Definisi
Apa itu Penjenisan darah?
Dengan jenis darah, antigen ABO dan Rh boleh dijumpai dalam darah penderma dan bakal penerima. Ujian ini digunakan bagi menentukan jenis darah wanita sedang hamil dan bayi baru lahir. ABO, fktor Rh dan reaksi bersilang disemak di sini.
Darah manusia dikelaskan berdasarkan kehadiran atau ketidakhadiran antigen A & B. Dalam membran sel darah merah (RBCs) jenis A mengandungi antigen A; kumpulan B membran erythrocyte- mengandungi antigen B; Kumpulan darah AB memiliki kedua-dua A dan B pada permukaan membran sel darah merah; dan kumpulan darah O tidak memiliki kedua-dua A & B dalam membran sel darah merah. Kebiasaannya, serum individu mengandungi antibodi-antibodi untuk memuatkan antigen pada permukaan sel-sel darah merah. Ini bermaksud antigen A (kumpulan A) seharusnya tidak mempunyai anti-A; tetapi mereka akan mempunyai antibodi-antibodi anti-B. Ia adalah sebaliknya bagi mereka yang mempunyai antigen B. Darah jenis O akan mempunyai anti-A dan anti-B. Antibodi-antibodi ini yang menentang antigen A & B akan terbentuk dalam 3 bulan pertama selepas kelahiran apabila terdedah kepada antigen yang sama pada permukaan sel darah merah dalam bakteria usus.
Transfusi darah bermaksud homograft (disini ialah darah) dari satu individu ke individu lain. Adalah penting bahawa penerima tidak memiliki antibodi-antibodi yang menentang erythrocyte penderma. Sekiranya ini berlaku, ia boleh membawa kepada tindak balas hipersensitiviti, yang mengakibatkan demam ringan atau hipersensitiviti dengan hemolisis intravaskular yang serius. Sekiranya antibodi ABO penderma menentang antinuclear, ini adalah sangat janggal.
Individu dengan kumpulan darah O boleh mendermakan darah ke semua kumpulan darah (secara umumnya) kerana tiada antigen dalam sel darah merah. Individu dengan kumpulan darah AB boleh menerima darah dari mana-mana kumpulandarah (menjadi popular) kerana tiada antibodi yang bertindakbalas dengan darah yang dipindahkan. Kumpulan darah O sering dipindahkan dalam keadaan kecemasan, dalam keadaan kehilangan darah yang pantas dan mengancam nyawa, dan pemindahan darah harus dilakukan dalam kadar segera. Kes reaksi transfusi darah adalah paling kurang sekiranya menggunakan kumpulan darah O. Wanita yang melahirkan anak seharusnya menerima darah jenis O negatif dan golongan lelaki kebiasaannya menerima darah O positif kedika transfusi darah dalam keadaan kecemasan sebelum reaktiviti silang dilakukan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen