Pelebaran serviks diperlukan untuk proses kelahiran faraj, namun ada kalanya ia tidak seperti yang diharapkan. Jadi ini cara mempercepat pembukaan rahim bagi melahirkan anak yang boleh bakal ibu cuba.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Laluan serviks untuk melahirkan anak
Semasa mengandung, serviks akan tertutup rapat dan ia perlu dilembutkan serta terbuka untuk membolehkan bayi memasuki saluran kelahiran.
Menjelang akhir trimester ketiga, serviks biasanya akan melembut untuk memulakan proses peregangan dan melebar.
Untuk kehamilan pertama, kematangan serviks mesti berlaku sebelum fasa kelahiran aktif bermula.
Kelahiran aktif adalah kontraksi biasa, panjang dan kuat yang bertindak pada serviks.
Untuk kehamilan seterusnya, proses pelebaran dan pembukaan serviks boleh berlaku dalam masa yang sama.
Serviks yang terbuka membolehkan bayi melaluinya. Disebabkan itu, penting untuk mengamalkan cara mempercepatkan proses bersalin.
Kenapa serviks tidak terbuka?
Doktor akan memeriksa pelebaran serviks (cervical dilation) pada janji temu pranatal sebelum kelahiran.
Perubahan biasanya bermula beberapa minggu sebelum melahirkan anak. Tetapi adalah normal untuk serviks tertutup hampir dengan tarikh jangkaan bersalin.

Contohnya, bagi wanita yang pertama kali hamil mungkin tidak mengalami pembukaan serviks sehingga bersalin, walaupun serviks sudah mulai menipis atau melembut sebelumnya.
Jika berlanjutan, induksi diperlukan. Ini kerana jika proses bersalin berpanjangan, ia boleh membawa kesan negatif kepada bayi, termasuklah:
- Makrosomia janin (saiz besar)
- Distosia bahu
- Cecair amniotik (ketuban) rendah
- Fungsi plasenta terganggu
- Jangkitan
Untuk mengelakkan induksi, wanita hamil disaran untuk mencuba kaedah semula jadi melembut dan mempercepat proses bersalin.
Cara mempercepat pembukaan rahim di rumah
Ingin merangsang dan melembutkan serviks di rumah?
Ini ada cara cepatkan bukaan dari 2cm yang boleh anda lakukan bagi membantu proses bersalin nanti, seperti:
1. Selarikan kaki bantu cepatkan proses melahirkan anak
Kebanyakan wanita hamil akan berdiri secara semula jadi dengan kaki terbuka (berbentuk V).
Tetapi meletakkan jari kaki secara selari dapat memisahkan tulang sitz – yang membuka pelvis dan ‘memujuk’ bayi ke posisi yang betul. Ini sekali gus membantu mempercepatkan proses bersalin.
2. Keseimbangan badan
Keseimbangan tubuh juga penting dalam mempercepatkan proses bersalin ini.
Cuba berdiri dengan kedudukan pinggul di atas pergelangan kaki – bukannya menekan perut. Sebaiknya amalkan untuk duduk secara menegak dan bukannya membongkok.
3. Birthing ball bantu mempercepat pembukaan serviks
Menggoyang dan memantulkan (bouncing) pinggul menggunakan birthing ball dapat membuka pelvis dan berkemungkinan mempercepatkan pelebaran serviks.

4. Aktiviti berjalan #Cara cepatkan bukaan dari 2cm
Mengamalkan aktiviti berjalan kaki membuatkan bayi akan menekan rahim. Ia dipercayai membantu serviks terbuka dan melembut.
5. Melakukan seks
Air mani mengandungi prostaglandin yang merangsang pelembutan serviks. Mengalami orgasma dapat memicu kontraksi rahim – kedua-duanya dapat mempercepat pembukaan serviks.
Banyak kajian menunjukkan hubungan seks tidak mempercepatkan proses melahirkan anak.
Pun begitu, jika anda mempunyai kehamilan berisiko rendah dan doktor tidak menghalang kalian bersama, tiada salahnya untuk melakukan hubungan seks.
Bagaimana pula dengan pemakanan, adakah terdapat makanan yang boleh membantu mempercepat pembukaan serviks untuk memudahkan proses melahirkan anak?
Makanan yang dapat melembutkan serviks
Walaupun terdapat banyak makanan dikatakan dapat membantu mempercepatkan kelahiran anak, namun tiada bukti saintifik yang dapat mengesahkannya.
Tetapi tiada salahnya untuk mencuba, bukan? Walau bagaimanapun, sebaiknya dapatkan rundingan doktor terlebih dahulu ya.
6. Kurma, bantu mempercepat pembukaan serviks
Memakan kurma pada minggu-minggu akhir kehamilan dipercayai dapat meningkatkan kematangan dan pelebaran serviks pada fasa awal kelahiran.
Ia juga dikatakan dapat mengurangkan keperluan penggunaan pitocin semasa bersalin. Pitocin adalah versi sintetik hormon oksitosin yang dihasilkan secara semula jadi.

7. Teh daun raspberi
Minuman herba kaya dengan zat besi, kalsium dan vitamin tidak akan menyebabkan kelahiran bayi berlaku lebih cepat.
Tetapi ia berpotensi untuk memberikan manfaat semasa proses melahirkan anak itu nanti.
Minuman teh ini membantu proses kelahiran secara spontan di samping menjadikan ia lebih mudah untuk bakal ibu.
Ibu hamil disyorkan untuk mengamalkan minuman ini – 1 atau 2 cawan sehari – bermula pada minggu ke-32.
Walau bagaimanapun, anda tidak boleh mengambilnya jika:
- Pernah menjalani pembedahan caesarean dalam tempoh 2 tahun
- Akan menjalani pembedahan czer disebabkan masalah perubatan atau kehamilan
- Mempunyai tekanan darah tinggi atau preeklampsia
- Merupakan kehamilan pramatang atau pernah melahirkan bayi pramatang
- Mengalami kontraksi Braxton Hicks yang sangat kuat
- Proses kelahiran cepat pada kehamilan terdahulu (kurang 3 jam)
- Merupakan kehamilan kembar
- Kedudukan bayi songsang
- Mengalami masalah perubatan seperti epilepsi, masalah jantung, barah, gangguan pembekuan darah atau endometriosis
- Mengambil ubat antidepresen
Keperluan untuk mempercepat pembukaan serviks
Mencuba sebarang kaedah semula jadi untuk mempercepatkan proses bersalin tiada salahnya.
Namun elakkan daripada terlalu memaksa diri dan amat dinasihatkan untuk anda mendapatkan rundingan doktor terlebih dahulu sebelum mencuba sebarang tip.
[embed-health-tool-due-date]