backup og meta

Pembedahan C-section: Apa yang Anda Perlu Tahu?

Pembedahan C-section: Apa yang Anda Perlu Tahu?

Pembedahan C-section atau lebih dikenali sebagai pembedahan caesarean merupakan prosedur melahirkan bayi menggunakan kaedah pembedahan. Kaedah C-section mungkin terpaksa digunakan sekiranya terdapat banyak komplikasi kehamilan yang menyukarkan ibu untuk melahirkan anak secara normal atau proses melahirkan bayi secara normal akan membahayakan bayi atau ibu. Selain itu juga, kaedah ini boleh digunakan untuk ibu yang tidak mahu bersalin secara normal.

Apa yang akan berlaku jika anda menggunakan kaedah C-section? Walaupun bayi anda berkemungkinan besar selamat dilahirkan, tubuh badan anda memerlukan masa yang lebih lama untuk sembuh berbanding mereka yang melahirkan anak secara normal. Oleh itu, anda perlu lebih berhati-hati dalam proses menjaga tubuh badan anda dengan berpandukan kepada perkara-perkara berikut.

Persiapan sebelum melakukan C-section

Jika anda dan doktor sudah bersedia untuk C-section, jadual pembedahan akan ditetapkan. Doktor anda akan berbincang dengan anda tentang pembedahan dan potensi-potensi risiko yang mugkin dialami. Ketika ini, anda wajar bertanya dan berkongsi kebimbangan, ketakutan yang akan menyediakan anda untuk operasi pembedahan.

Anda juga perlu melakukan beberapa ujian sebelum melakukan C-section untuk memastikan kumpulan darah serta isu medikal anda yang lain. Keputusan ujian-ujian ini juga akan menyediakan informasi lengkap tentang kondisi kesihatan anda yang akan membantu sekiranya anda memerlukan pemindahan darah. Konsultasi bersama pakar bius juga akan berlangsung bagi membincangkan pilihan anestesia yang terbaik buat anda.

Pakar perubatan anda juga akan mengigatkan anda untuk berpuasa dalam tempoh lapan hingga dua belas jam sebelum pembedahan.

Sebelum masuk ke dewan pembedahan, cuba bertenang dan berfikiran positif. Ini sedikit sebanyak akan membantu pembedahan C-section anda.

Proses penyembuhan selepas melakukan C-section

Proses penyembuhan selepas pembedahan C-section adalah penting untuk kesihatan ibu. Kebiasaanya, proses ini akan mengambil masa yang lebih lama berbanding mereka yang melahirkan bayi secara normal. Anda dan bayi mungkin terpaksa diwadkan di hospital sekurang-kurangnya tiga atau empat hari. Mereka yang bersalin normal pula hanya perlu diwadkan di hospital selama satu atau dua hari sahaja.

Selepas melahirkan, anda akan dibawa ke bilik penyembuhan. Sejurus selepas kesan bius hilang, anda akan mula berasa tidak selesa pada bahagian perut anda. Bagi mengawal kesakitan ini, anda boleh meminta bantuan ubat-ubatan daripada staf perubatan di situ seperti ubat penahan sakit.

Dalam tempoh 24 jam selepas pembedahan pula, jururawat akan membantu anda menanggalkan catheter dan IV. Kemudian, doktor akan menggalakkan anda untuk bangun dan berjalan perlahan-lahan di kawasan sekitar demi mengelakkan penggumpalan darah berlaku dalam tubuh badan. Selepas itu, anda mungkin akan berasa lapar. Anda boleh mulakan dengan pengambilan makanan pepejal perlahan-lahan. Anda juga mungkin berasa badan anda penuh angin namun anda tidak perlu risau kerana ia adalah normal yang menunjukkan usus-usus anda berfungsi dengan normal.

Apa-apa sahaja perkara yang mendatangkan tekanan kepada kawasan yang dibedah akan mendatangkan ketidakselesaan, namun akan beransur hilang mengikut tempoh masa. Apabila anda batuk, bersih atau ketawa, gunakan tangan anda untuk menekap bahagian luka. Sesampainya anda di rumah, elakkan beberapa aktiviti berat seperti memandu sekurang-kurang enam minggu atau lebih.

Selepas dua minggu, anda perlu ke hospital untuk memastikan luka anda sembuh dengan sebetulnya. Selepas enam minggu pula, anda masih perlu ke hospital untuk memeriksa kondisi kesihatan anda. Sepanjang tempoh penyembuhan, ikuti nasihat doktor dan sentiasa berfikiran positif bagi mendapatkan kesembuhan yang terbaik.

Walaupun pembedahan C-section mempunyai risikonya, anda berpeluang menimba pengalaman melakukannya. Jika anda mempunyai pengetahuan yang memadai dan sentiasa berkomunikasi dengan pakar perubatan selain boleh mengawal emosi, anda mungkin dapat menyimpulkan bahawa pembedahan C-section ini tidak perlu menjadi satu kerisauan buat anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

All About C-Sections: Before, During, and After. http://www.parents.com/pregnancy/giving-birth/cesarean/all-about-c-sections-before–during–and-after/. Accessed September 6, 2016.

What to Expect if You Have a Cesarean Delivery. http://www.webmd.com/baby/features/what-to-expect-cesarean-delivery#1. Accessed September 6, 2016.

What are the reasons for having a caesarean section?. http://www.babycentre.co.uk/x1029502/what-are-the-reasons-for-having-a-caesarean-section. Accessed September 6, 2016.

How you prepare. http://www.mayoclinic.org/tests-procedures/c-section/basics/how-you-prepare/prc-20014571. Accessed September 6, 2016.

Caesarean section. http://www.nhs.uk/Conditions/Caesarean-section/Pages/Introduction.aspx. Accessed September 6, 2016.

Versi Terbaru

26/11/2019

Ditulis oleh Ahmad Farid

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Berdebar Menunggu Hari Bersalin Anak Pertama, Bakal Ibu Boleh Cuba 8 Tip Cepat Bersalin Ini

Ini 3 Pilihan Selamat Untuk Keluarkan Bayi Meninggal Dalam Kandungan


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 26/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan