backup og meta

Adakah Ubat Bius Menjejaskan Keupayaan Pembelajaran Anak Saya?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 07/06/2022

    Adakah Ubat Bius Menjejaskan Keupayaan Pembelajaran Anak Saya?

    Apabila anak anda memerlukan pembedahan, kalian mungkin bimbang tentang kesan sampingan anestesia atau ubat bius pada pembelajaran kanak-kanak.

    Ketahui kemungkinan yang mungkin berlaku disebabkan prosedur ini pada anak anda.

    Bolehkah ubat bius menjejaskan pembelajaran kanak-kanak?

    Semakin ramai kanak-kanak hari ini memerlukan anestesia untuk pembedahan.

    Persoalannya ialah ‘Bolehkah ia menjejaskan keupayaan pembelajaran kanak-kanak?’

    Beberapa kajian pada monyet muda menunjukkan bahawa penggunaan anestesia secara jangka masa panjang boleh merosakkan otak.

    Tetapi, keputusan ini mungkin tidak sama kepada manusia kerana perbezaan antara kedua spesies ini.

    pembelajaran kanak-kanak

    Terdapat beberapa kajian mengenai hubungan antara prosedur anestetik dan keupayaan pembelajaran pada kanak-kanak.

    Kajian kohort Wilder (2009) terhadap kanak-kanak di bawah umur 4 tahun menunjukkan beberapa bukti.

    Mereka yang menerima ubat bius berganda mempunyai risiko lebih tinggi mengalami masalah pembelajaran berbanding mereka yang menerima bius sekali.

    Terdapat juga 1 lagi kajian mengenai kesan pendedahan kepada anestesia am sewaktu dalam kandungan seperti sewaktu pembedahan caesaran dan sewaktu ibu hamil menggunakannya.

    Anestesia am ialah ubat bius yang menyebabkan hilang kesedaran, berbeza dengan anestesia lokal yang hanya menyebabkan kekebasan setempat.

    Kanak-kanak yang terdedah kepada anestesia am sewaktu dalam kandungan lebih cenderung untuk mengalami masalah pembelajaran berbanding yang lain.

    Menurut Bakri (2015), berbahaya bagi kanak-kanak terdedah kepada anestesia am berulang kali. Mereka berisiko mengalami masalah tingkah laku dan emosi.

    Pakar sedang melakukan kajian lanjut untuk mengenal pasti hubungan antara prosedur bius dan keupayaan pembelajaran pada kanak-kanak.

    Tip untuk ibu bapa menghadapi ubat bius kanak-kanak

    Penggunaan ubat bius sepertimana prosedur perubatan lain, mempunyai kesan sampingan, komplikasi, atau risiko.

    Oleh itu, anda harus berbincang dengan doktor dan pakar anestesia anak anda.

    pembelajaran kanak-kanak

  • Maklumkan doktor atau pakar anestesia mengenai sejarah perubatan anak anda.
  • Bantu anak anda mengurangkan ketakutan pada jarum. Hampir semua kanak-kanak mempunyai ketakutan serius terhadap jarum dan ubat. Doktor boleh memberikan mereka topeng perubatan untuk membuat mereka tertidur.
  • Tenangkan anak anda tentang rasa sakit. Mereka juga patut dibenarkan bertanya apa sahaja tentang pembedahan mereka. Ibu bapa dan doktor harus menjelaskan mereka tentang prosedur pembedahan. Mereka juga perlu tahu apa yang sedang berlaku dan bagaimana untuk berkomunikasi dengan pasukan sokongan.
  • Disebabkan tiada bukti yang meyakinkan mengenai kesan anestesia terhadap kanak-kanak, anda perlu mempersiapkan anak-anak anda untuk mengurangkan risiko.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 07/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan