home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Sedia Untuk Timang Cahaya Mata? Semak Senarai Persiapan Ini Dahulu!

Merancang untuk hamil |Kesihatan diri |Rancang kewangan |Hubungan dengan pasangan|Aktiviti sebelum hamil
Sedia Untuk Timang Cahaya Mata? Semak Senarai Persiapan Ini Dahulu!

Anda sudah mendirikan rumah tangga selama beberapa tahun dan sekarang dalam fasa merancang keluarga?

Tunggu sebentar, sebelum anda memulakan ‘usaha’ bersama pasangan untuk mendapatkan zuriat, baca dulu artikel ini okey!

Merancang keluarga sudah tentu menjadi suatu yang menerujakan buat setiap pasangan, namun kepentingan persediaan kewangan, emosi, mental dan fizikal perlu ditekankan.

Kehadiran si manja bukan sahaja akan menukar status kalian, malah pelbagai lagi perubahan kehidupan akan berlaku!

Mempersiapkan diri terhadap fasa peralihan ibu bapa memerlukan perancangan yang mendalam, merangkumi dinamik hubungan bersama pasangan, kewangan, masa, tenaga dan banyak lagi!

Jangan risau, kepada pasangan yang sedang merancang untuk hamil, artikel ini akan membincangkan ‘senarai’ yang perlu bakal ibu bapa semak dan fahami, untuk bantu kalian mempersiapkan diri.

Baca lebih lanjut tentang Persediaan Kehamilan di sini.

Merancang untuk hamil

Pengalaman dalam percubaan untuk mengandung, kehamilan dan kelahiran anak memberi impak yang besar kepada mereka yang bergelar ibu bapa.

Kehadiran si manja juga akan datang dengan kebimbangan, cabaran dan tekanan baharu.

Namun, yang pastinya ia tidak akan dapat menandingi perasaan gembira dan keterujaan yang tidak terkata, lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergelar ibu bapa buat kali pertama!

Persoalannya di sini, apa yang perlu kalian lakukan untuk mempersiapkan diri?

Untuk makluman, persiapan akan bermula dengan baik sekiranya ia dilakukan sebelum anda mula merancang keluarga.

Jika mahu diikutkan, perancangan dan penjagaan diri yang baik akan meningkatkan lagi potensi kehamilan dan kelahiran yang lancar.

Anda juga akan mengalami peralihan fasa hidup yang lebih mudah, apabila persediaan kewangan dan persiapan lain dirancang awal.

Berikut adalah antara tabiat sihat yang boleh anda mulakan untuk persiapkan diri dengan kehadiran si manja!

Kesihatan diri

Semua aspek kehidupan anda berupaya memberi kesan terhadap kesuburan dan kehamilan.

Justeru, amalan gaya hidup dan pemakanan yang sihat memainkan peranan penting!

#1 Amalkan gaya hidup sihat

senaman

Pertama sekali, senaman!

Walaupun ramai yang boleh hamil tanpa perlu menjejakkan kaki di gimnasium, namun penyelidikan mencadangkan, amalan senaman yang sederhana selama 30 minit sehari dapat meningkatkan kesuburan.

Lebih-lebih lagi, senaman merembeskan hormon endorfin yang membantu kalian kekal tenang dan menjadikan usaha untuk mendapat bayi lebih produktif.

Jangan bersenam berlebihan pula ya! Senaman berat yang dilakukan tanpa henti berisiko mengganggu keseimbangan hormon yang diperlukan untuk ovulasi dan persenyawaan!

#2 Berhenti merokok!

Perkara ini tidak asing lagi dan diketahui oleh umum, menghisap rokok ketika mengandung bukan sahaja memudaratkan bakal ibu, ia juga berbahaya buat bayi dalam kandungan.

Tahukah anda, selain memberi kesan kepada kehamilan, merokok juga berupaya menghalang proses persenyawaan!

Ngeri bukan? Maka, sudah tiba masanya untuk anda berhenti merokok, ia akan memberi kesan yang positif kepada kesihatan dan kesuburan.

Beberapa kajian mendapati, wanita yang berhenti merokok sebelum menjalani rawatan kesuburan mempunyai peluang hamil sama seperti mereka yang tidak merokok.

#3 Menguruskan tekanan

Tekanan dan stres yang tidak diuruskan dengan baik sedikit sebanyak mengganggu perancangan kehamilan.

Ini kerana, tekanan yang dihadapi boleh melambatkan ovulasi dan meningkatkan kekerapan kontraksi rahim dan ia mampu menghalang telur yang telah disenyawakan untuk melekat pada rahim.

Jadi, apa langkah yang boleh kalian lakukan? Kenal pasti teknik pengurusan tekanan yang anda gemari dan amalkan kaedah tersebut ke dalam rutin harian.

Rancang kewangan

Perkara penting yang perlu dititikberatkan terbahagi kepada 2 langkah mudah; mengira bajet bayi dan mewujudkan simpanan.

Sebaik sahaja anda mempunyai idea dan kesedaran berkenaan kos membesarkan seseorang anak, kalian boleh mula mengumpul wang untuk memenuhi keperluan tersebut.

Hitung bajet bayi

Untuk melakukan penilaian kasar kos membesarkan bayi, beberapa perbelanjaan barangan berikut perlu diambil kira.

Anda memerlukan beberapa barangan penting untuk tahun pertama, antaranya:

  • Car seat
  • Stroller bayi
  • Kos lampin
  • Kos makanan bayi, susu dan aksesori penyusuan
  • Kos perabot dan hiasan bilik bayi
  • Kos penjagaan anak
  • Kos pakaian dan aksesori lain

Hubungan dengan pasangan

Perkara ini mungkin kedengaran agak mengganggu, tapi sebenarnya, kehadiran si manja boleh mewujudkan jurang antara pasangan.

Kedatangan pihak ketiga akan mengubah dinamik hubungan secara menyeluruh, dan ia mampu mengundang tekanan serta keletihan pada kedua-dua pihak, baik secara fizikal mahupun emosi.

Ditambah pula dengan kekangan masa untuk bersama, maka bertambah besarlah dugaan buat anda dan pasangan tercinta.

Maka, apakah jalan penyelesaiannya?

Kuncinya, sebelum kalian merancang untuk hamil, jangkakan dan persiapkan diri dengan perubahan ini secara fizikal, mental serta emosi.

Aktiviti sebelum hamil

Sebelum anda lanjut kepada perancangan kehamilan, cuba berhenti sejenak dan berfikir… Adakah anda sudah menikmati kehidupan berpasangan sepuas-puasnya?

Jika belum, tiada salahnya untuk kalian meluangkan masa melakukan check-list anda sebelum mula merancang keluarga!

#1 Pergi honeymoon berkali-kali!

penyakit kardiovaskular

Sebelum kalian mempunyai komitmen baharu, nikmatilah masa bersama sepenuhnya!

Terokai tempat-tempat percutian yang diidamkan dan lakukan perkara yang menarik bersama.

Ya, anda masih boleh pergi melancong dengan si manja namun pengalamannya tidak sama seperti saat berdua.

#2 Cabar diri secara fizikal

Mengandung dan melahirkan bayi bukanlah satu-satunya perkara yang dapat dilakukan oleh badan anda.

Mungkin anda mempunyai hasrat untuk menyertai larian maraton, triathlon, atau mendaki gunung. Jika ya, lakukan sekarang!

Setelah hamil, anda tidak lagi bebas menyertai aktiviti-aktiviti lasak sebegitu kerana ia berbahaya kepada kandungan dan kesihatan.

#3 Berpindah ke tempat yang baru

Sekiranya anda atau encik suami mempunyai keinginan untuk mengembara atau berpindah, kalian mungkin perlu membincangkannya sebelum kehamilan.

Ini kerana, berpindah-randah selepas mempunyai anak akan menjadi lebih sukar.

#4 Lakukan perkara yang tidak dapat anda buat selepas bergelar ibu bapa

Jika anda mempunyai impian untuk mencuba bungee jumping, skydiving atau aktiviti lasak yang seangkatan dengannya, ini masanya!

Apabila sudah bergelar ibu bapa, kemungkinan untuk anda melibatkan diri dengan aktiviti berisiko adalah rendah kerana kalian bakal pertimbangkan tanggungjawab terhadap anak-anak.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. http://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/getting-pregnant/in-depth/preconception/art-20046664?pg=1
  2. https://www.cdc.gov/preconception/planning.html
  3. https://medlineplus.gov/ency/patientinstructions/000513.htm
  4. https://www.marchofdimes.org/pregnancy/getting-ready-for-pregnancy-preconception-health.aspx
  5. https://www.thewomens.org.au/health-information/pregnancy-and-birth/preparing-for-pregnancy
  6. http://www.healthywomen.org/content/article/infertility-and-your-relationship?context=ages-and-stages/29
Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Disemak pada 13/04/2021
x