabila perkara itu berlaku.

#4. Mendekatkan diri dengan pasangan

Manfaat kelas antenatal 2024 juga boleh membantu anda dan pasangan mendapatkan tahap keintiman dan kemesraan yang lebih baik. Mempelajari proses bersalin bersama-sama adalah dapat mengeratkan lagi hubungan kalian.

Jika anda menghadiri kelas antenatal online bersama pasangan, kalian berdua akan mempunyai pemahaman yang mendalam mengenai keseluruhan proses bersalin nanti.

Mengikuti kelas ini juga merupakan panduan untuk ibu bapa baharu mengetahui semua perkara melibatkan kehamilan dan kelahiran sehingga proses penjagaan bayi baru lahir.

#5. Lebih seimbang & sihat

Menyertai kelas bersalin ini dapat membuatkan anda lebih memahami tentang prosedur dan proses berkaitan bersalin, sekali gus membantu anda membuat keputusan lebih baik dalam meningkatkan kesihatan diri.

Anda akan mempelajari risiko dan faedah yang berkaitan dengan pelbagai prosedur serta cara terbaik dalam menangani komplikasi kehamilan tertentu.

Kelas antenatal online mahupun secara fizikal juga dapat memberikan anda pemahaman menyeluruh mengenai cara terbaik untuk mengekalkan pemakanan dan kesihatan yang baik sepanjang kehamilan – akhirnya membawa hasil kesihatan lebih baik untuk anda dan bayi dalam kandungan.

checklist ibu mengandung
Senarai barang keperluan untuk ibu bersalin.

Memilih kelas bersalin

Berikut adalah perkara yang boleh dipertimbangkan semasa memilih kelas antenatal nanti:

  • Topik yang dibincangkan dan penceramah setiap topik
  • Pastikan tarikhnya adalah apabila kehamilan anda mencapai sekurang-kurangnya 30 minggu
  • Lokasi tidak terlalu jauh
  • Pakej/harga yang mereka tawarkan berpatutan

Kesimpulan

Dengan menyertai kelas antenatal, anda dan pasangan akan mendapat pemahaman lebih baik mengenai kehamilan, proses bersalin dan keadaan selepas melahirkan anak. Ia adalah pendedahan yang bagus untuk kalian sebelum kehadiran cahaya mata.
Kelas bersalin menyeronokkan! Bagi ibu bapa baharu, anda disarankan untuk mempertimbangkan bagi menghadiri kelas ini kerana ia akan membantu kalian mengharungi fasa keibubapaan.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Do antenatal classes benefit the mother and her baby?. https://doi.org/10.1080/jmf.13.2.94.101. Accessed on May 12, 2022
  2. Antenatal classes. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/antenatal-classes. Accessed on May 12, 2022
  3. Class is in session: The many benefits of prenatal education. https://utswmed.org/medblog/prenatal-childbirth-classes/. Accessed on May 12, 2022
  4. Antenatal classes. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/antenatal-classes. Accessed on May 12, 2022 
  5. Antenatal classes – preparing you for the birth. https://www.tommys.org/pregnancy-information/im-pregnant/antenatal-care/antenatal-classes-preparing-you-birth. Accessed on May 12, 2022 

Versi Terbaru

05/07/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Selain Perut, Berat Juga Bertambah Pada 4 Bahagian Ini Semasa Hamil, Jom Bongkar!

Ibu Hamil Tak Sabar Nak Scan Baby? Ini Yang Akan Berlaku Semasa Imbasan!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/07/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan