backup og meta

Nak Cepatkan Kelahiran Bayi? 8 Cara Ini Boleh Membantu Ibu, Cubalah!

Nak Cepatkan Kelahiran Bayi? 8 Cara Ini Boleh Membantu Ibu, Cubalah!

Sudah menghampiri tarikh jangkaan bersalin tetapi masih tiada tanda bayi mahu keluar? Bertenang, Hello Doktor ada 8 tip untuk induce bersalin semula jadi sebagai cara cepatkan bukaan rahim.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Kaedah semula jadi untuk induce bersalin

Penantian adalah perkara yang sangat menyeksakan. Apatah lagi dengan rasa ketidakselesaan disebabkan oleh kontraksi yang dialami.

Sememangnya terdapat pelbagai cara cepatkan bukaan rahim yang boleh ditemui jika anda membuat carian di internet.

Sebahagian besar daripadanya adalah bersifat anekdot dan tidak mempunyai bukti keberkesanannya, namun tiada salahnya untuk mencuba selagi ia tidak mendatangkan bahaya.

Cuma sebaiknya, berundinglah dengan doktor sebelum mencuba sebarang tip cepat bersalin yang dikongsikan ini. 

#1. Bersenam, antara cara cepatkan bukaan rahim

Melakukan senaman semasa hamil ini boleh menjadi sebarang perbuatan yang dapat menaikkan kadar degupan jantung, seperti berjalan kaki.

induce bersalin

Wanita berbadan dua yang mengamalkan aktiviti berjalan kaki dapat membantu ‘menarik’ bayi turun ke pelvis – disebabkan graviti dan pergerakan pinggul.

Tekanan pada pelvis boleh ‘mempersiapkan’ serviks untuk bersalin atau membantu proses melahirkan anak jika anda sudah mengalami beberapa kontraksi.

Ia juga merupakan amalan baik bagi menghilangkan tekanan dan mengekalkan kekuatan tubuh untuk beranak nanti.

#2. Induce bersalin semula jadi dengan seks 

Secara teorinya banyak sebab mengapa seks dianggap sebagai cara cepatkan bukaan rahim.

Mengalami orgasme ketika aktiviti seksual dapat melepaskan oksitosin – hormon yang membantu melancarkan kontraksi rahim.

[embed-health-tool-due-date]

Malah hormon prostaglandin dalam air mani berfungsi mematangkan serviks.

Tiada salahnya melakukan seks pada minggu-minggu akhir kehamilan. Tetapi elakkan seks sekiranya air ketuban telah pecah.

Ini kerana perbuatan tersebut meningkatkan risiko untuk mendapat jangkitan.

#3. Rangsangan puting

Merangsang puting juga dianggap antara kaedah bersalin semula jadi kerana ia menyebabkan rahim mengecut dan boleh mempercepatkan proses melahirkan anak. 

Rangsangan itu akan mengeluarkan oksitosin – hormon penyebab rahim mengalami kontraksi dan payudara menghasilkan susu.

Payudara yang menerima rangsangan juga merupakan kaedah berkesan untuk:

  • Mencetus dan mempercepatkan proses kelahiran
  • Mengelakkan penggunaan ubatan
  • Mengurangkan kadar pendarahan selepas bersalin

#4. Akupunktur

Walaupun tidak diketahui secara jelas bagaimana teknik ini dapat membantu mempercepatkan proses kelahiran, tetapi ia dikatakan boleh merangsang perubahan hormon atau sistem saraf.

Selain itu, akupunktur ini dapat meningkatkan kematangan serviks.

Induce bersalin semula jadi #5. Akutekanan (Acupressure)

Sesetengah pengamal perubatan percaya acupressure merupakan cara cepatkan bukaan rahim. 

Namun sebelum mencuba melakukannya sendiri atau dengan bantuan pasangan, pastikan kalian mendapat latihan daripada profesional akutekanan terlatih.

induce bersalin

#6. Urutan 

Antara kaedah induce bersalin semula jadi yang dapat meningkatkan tahap oksitosin tubuh.

Jika anda ingin mencuba sebarang urutan pranatal, dapatkan kebenaran doktor dahulu, ya? Ini bagi memastikan keadaan anda sesuai untuk diurut.

Tidak berminat untuk diurut?

Anda boleh bermeditasi atau berpelukan dengan pasangan, kedua-duanya dapat menenangkan diri si ibu- mungkin juga boleh meningkatkan tahap oksitosin.

#7. Makan kurma antara cara bersalin semula jadi

Siapa kata makan tidak dapat membantu mempercepatkan kelahiran bayi?

Memakan kurma pada minggu-minggu akhir kehamilan dipercayai dapat meningkatkan kematangan dan pelebaran serviks pada fasa awal kelahiran.

Ia juga dikatakan dapat mengurangkan keperluan penggunaan pitocin semasa bersalin. Pitocin adalah versi sintetik hormon oksitosin yang dihasilkan secara semula jadi.

Tip induce bersalin semula jadi #8. Teh daun raspberi merah

Minuman herba kaya dengan zat besi, kalsium dan vitamin tidak akan menyebabkan kelahiran bayi berlaku lebih cepat.

Tetapi ia berpotensi untuk memberikan manfaat semasa proses bersalin itu nanti.

Minuman teh ini membantu proses kelahiran secara spontan di samping menjadikan proses tersebut lebih mudah untuk bakal ibu.

Bakal ibu disyorkan untuk mengamalkan minuman ini – 1 atau 2 cawan sehari – bermula pada minggu ke-32.

Walau bagaimanapun, anda tidak boleh meminumnya jika:

  • Pernah menjalani pembedahan caesarean dalam tempoh 2 tahun
  • Akan menjalani pembedahan czer disebabkan masalah perubatan atau kehamilan 
  • Mempunyai tekanan darah tinggi atau preeklampsia
  • Merupakan kehamilan pramatang atau pernah melahirkan bayi pramatang
  • Mengalami kontraksi Braxton Hicks yang sangat kuat
  • Proses kelahiran cepat pada kehamilan terdahulu (kurang 3 jam)
  • Merupakan kehamilan kembar
  • Kedudukan bayi songsang
  • Mengalami masalah perubatan seperti epilepsi, masalah jantung, barah, gangguan pembekuan darah atau endometriosis
  • Mengambil ubat antidepresan

Cuba cara cepatkan bukaan rahim atau menunggu?

Adakah semua ibu hamil perlu mencuba kaedah induce bersalin?

Jika due date hampir tiba, percayalah anda pasti akan melahirkan si comel apabila tiba masanya.

Walaupun cara cepatkan bukaan rahim yang dikongsikan adalah selamat untuk dicuba, namun tidak semuanya berkesan.

Malah mungkin ia mendatangkan risiko kepada anda.

Cara terbaik sebelum mencuba sebarang tip, berundinglah dengan doktor terlebih dahulu.

Kesimpulan

Ketahuilah perkara paling wajar untuk anda lakukan adalah berehat dan menunggu proses kelahiran itu untuk bermula dengan sendirinya. 

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

All been accessed on Aug 6, 2021

https://health.clevelandclinic.org/what-natural-ways-to-induce-labor-actually-work/ 

https://utswmed.org/medblog/truth-natural-labor/

https://health.clevelandclinic.org/truth-or-tale-8-ways-to-maybe-move-labor-along-naturally/

https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/26444882/

https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/23945980/

https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/21280989/

https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/23612695/

https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/labor-induction/about/pac-20385141 

https://www.tommys.org/pregnancy-information/giving-birth/labour-and-birth-faqs/can-anything-bring-labour

 

Versi Terbaru

22/10/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Bakal Ibu, Cuba Amalkan 3 Teknik Pernafasan Untuk Mudahkan Proses Kelahiran, BERKESAN!

Ini Persediaan Untuk Bersalin Di Hospital Perlu Bakal Ibu Ketahui, Barulah Tak Kelam-kabut


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 4 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan