backup og meta

Elakkan Komplikasi Kehamilan, Awasi Kondisi Anda Sebelum & Semasa Mengandung!

Elakkan Komplikasi Kehamilan, Awasi Kondisi Anda Sebelum & Semasa Mengandung!

Semua ibu hamil pasti akan bertanya soalan sama kepada doktornya iaitu apa itu komplikasi kehamilan? Adakah ia akan menyebabkan masalah pada ibu dan janin?

Adalah tidak dapat dinafikan bahawa komplikasi ibu hamil boleh terjadi kepada sesiapa sahaja meskipun anda menjalani proses mengandung dengan berwaspada.

Disebabkan itu, adalah wajar untuk anda tahu lebih banyak informasi mengenai perkara ini. Jom teruskan membaca artikel berkaitan apa itu komplikasi kehamilan.

Komplikasi kehamilan

Apa itu Komplikasi Kehamilan? 

Apa itu komplikasi ibu hamil adalah masalah berkaitan kesihatan si ibu dan janin dalam kandungan yang berlaku sepanjang proses mengandung.

Sekiranya dibiarkan tanpa sebarang rawatan, mungkin akan wujud masalah berkaitan kelahiran, kecacatan, keguguran atau kematian janin dalam kandungan.

Namun anda mungkin tidak perlu risau kerana setiap komplikasi ibu hamil itu pasti akan ada jalan untuk merawat dan mengubati kondisi anda itu.

Komplikasi semasa hamil

Semasa wanita hamil, ibu yang mungkin kelihatan sihat juga boleh mengalami komplikasi kehamilan dan perlu dirawat segera.

Terdapat banyak masalah yang boleh berlaku semasa hamil yang boleh menjejaskan tahap kesihatan dan kehamilan si ibu serta janin dalam kandungan.

apa itu komplikasi

Berikut adalah beberapa jenis apa itu komplikasi kehamilan yang biasa berlaku semasa mengandung:

Anemia

Anemia atau kekurangan sel darah merah akan membuatkan wanita hamil berasa lemah, terlihat pucat, kerap sesak nafas serta berisiko pitam jika dibiarkan.

Oleh itu, pengambilan suplemen asid folik dan zat besi adalah sangat penting bagi mengembalikan jumlah sel darah merah kepada jumlah yang ideal ketika hamil. Sebaiknya 3 bulan sebelum hamil.

Keguguran janin

Biasa berlaku pada sekitar minggu ke 20 kehamilan, statistik menunjukkan bahawa 20 peratus kehamilan itu mungkin akan berakhir dengan keguguran.

Dalam kebanyakan kes, komplikasi kehamilan ini tidak boleh dielakkan dan anda perlu berjumpa doktor segera untuk membersihkan rahim selepas keguguran.

Kelahiran pramatang

Kondisi ini biasa berlaku pada sekitar minggu ke 37 kehamilan dan bayi yang dilahirkan mungkin akan lebih kecil, kurang cukup sifat dan perlu berada dalam inkubator.

Bagi mengelakkan ia terjadi, pengambilan ubatan boleh menghentikan proses kelahiran ini berlaku selain doktor mungkin akan mencadangkan ibu hamil untuk bed rest.

Jangkitan

Apa itu komplikasi kehamilan juga mungkin boleh terjadi dalam bentuk jangkitan ketika mengandung dan ia turut boleh membahayakan ibu dan janin dalam kandungan.

apa itu komplikasi

Terdapat beberapa jenis jangkitan yang boleh sebabkan komplikasi kehamilan termasuklah:

Group B Strep (GBS)

Ia adalah sejenis jangkitan bakteria yang biasa ditemui pada faraj dan rektum wanita dan dikatakan bahawa 1 dari 4 wanita mungkin mengalaminya.

Meskipun ia tidak berbahaya, namun anda mungkin berisiko menyalurkannya kepada janin dalam kandungan dan ia boleh membawa maut.

Oleh itu, sila jalani pemeriksaan GBS sekitar minggu 35 ke minggu 37 kehamilan dan dapatkan antibiotik dari doktor untuk elakkan janin terkena jangkitan.

Urinary tract infection (UTI)

Ia adalah sejenis jangkitan bakteria yang akan berlaku pada salur air kencing dan jika dibiarkan mungkin boleh merebak kepada buah pinggang si ibu.

Antara tanda anda terkena jangkitan ini adalah kencing pedih, kerap kencing, sakit perut serta selalu berpeluh meskipun si ibu tidak banyak bergerak.

Jangkitan ini juga berisiko sebabkan kelahiran pramatang, jadi sila rawat dengan preskripsi antibiotik dari doktor sebelum jangkitan ini merebak.

Jumpa doktor

Melalui artikel ini, mungkin kalian sudah faham tentang apa itu komplikasi kehamilan dan jenis komplikasi ibu hamil yang boleh berlaku.

Dalam pada itu, adalah sangat penting untuk anda terus berhubung dan berjumpa dengan doktor jika berlaku sebarang masalah ketika proses ini berjalan.

Segera dapatkan bantuan perubatan sekiranya anda mengalami simptom-simptom berikut:

  • Pendarahan dari dalam faraj
  • Pengeluaran cecair dari faraj
  • Pembengkakan pada muka, tangan, kaki dan jari
  • Penglihatan menjadi sedikit kabur
  • Pergerakan janin tidak aktif
  • Ketidakselesaan pada bahagian bawah abdomen
  • Kesakitan ketika membuang air
  • Pening kepala teruk dan lama
  • Demam menggigil
  • Selalu mual-mual
  • Sering muntah-muntah
  • Terfikir untuk memudaratkan diri sendiri atau janin

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.womenshealth.gov/pregnancy/youre-pregnant-now-what/pregnancy-complications
  2. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/staying-healthy-during-pregnancy/4-common-pregnancy-complications
  3. https://www.tommys.org/pregnancy-information/complications
  4. https://www.marchofdimes.org/complications/pregnancy-complications.aspx
  5. https://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=complications-of-pregnancy-85-P01198

Versi Terbaru

07/06/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ini Komplikasi Berkaitan Pelvis Yang Berisiko Terjadi, Wanita Perlu Ambil Tahu!

Fibroid Rahim Itu Punca Komplikasi Kehamilan & Kemandulan? Adakah Ini Benar?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 07/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan