Terfikir Untuk Gugurkan Kandungan? Ambil Tahu Kesannya Pada Fizikal & Mental Ini Dahulu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Perbuatan gugurkan kandungan merupakan satu kaedah perubatan untuk menyingkir atau membuang kandungan yang masih dalam bentuk embrio daripada rahim ibu.

Walaupun setiap wanita sebenarnya mempunyai hak untuk melakukannya, mereka perlu berfikir sejenak kerana metode ini akan mendatangkan kesan yang signifikan terhadap fizikal dan mental kelak.

Kesan gugurkan kandungan terhadap fizikal

ketahui-kaedah-melakukan-pengguguran

Kira-kira 2 atau 4 minggu selepas menggugurkan kandungan, wanita tersebut akan menderita beberapa komplikasi pada fizikal mereka termasuklah:

Walaupun jarang berlaku, terdapat lagi beberapa komplikasi lebih serius yang mampu mengakibatkan kerosakan jangka masa panjang terhadap tubuh badan wanita. Berikut merupakan komplikasinya:

  • Inflamasi yang akan mengundang kepada kejutan septik dan ketidaksuburan
  • Berlaku pendarahan yang berlebihan dan berterusan
  • Kerosakan serviks
  • Embolisme iaitu keadaan di mana darah beku atau buih udara menyekat arteri dalam badan
  • Perforasi rahim
  • Sawan
  • Komplikasi anethesia seperti kerosakan gigi, kegagalan pernafasan serta kerosakan sistem kardiovaskular

Wanita yang pernah melakukan pengguguran kandungan juga berisiko lebih tinggi untuk mengalami kehamilan ektopik pada masa akan datang.

Dalam beberapa kes, komplikasi pengguguran kandungan juga boleh mendatangkan maut!

Penting untuk diketahui oleh wanita bahawa implikasi penguguran kandungan akan menjadi lebih berat sekiranya penguguran kandungan dilakukan lebih lewat.

Wanita yang melakukan prosedur ini lebih awal contohnya ketika trimester pertama kehamilan dapat mengurangkan risiko mendapat komplikasi yang lebih berat.

Kesan gugurkan kandungan terhadap mental

Selepas melakukan pengguguran kandungan, wanita mungkin akan sama ada berasa lega atau mengalami tekanan terhadap keputusan yang telah dibuat.

Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa mereka cenderung untuk berperasaan negatif setelah melakukannya.

Antara emosi negatif yang akan menghantui wanita usai melakukan pengguguran kandungan termasuklah:

  • Rasa bersalah dan malu
  • Rasa menyesal
  • Anxiety disorder
  • Insomnia
  • Rasa marah
  • Gangguan pemakanan
  • Isu perhubungan: melahirkan kebencian kepada lelaki
  • Hilang keinginan seksual
  • Keinginan untuk membunuh diri

Dalam kebanyakan kes, wanita yang baru sahaja melakukan prosedur pengguguran kandungan cenderung untuk hamil dalam kadar yang segera akibat dihantui perasaan menyesal.

Walau bagaimanapun, mereka cenderung menggugurkan kandungan sekali lagi atas dasar atau alasan yang sama ketika mereka melakukannya pertama kali.

Wanita yang berasa lega selepas membuat keputusan untuk menggugurkan anak cenderung untuk mengalami kondisi numbness atau paralysis iaitu kondisi fisiologi yang menyebabkan mangsa tidak mempunyai keupayaan untuk merasa atau mengekspresikan emosi mereka.

Golongan yang lebih berisiko mengalami kesan

menggugurkan-kandungan-bukan-punca-bunuh-diri

  • Wanita yang berumur 18 tahun ke bawah
  • Wanita yang pernah mengalami trauma mental
  • Wanita yang dipaksa untuk melakukan pengguguran kandungan akibat masalah kewangan, kesihatan, mental atau bantahan daripada pasangan
  • Wanita yang mengamalkan agama yang melarang tindakan menggugurkan kandungan
  • Wanita yang menggugurkan kandungan pada lewat kehamilan

Adakah anda terfikir untuk gugurkan kandungan anda? Amati kesan ini terlebih dahulu dan fikirkannya semula!

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tanpa Ubat, Atasi Sakit Belakang Semasa Mengandung Dengan 3 Teknik Regangan Ini!

    Anda kerap mengalami sakit belakang semasa mengandung? Tenang, apa kata kalian cuba 3 teknik regangan yang boleh membantu melegakannya ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kehamilan, Penjagaan Ibu 07/01/2021 . 3 minit bacaan

    Kelahiran Secara Vakum Buat Kepala Bayi Lonjong? Jom Cuba Tip Ini Untuk Kurangkannya

    Semasa kelahiran secara vakum, doktor menggunakan alat vakum membantu bayi keluar daripada saluran kelahiran. Namun benarkah ia punca kepala bayi lonjong?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Proses Bersalin 15/12/2020 . 3 minit bacaan

    Guna Kaedah Pancut Luar Untuk Elak Hamil? Ini Pro & Kontra Jika Cik Abang Lakukannya

    Adakah anda sebagai suami isteri pernah terfikir dan tertanya sama ada teknik pancut luar itu berkesan atau tidak? Jom klik artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 10/12/2020 . 3 minit bacaan

    Ibu Hamil Alami Tekanan? Hati-hati, Jika Kesihatan Mental Tak Dijaga, Ada Risiko Pada Janin Nanti

    Tekanan dialami oleh ibu mengandung bukan sesuatu yang boleh dipandang enteng. Pernah tak terfikir mengenai reaksi janin saat ibu menangis? Jom ketahuinya..

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu 10/12/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    manfaat posisi tidur

    Posisi Tidur Mana Yang Paling Sihat? Cara Tidur Ini Boleh Buat Awet Muda Juga, Tau!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 19/01/2021 . 3 minit bacaan
    garis hitam

    Tak Hamil, Tapi Kenapa Ada Garis Hitam Di Perut? Ini Punca & Cara Hilangkannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 18/01/2021 . 3 minit bacaan
    masalah menstruasi wanita

    Ladies… Jangan Abaikan Simptom Haid Ini, Khuatir Ia Boleh Disebabkan Oleh Kanser!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
    petua hilangkan selsema

    Suntikan Flu, Paracetamol & Ibuprofen: Ini Pilihan Selamat Rawat Selesema & Flu Ketika Hamil

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 08/01/2021 . 3 minit bacaan