7 Makanan Ini Kunci Utama Untuk Sembuh Cepat Lepas Bersalin Czer, Ibu Kena CUBA!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Bagi wanita yang menjalani pembedahan Caesarean atau czer, sudah tentu perlu menjaga aspek pemakanan. Tetapi adakah anda tahu menu berpantang bersalin czer yang boleh diamalkan?

Risiko pembedahan caesarean

Kebanyakan wanita hamil akan bersalin normal. Namun mereka yang mengalami kehamilan berisiko tinggi atau berlaku komplikasi sewaktu proses kelahiran, pembedahan czer kebiasaannya disyorkan doktor.

Antara sebab pembedahan czer menjadi prosedur pilihan adalah seperti berikut:

  • Kehamilan songsang (kaki bayi keluar dahulu) atau masalah posisi lain seperti keluar bahu dahulu
  • Ukur lilit pinggul ibu terlalu kecil untuk membuka ruang laluan kepada kepala bayi semasa proses kelahiran
  • Bayi mengalami masalah tumbesaran
  • Komplikasi kehamilan seperti preeklampsia dan mereka mengambil rawatan ubat atau insulin setelah didiagnosis dengan diabetes gestasi
  • Masalah penyakit jantung
  • Masalah jangkitan kelamin seperti herpes dan HIV
  • Masalah berkaitan dengan plasenta seperti abruptio placenta atau placenta praevia
  • Masalah prolaps tali pusat
  • Proses kelahiran yang berpanjangan (20 jam bagi ibu baru dan 14 jam bagi ibu yang pernah melahirkan anak)

Proses pemulihan selepas bersalin czer bergantung kepada beberapa komponen kritikal dan salah satu daripadanya adalah pengambilan nutrisi yang optimum.

Ada makanan yang boleh diambil dan ada makanan yang perlu dielakkan. Ibu yang baru bersalin penting untuk memahami bahawa menu berpantang selepas czer yang baik dapat menggalakkan proses pemulihan yang optimum.

pembedahan caesarean

Kunci utama kepada proses pemulihan selepas bersalin czer

Pada suatu ketika dahulu, sejurus selepas pembedahan caesarean, ibu hanya dibenarkan mengambil air kosong sehinggalah mereka kentut.

Perkara ini dianggap penting kerana kentut merupakan tanda bahawa usus si ibu berada dalam keadaan baik dan boleh memproses makanan yang berbentuk pepejal.

Menurut kajian wanita yang mengambil makanan dalam tempoh 8 jam selepas pembedahan kebiasaannya kurang memerlukan ubat tahan sakit. 

Adakah ini bermaksud selepas mereka sedar daripada kesan ubat bius, mereka perlu dipaksa makan?

Beberapa isu perlu diambil kira sebelum anda boleh memberikan makanan kepada isteri anda yang bersalin czer. Wanita yang melalui prosedur tersebut cenderung untuk mendapat masalah berkaitan dengan sistem penghadaman.

Ini bermakna mereka akan berasa loya, muntah dan tidak mempunyai selera makan selepas sedar.

Sebahagian pesakit juga akan mengalami masalah kekejangan pada bahagian abdomen membuatkan pengambilan makanan menjadi sukar. Oleh itu, prioriti yang perlu diberikan kepada wanita seumpama ini adalah untuk menggalakkan mereka minum air secukupnya.

Pengambilan air yang cukup selepas bersalin czer boleh menghindarkan masalah sembelit. Ia juga penting bagi memastikan jumlah susu yang dihasilkan oleh ibu, cukup untuk menampung keperluan nutrisi bayi yang baru lahir. 

Menu berpantang czer

Antara komponen yang baik untuk digunakan bagi melengkapi menu berpantang bersalin czer seperti berikut:

#1.Oat

Jika anda ingin mengambil makanan yang mempunyai kandungan serat yang tinggi, oat boleh menjadi pilihan terbaik untuk mencapai kesan fisiologikal tersebut.

Selain menghindarkan sembelit, oat dapat membantu mengekalkan tahap kolesterol anda pada kadar yang rendah. Ia dianggap sebagai makanan yang berpotensi untuk menurunkan risiko individu bagi mendapat masalah berkaitan jantung.

#2.Kunyit

Selain daripada mempunyai sifat antiradang, kunyit juga mempunyai nutrisi mikro yang lain seperti serat, kalium, magnesium, vitamin B dan vitamin C.

Ia boleh menggalakkan kadar penyembuhan luka yang cepat dan menghindarkan kelesuan dalam menghadapi detik awal anda sebagai ibu kepada si kecil yang baru lahir. 

#3.Bijirin

Nasi juga boleh diberikan. Ini kerana bijirin menjadi antara nutrisi terpenting dalam menu berpantang bersalin czer anda.

Bijirin lain seperti roti juga mempunyai nutrisi dan vitamin yang dapat memberikan tenaga kepada ibu seusai menjalani pembedahan caesarean. 

menu-berpantang-bersalin-czer

#4.Buah-buahan dan sayur-sayuran

Menu berpantang bersalin czer perlu dilengkapi dengan buah-buahan seperti bluberi dan oren. Ia mengandungi antioksida yang tinggi dan merupakan pilihan makanan berserat yang lazat berbanding dengan hidangan oat.

Sayur-sayuran hijau seperti bayam, kangkung dan brokoli mempunyai sumber zat besi yang baik sepanjang tempoh pemulihan selepas pembedahan czer.

#5.Kacang badam

 Kacang badam mempunyai sumber nutrisi yang pelbagai. Ia mengandungi sumber karbohidrat, protein, lemak, serat dan pelbagai jenis nutrisi mikro seperti vitamin B12 dan vitamin E. 

#6.Bawang putih 

Makanan ini boleh membantu si ibu untuk mengawal berat badan selepas bersalin. Ia juga mempunyai sifat antibakteria bagi menghindarkan jangkitan pada luka selepas bersalin. 

#7.Makanan yang kaya dengan zat besi

Makanan seperti ikan bilis, sayur-sayuran hijau dan kekacang kaya dengan kandungan zat besi. Ia baik untuk mengembalikan jumlah darah yang hilang semasa bersalin.

Mereka yang mempunyai masalah kurang zat besi kebiasaannya akan mengalami simptom seperti kelesuan, pening kepala dan kepucatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Pssttt… Rahsia Untuk Kurangkan Risiko Dapat Diabetes Jenis 2, Amalkan Pengambilan Serat!

Serat yang diperoleh daripada makanan seperti sayuran mempunyai banyak manfaat. Salah satu manfaat serat ialah kurangkan risiko diabetes jenis 2!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Pusat Kesihatan, Diabetes 18/09/2020 . 3 minit bacaan

Benarkah Bersalin Anak Kedua Lebih Mudah & Cepat? Ini Yang Bakal Ibu Anak Dua Perlu Tahu

Tahniah, anda hamil sekali lagi! Dah bersedia untuk melahirkan anak kedua? Dengar kata proses kelahiran akan lebih mudah, benarkah?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Kelahiran Bayi 17/09/2020 . 3 minit bacaan

Pening Fikirkan Rumah Yang Bersepah Selepas Bersalin? Usah Stres, Jom Cuba 5 Tip Ini!

Selepas bersalin, perkara apa paling difikirkan oleh ibu? Sudah tentulah mengenai kerja rumah yang bertimbun, keadaan rumah bersepah dan sebagainya, kan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Kelahiran Bayi 15/09/2020 . 3 minit bacaan

Sudah Berapa Kali Anda Buang Air Kecil Hari Ini? Kalau Terlebih Ini Mungkin Tanda Penyakit!

Berapa kali dalam sehari anda patut kencing? Individu kerap buang air kecil lebih daripada 5 kali sehari bermakna mempunyai tahap kesihatan tidak normal?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Urologi, Masalah Pundi Kencing 11/09/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

selepas kelahiran bayi

Faraj Koyak Besar Waktu Bersalin, Ibu Alami Trauma! Bagaimana Nak Atasi Rasa Trauma Kelahiran?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 14/10/2020 . 3 minit bacaan
koyakan faraj

Risau Faraj Terkoyak Masa Bersalin? Cuba Tip Ini Untuk Kurangkan Risikonya, Pasti Berkesan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 13/10/2020 . 3 minit bacaan
cara bersalin

Selain Bersalin Normal & Czer, Ada Kaedah Kelahiran Lain Untuk Bakal Ibu, Boleh Buat Pilihan Awal

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 07/10/2020 . 3 minit bacaan
pemeriksaan vagina

Takut Dengar Pengalaman Kena Seluk Semasa Bersalin? Ibu, Fahami Tentang Pemeriksaan Faraj!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan