Apabila menghampiri tarikh jangkaan bersalin, bakal ibu perlu berwaspada dengan kehadiran lendir yang dikenali sebagai mucus plug. Bagaimana contoh lendir tanda bersalin ini ya?
Apa tanda tanda bersalin yang perlu ke hospital? Apa pula tanda jalan bersalin terbuka? Bagaimana pengalaman bersalin turun tanda darah?
Bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenainya, pastikan anda terus membaca perkongsian artikel ini. Semoga bermanfaat!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Contoh lendir tanda bersalin: Ini yang perlu anda fahami
Apa tanda tanda bersalin yang perlu ke hospital? Apa pula tanda jalan bersalin terbuka? Bagaimana pengalaman bersalin turun tanda darah?
Tidak dinafikan ada sesetengah wanita mungkin tidak mengenali apa itu mucus plug.
Umumnya, sukar untuk membezakan antara keputihan dengan mucus plug atau disebut sebagai penutup pangkal rahim yang boleh menjadi tanda bahawa anda hampir bersedia untuk melahirkan anak.
Penutup pangkal rahim ini adalah ketulan lendir serviks yang berada dalam saluran serviks anda.
Apabila hamil, badan akan mula bersedia untuk menyokong dan menyuburkan kehidupan baharu. Ia juga berperanan sebagai pelindung daripada bakteria dan kuman.
Sebaik sahaja telur disenyawakan, ia perlu melekat pada dinding rahim. Apabila proses implantasi telur ke dinding berjaya, saluran serviks mula mengeluarkan lendir.
Lendir yang dirembeskan daripada saluran serviks mempunyai 2 tujuan utama:
- Memerangkap dan mengikat bakteria yang cuba masuk ke dalam saluran
- Memastikan bahagian itu lembap
Sepanjang kehamilan, lendir terus berkumpul dan akhirnya menutup saluran serviks sepenuhnya. Lendir yang menutupi sepenuhnya saluran serviks dikenali sebagai mucus plug.
Ini cara untuk mengenalinya
Tetapi bagaimana untuk mengenali penutup pangkal rahim ini ya? Kebiasaannya rupa, saiz serta tekstur akan berbeza-beza.
- Berwarna jernih, putih pudar atau sedikit berdarah – merah, coklat atau merah jambu
- Tekstur melekit dan seakan-akan jeli
- Kepanjangan antara 1-2 inci
- Jumlah antara 1-2 sudu besar
- Tidak berbau
Lendir ini mungkin akan keluar sekali gus dalam bentuk gumpalan atau secara sedikit demi sedikit dari masa ke masa dan tanpa disedari anda.
Jika disertai dengan sedikit darah, ia adalah perkara biasa. Tetapi sekiranya pendarahan teruk, ia mungkin merupakan tanda gangguan plasenta, plasenta previa atau komplikasi kehamilan lain.
Jangan teragak-agak untuk melakukan pemeriksaan doktor seandainya anda mengalami pendarahan berat.
Keputihan atau contoh lendir tanda bersalin: Perbezaannya
Perubahan hormon yang berlaku semasa berbadan dua, menyebabkan anda akan mengalami lebih banyak keputihan daripada biasa. Akibatnya, anda akan sukar untuk membezakan antara mucus plug atau lendir biasa.
Keputihan dikenali sebagai leukorea – adalah cecair nipis yang sedikit berlendir. Ia sama ada berwarna putih jernih hingga putih susu dan cenderung mempunyai bau lembut atau tidak berbau langsung.
Keputihan yang dialami ini mungkin akan meninggalkan kesan warna kekuningan pada seluar dalam anda.
Mucus plug pula kelihatan seperti lendir panjang dan tebal yang berwarna putih, dan kadangkala terdapat kesan darah di dalamnya – warna merah hingga coklat.
Sering kali kehadiran mucus plug ini dianggap sebagai petanda kehamilan menghampiri penghujungnya dan tempoh bersalin akan berlaku tidak lama lagi.
Ini puncanya
Apa tanda tanda bersalin yang perlu ke hospital?
Kebanyakan wanita hamil boleh menyedari kehadiran mucus plug ini selepas menggunakan tisu tandas. Ada juga yang mungkin melihat contoh lendir tanda bersalin ini pada seluar dalam mereka.
Terdapat beberapa perkara yang boleh menjadi punca penutup pangkal rahim ini terkeluar, seperti:
Pelembutan serviks
Apa punca contoh lendir tanda bersalin?
Semasa fasa akhir kehamilan, serviks akan mula melembut dan mengembang sebagai persediaan untuk bersalin. Serviks biasanya perlu mengembang hingga 10 sentimeter sebelum ia boleh dilalui bayi.
Dikenali sebagai proses pelebaran serviks – dilating, keadaan ini boleh berlaku dalam tempoh beberapa minggu sebelum bersalin.
Seks
Hubungan seks ketika hamil turut boleh menyebabkan penutup pangkal rahim ini terkeluar. Walaupun tidak berbahaya untuk bersetubuh semasa kehamilan, namun sebaiknya pada tempoh-tempoh terakhir kehamilan – trimester ketiga – anda perlu lebih berhati-hati.
Sekiranya ia berlaku selepas hubungan seks dan tempoh kehamilan anda kurang daripada 37 minggu, lakukan pemeriksaan doktor dengan segera.
Pemeriksaan serviks
Ada kalanya doktor perlu melakukan pemeriksaan serviks untuk memastikan semuanya berjalan lancar. Pemeriksaan yang dilakukan ini mungkin boleh menyebabkan regangan pada pembukaan serviks dan mengakibatkan mucus plug terkeluar.
Sekiranya ia terjadi sejurus selepas pemeriksaan serviks, berundinglah dengan doktor segera, okay?
Sekiranya dalam sebarang situasi, anda mengesyaki penutup pangkal rahim terkeluar dan tempoh kehamilan adalah kurang daripada 37 minggu, berbincanglah dengan doktor.
Pemeriksaan segera mungkin perlu dilakukan untuk memeriksa contoh lendir tanda bersalin dan keadaan bayi dalam kandungan anda.
Kesimpulan
Walaupun contoh lendir tanda bersalin ini bukanlah penentu yang tepat bila anda akan melahirkan bayi, tetapi ia menunjukkan badan bersedia ke arah itu.
Ada wanita yang mengalami kontraksi dan simptom bersalin lain sebelum atau sejurus selepas penutup pangkal rahim ini terkeluar. Terdapat juga yang tidak merasakan sebarang gejala sehingga 3 minggu kemudian. Kedua-dua ini adalah keadaan normal.
[embed-health-tool-due-date]