backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Rancang Untuk Lahirkan Baby Di Rumah? Ini Antara Persiapan Perlu Dilakukan

Fakta Disemak oleh Nurul Halifah


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/08/2021

    Rancang Untuk Lahirkan Baby Di Rumah? Ini Antara Persiapan Perlu Dilakukan

    Ada tak bakal ibu yang teringin untuk bersalin di rumah bersama suami? Jika ada, terdapat persiapan yang perlu dilakukan kalian.

    Teruskan membaca perkongsian Hello Doktor ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Persediaan bersalin di rumah bersama suami

    Terdapat pelbagai sebab mengapa ada pasangan yang memilih untuk melahirkan anak di rumah.

    Antaranya seperti kos yang lebih murah, kebebasan serta dapat bersama keluarga ketika proses kelahiran tersebut.

    Tidak kiralah apa sekalipun sebab yang mendasari, terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebagai persediaan.

    Siapa yang boleh bersalin di rumah?

    Bukan semua wanita mengandung boleh bersalin di rumah bersama suami. Biasanya hanya mereka dengan kehamilan berisiko rendah sahaja dibenarkan. 

    bersalin di rumah bersama suami

    Ini bermakna anda tidak mempunyai masalah kesihatan kronik seperti:

    Anda juga tidak boleh beranak di rumah jika:

    Jenis kehamilan yang disebutkan di atas berisiko memerlukan campur tangan perubatan.

    Kelahiran bayi pramatang – kurang daripada 36-37 minggu, kandungan overdue – melebihi 41-42 minggu dan kehamilan lewat usia juga tidak disarankan bersalin di rumah.

    Jika kawasan tempat tinggal adalah jauh daripada hospital, sebaiknya pilihlah untuk bersalin di hospital.

    Ini kerana jika timbul masalah perubatan kecemasan, rawatan segera dapat diberikan untuk menyelamatkan nyawa ibu atau bayi.

    Manfaat dan risiko bersalin di rumah bersama suami 

    Antara manfaat melahirkan anak di rumah adalah boleh mengelakkan campur tangan perubatan luar seperti:

    Antara kelebihan lain adalah seperti:

    • Mengurangkan risiko jangkitan ibu
    • Menurunkan risiko koyakan faraj atau perineum tahap 3 atau 4
    • Dapat bersama ahli keluarga dan rakan
    • Bebas melakukan perkara yang diingini 
    • Lebih banyak kawalan terhadap keputusan melahirkan anak
    • Meningkatkan ikatan dengan bayi
    • Lebih banyak privasi

    bersalin di rumah bersama suami

    Mencari bidan untuk bersalin di rumah

    Perkara paling utama sebagai persiapan bersalin di rumah bersama suami tentulah harus mempunyai bidan profesional berlesen yang dilengkapi dengan peralatan bersesuaian, latihan dan kepakaran.

    Dapatkan bidan berpengalaman sama ada sebagai pembantu atau yang mengetuai proses kelahiran itu sendiri.

    Pastikan bidan yang dipilih mempunyai kemahiran untuk menangani situasi kecemasan atau sebarang komplikasi kelahiran seperti pendarahan teruk selepas bersalin.

    Baca juga:

    Barangan keperluan untuk bersalin di rumah bersama suami 

    Berikut antara barangan keperluan yang perlu disediakan untuk beranak di rumah:

    • 2 sarung katil yang bersih – 1 di bawah dan 1 di atas alas katil kalis air
    • Alas katil kalis air jenis pakai buang – boleh gunakan tirai mandi sebagai alas
    • Bantal disarung dengan plastik bag dan sarung bantal
    • Selimut 
    • Penghilang kotoran seperti hidrogen peroksida atau serbuk soda – untuk menghilangkan kesan darah
    • 2 beg plastik sampah besar
    • Beberapa gulung tisu tandas
    • 10 helai kain lap kecil bersih
    • Mangkuk besar untuk plasenta
    • Lampu suluh
    • Termometer digital

    Biasanya bidan akan menyediakan beberapa bekalan seperti sarung tangan pakai buang, penyepit tali pusat, alatan jahit dan lain-lain.

    Melahirkan anak di dalam air

    Teringin nak bersalin di dalam air? Boleh tetapi ada persiapan tambahan yang perlu anda sediakan.

    Untuk kelahiran bayi dalam air, anda memerlukan:

    • Kolam renang udara (inflatable pool)
    • Pelapik kolam pakai buang
    • Termometer terapung
    • Tuala tambahan
    • Pam angin kuasa elektrik

    bersalin di rumah bersama suami

    Persediaan selepas bersalin di rumah bersama suami 

    Di samping persiapan yang dinyatakan di atas untuk kegunaan semasa proses kelahiran bayi, anda juga perlu memastikan barangan keperluan selepas bersalin turut tersedia.

    Antaranya seperti:

    • Tuala wanita
    • Minuman dalam pantang seperti minuman herba berasaskan halia atau kunyit
    • Bahan untuk mandian herba berpantang

    Keperluan bayi baru lahir

    Sama seperti persediaan untuk menyambut kelahiran bayi di hospital, anda turut perlu menyediakan kelengkapan bayi walaupun bersalin di rumah. Antaranya: 

    • Pakaian yang selesa untuk si kecil
    • Lampin bayi sama ada jenis pakai buang atau kain
    • Selimut bayi
    • Tisu basah
    • Bantal menyusu
    • Minyak bayi 
    • Alas tukar lampin (changing mat)
    • Minyak zaitun – boleh disapu pada punggung bayi sebelum memakaikan lampinnya. Ia dikatakan dapat membantu memudahkan proses mencuci mekonium – najis awal bayi.

    Kesimpulan

    Berbanding dengan negara Barat, pilihan untuk bersalin di rumah bersama suami agak jarang dilakukan wanita Malaysia.

    Ini kerana kebanyakan doktor lebih mengesyorkan untuk wanita hamil melahirkan anak di hospital. 

    Ia dapat menjamin keselamatan ibu dan bayi sekiranya memerlukan rawatan kecemasan.

    Namun sekiranya anda dan pasangan bercadang untuk melahirkan anak di rumah, ia memerlukan perancangan yang rapi.

    Ini termasuklah pelan untuk dimasukkan ke hospital jika berlaku kecemasan yang tidak diingini.

    Jika terdapat sebarang ketidakpastian berkaitan prosedur beranak di rumah ini, bertanyakan kepada doktor adalah pilihan terbaik.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Nurul Halifah


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/08/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan