backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

9

Tanya Doktor
Simpan

Pil Gugur Kandungan Boleh Buat Wanita Mandul? Ini Manfaat Dan Risikonya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan Ā· Perubatan dalaman atau am Ā· Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra Ā· Disemak pada 21/06/2022

    Pil Gugur Kandungan Boleh Buat Wanita Mandul? Ini Manfaat Dan Risikonya!

    Ubat gugur kandungan atau pil gugur merupakan satu cara yang termudah untuk menggugurkan kehamilan. Walau bagaimanapun, pengambilan pil ini datang dengan pelbagai risikonya yang tersendiri.

    Ubat yang telah diluluskan oleh the U.S. Food and Drug Administration (FDA) pada tahun 2000 ini telah digunakan secara meluas untuk menamatkan kehamilan di Amerika Syarikat.

    Kini, hampir 1/3 pengguguran untuk gestasi yang berusia kurang dari 8 minggu dilakukan secara pengambilan ubat.

    Ada banyak salah faham yang wujud mengenai pil ubat gugur kandungan ini.Ā 

    Untuk menjawab persoalan anda, ketahui lebih lanjut mengenai pil gugur serta cara ia berfungsi melalui artikel kami kali ini.

    Apa itu ubat gugur kandungan?

    ubat gugur kandungan

    Proses pengguguran boleh dilakukan melalui dua cara ā€“ secara perubatan atau pembedahan. Pengambilan pil ubat gugur kandungan berada di bawah kategori pengguguran secara perubatan.

    Pil gugur sebenarnya terdiri daripada dua ubat yang berbeza. Ubat yang pertama dikenali sebagai mifepristone yang bertindak menghentikan kehamilan.

    Ubat ini berfungsi dengan cara menghalang badan daripada merembeskan hormon progesteron. Tanpa hormon ini, lapisan uterus akan mulai rosak dan kehamilan tidak dapat diteruskan.

    Pil kedua pula, misoprostol, akan membuatkan rahim mengecut. Oleh sebab itu, wanita yang makan pil ubat gugur kandungan akan rasa sakit perut seakan-akan senggugut. Mereka juga akan alami pendarahan.

    Pil gugur hanya boleh diambil jika kandungan belum mencapai usia 10 minggu. Selain itu, pil ini juga tidak sama dengan pil plan B yang digunakan sebagai kontraseptif kecemasan.

    Ubat ini hanya boleh didapati melalui doktor dan klinik yang menawarkan servis pengguguran.

    Jangan sesekali beli ubat gugur secara atas talian. Jika anda lakukan carian internet, banyak pil gugur yang dijual dengan harga RM 300 hingga RM 800. Ini mungkin sebuah scam. Keselamatan pengambilan pil menggugurkan kandungan ini juga amat diragui.

    Malah, proses pengguguran perlulah dipantau oleh profesional. Ada banyak ujian serta follow-up yang perlu dijalankan untuk memastikan keguguran ini selamat dan kesihatan ibu terjaga.

    Baca juga:

  • Ibu Hamil, Ini 10 Punca Keluar Darah Bagi Setiap Trimester, Bukan Semuanya Sebab Keguguran!
  • 5 Tanda Ibu Hamil Mungkin Alami Keguguran Awal Trimester!
  • Apa yang berlaku semasa proses pengguguran?

    Kebanyakan orang akan mengalami sakit perut dan pendarahan 1-4 jam selepas mengambil misoprostol.

    Normal untuk pesakit mengalami pengeluaran darah beku (kadangkala sebesar sebiji buah lemon). Tanda-tandanya juga seakan-akan mengalami keguguran.

    Sakit perut ini juga boleh berlangsung selama beberapa jam. Kebanyakan orang akan ā€˜melepaskanā€™ tisu atau darah beku dalam masa 4 hingga 5 jam.

    Malah, pendarahan juga akan beransur hilang selepas tisu ini keluar dari badan. Namun, sakit perut mungkin akan berlarutan selama 1 atau 2 hari.

    Doktor juga mungkin akan mencadangkan pengambilan ubat tahan sakit seperti ibuprofen sebelum anda mengambil ubat kedua. Selain itu, doktor juga boleh memberikan preskripsi ubat-ubat lain yang mungkin membantu.

    Walau bagaimanapun, jangan ambil aspirin kerana ia boleh membuatkan pendarahan menjadi semakin teruk.

    Pil gugur sangat efektif. Gabungan misoprostol dan mifepristone mempunyai keberkesanan menggugurkan kandungan sebanyak 98%.

    Namun, usia kandungan dan sejarah kehamilan mungkin akan mempengaruhi kadar keberkesanannya. Semakin bertambah tempoh gestasi, pil ini akan menjadi kurang efektif.

    Kebaikan dan keburukan pil ubat gugur kandungan

    keguguran

    Terdapat beberapa kebaikan dan keburukan pil ubat gugur kandungan yang perlu diketahui oleh wanita:

    Kebaikan:

    1. Tidak memerlukan sebarang anestesia.
    2. Prosedur tidak invasif.
    3. Tidak semahal pembedahan.
    4. Tidak mempunyai risiko yang tingi.

    Keburukan:

    1. Tidak 100% efektif. Kadangkala, pesakit mungkin akan alami jangkitan dan terpaksa melalui pengguguran secara pembedahan.
    2. Pendarahan dan sakit perut yang lebih lama berbanding pengguguran secara pembedahan.
    3. Perlukan pemantauan yang lebih kerap daripada doktor.
    4. Tidak berkesan untuk kelahiran ektopik.

    Jika anda ingin melakukan pengguguran dengan pengambilan pil gugur, dapatkan konsultasi daripada doktor yang bertauliah.

    Doktor akan menerangkan lebih lanjut mengenai risikonya serta memeriksa usia kandungan anda untuk memastikan prosedur ini selamat untuk dilakukan.

    Bolehkah pil gugur menyebabkan kemandulan?

    ubat gugur kandungan

    Sebenarnya, pengambilan pil ubat gugur merupakan cara paling selamat untuk mengakhiri kehamilan. Walau bagaimanapun, prosedur ini perlulah dilakukan melalui saluran yang betul.

    Pil ubat gugur juga tidak akan mempengaruhi kebarangkalian anda untuk hamil semula pada masa akan datang. Ia juga tidak akan meningkatkan risiko kanser payudara.

    Melainkan ada komplikasi yang serius dan tidak dirawat, pengguguran dengan cara ini tidak akan membuatkan anda mandul atau memberikan sebarang impak terhadap kesihatan.

    Namun, untuk wanita yang mempunyai masalah kesihatan sedia ada atau pernah mengalami masalah mental, proses pengguguran mungkin akan mendatangkan masalah yang lebih besar.

    Pengambilan pil ini datang dengan risiko jangkitan. Namun, risikonya sangat kecil. Jangkitan yang dikenali sebagai penyakit radang pelvis ini boleh menyebabkan kemandulan serta meningkatkan risiko kehamilan ektopik.

    Walaupun begitu, kebanyakan kes jangkitan selalunya boleh diselesaikan sebelum ia menjadi serius.

    Sebab itulah, proses menggugurkan kandungan perlu dipantau oleh pakar yang berpengalaman.

    Ada banyak mitos mengenai pil ubat gugur kehamilan. Melalui konsultasi bersama doktor, beliau boleh memberikan informasi yang betul mengenai pil menggugurkan kandungan serta menjawab sebarang persoalan anda.

    Anda juga boleh berkongsi soalan di dalam Komuniti Kehamilan di Hello Doktor. Pakar mungkin dapat membantu menjawab persoalan anda.

    Kesimpulan

    ubat gugur kandungan

    Pengambilan pil ubat gugur kandungan merupakan satu cara yang selamat untuk menggugurkan kehamilan.

    Walaupun begitu, elakkan membeli pil ini daripada sumber yang tidak diketahui, terutamanya secara atas talian.

    Kebanyakan wanita boleh hamil semula selepas mengambil pil ubat gugur.

    Jika anda ingin elakkan kehamilan, lakukan seks dengan selamat atau ambil pil kontraseptif. Jangan malu untuk tanya doktor jika anda tidak pasti mengenai kaedah kontraseptif.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am Ā· Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra Ā· Disemak pada 21/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan