Bagi pasangan suami isteri yang sudah berkahwin, tiada apa yang lebih penting daripada kebahagiaan rumah tangga. Bagi mengecapinya, hubungan suci ini memerlukan suatu anugerah daripada Tuhan iaitu kehadiran anak. Jadi, pasti ada dikalangan kita yang mencari cara cepat mengandung atau hamil supaya dapat menimang cahaya mata dengan segera.
Pun begitu, ia mungkin agak sukar bagi sesetengah pasangan untuk menimang cahaya mata terutamanya yang baru sahaja berkahwin kerana mereka tidak mengetahui cara yang betul, tepat dan berkesan.
Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui panduan cara cepat mengandung untuk suami isteri.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Cara cepat mengandung, apa yang anda perlu tahu sebelum hamil
Sebelum itu, anda perlu faham bahawa terdapat beberapa perkara anda perlu tahu sebelum memutuskan untuk hamil.
Ya, mungkin secara emosinya anda telah bersedia dan mungkin sudah tahu cara yang berkesan.
Namun begitu, adakah mental anda juga sudah bersedia?
Perancangan prakonsepsi adalah penting dalam setiap kehamilan. Anda perlu menjawab terlebih dahulu beberapa perkara berikut jika anda sedang merancang untuk hamil.
#1. Bagaimanakah kondisi kesihatan anda?
Paling penting, anda perlu tahu tahap kesihatan anda. Kondisi seperti obesiti dan penyakit kronik lain termasuk diabetes, asma atau tekanan darah tinggi boleh memberikan impak negatif terhadap kehamilan anda.
Jika anda ingin hamil, anda perlu pastikan bahawa anda dapat mengawal kesihatan anda dahulu. Anda juga mungkin perlu melaras kawalan ubat untuk mempersiapkan tubuh badan untuk menerima kehadiran bayi.
Doktor akan memberitahu anda tentang sebarang langkah berjaga-jaga yang anda perlukan seterusnya semasa tempoh kehamilan.
#2. Apakah jenis kaedah kontraseptif yang pernah anda gunakan?
Jika anda pernah menggunakan pil pencegah kehamilan, anda perlu menjangkakan haid anda akan lewat dua minggu. Akan tetapi, anda tidak perlu berhenti mengambil pil tersebut sebagai cara cepat hamil.
Jika anda mahu menunggu beberapa bulan lagi sebelum mencuba untuk mengandung, anda boleh menggunakan kondom.
Sekiranya anda telah mengambil suntikan progestin, iaitu pencegah kehamilan jangka masa panjang, ia mungkin akan mengambil masa yang panjang untuk tubuh badan anda untuk kembali normal. Separuh daripada wanita boleh hamil, 7 bulan selepas mendapatkan suntikan yang terakhir.
#3. Adakah anda mengambil sebarang suplemen?
Anda perlu memaklumkan kepada doktor anda tentang sebarang jenis herba atau suplemen yang sedang anda ambil jika ingin mengandung.
Bergantung kepada apa yang anda ambil, doktor akan menasihati anda untuk mengurangkan dos, menukar kepada jenis lain, ataupun berhenti daripada menggunakannya.
Anda juga perlu untuk mengambil vitamin pranatal bagi memastikan kesihatan bayi dalam kandungan.
#4. Adakah anda telah mendapatkan vaksin terkini?
Penyakit seperti cacar air (varicella) dan campak German (rubella) boleh mengancam nyawa bayi anda.
Jika anda tidak pasti tentang imunisasi yang pernah anda dapatkan, anda boleh berjumpa dengan doktor untuk melakukan ujian darah untuk pemeriksaan imuniti, atau dapatkan vaksin yang anda inginkan.
#5. Adakah anda berisiko mendapat jangkitan penyakit kelamin?
Jangkitan penyakit kelamin bukan hanya akan menjejaskan kesuburan anda tetapi juga meletakkan anda dan bayi pada risiko sepanjang kehamilan.
Jika anda percaya bahawa anda atau pasangan mungkin mendapat jangkitan, minta doktor anda untuk melakukan pemeriksaan penting dan rawatan sebelum mencuba membuat anak.
Cara cepat mengandung yang berkesan
Kadangkala, pasangan suami isteri tidak tahu cara membuat anak yang paling berkesan dan hanya menunggu serta menganggap ia adalah takdir tuhan.
Ya, ia mungkin benar bahawa anak adalah rezeki dan tanggungjawab yang diberikan oleh Tuhan kepada kita. Pun begitu, kita juga sebenarnya perlu berusaha dan berdisiplin demi memenuhi hasrat untuk mempunyai anak.
1. Lakukan seks pada waktu yang betul
Pertama sekali, anda perlu tahu “melakukannya” pada waktu yang betul. Ini merupakan perkara yang paling penting untuk hamil.
Cara cepat mengandung adalah dengan lakukan seks dengan kerap tanpa menggunakan kondom atau apa-apa metode kontraseptif yang lain. Ini tidak bermaksud anda perlu melakukannya setiap hari.
Anda juga tidak perlu menunggu sehingga waktu ovulasi untuk melakukannya kerana ini akan membunuh keinginan anda terhadap seks.
Cara cepat mengandung 2: Dapatkan tidur yang berkualiti
Selain itu, anda juga perlu memastikan anda mendapat tidur yang cukup dan berkualiti. Ini kerana tidur yang berkualiti dapat meningkatkan tenaga zahir dan batin anda.
Kajian menunjukkan bahawa wanita yang kurang subur akan kekurangan hormon leptin dalam tubuh badan mereka. Tubuh badan akan menghasilkan hormon leptin apabila anda sedang keletihan.
Sebaiknya, cuba untuk tidur sekurang-kurangnya 7 jam sehari pada waktu malam.
Baca juga:
- Timing Penting Jika Ingin Hamil Cepat! Ini Cara Kesan Waktu Subur
- Pernah Ambil Pil Perancang, Dan Kini Ingin Hamil Semula, Bagaimana Nak Tahu Bila Waktu Subur?
Cara cepat mengandung 3: Ketahui kitaran ovulasi anda
Walaupun anda sepatutnya melakukan seks dengan kerap, anda juga perlu tahu akan kitaran ovulasi anda. Kehamilan akan berlaku apabila telur disenyawakan dengan sel sperma.
Situasi ini selalunya akan berlaku sekitar 14 hari kitaran ovulasi anda. Terus lakukan seks sepanjang bulan namun tekankan dan berikan perhatian terhadap kitaran ovulasi ini.
Namun begitu, jangan terlalu obses dengannya kerana ia akan memberi tekanan kepada anda dan pasangan.
[embed-health-tool-ovulation]