Ketika mengetahui diri sedang hamil, salah satu perkara pertama yang ingin diketahui oleh ibu ialah usia kandungan dan tarikh jangkaan bersalin. Oleh itu, ramai bakal ibu ingin tahu cara terbaik untuk membuat kiraan hamil.
Ketika mengetahui diri sedang hamil, salah satu perkara pertama yang ingin diketahui oleh ibu ialah usia kandungan dan tarikh jangkaan bersalin. Oleh itu, ramai bakal ibu ingin tahu cara terbaik untuk membuat kiraan hamil.

Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk melakukan kiraan kehamilan dengan tepat. Namun, ia bergantung pada kesesuaian individu.
Antara kaedah utama termasuklah kaedah tarikh haid terakhir (LMP), kalkulator bersalin dan tarikh konsepsi.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Kaedah LMP adalah antara cara paling biasa digunakan untuk menentukan usia kehamilan dan tarikh jangkaan bersalin.
Lagipun, kebanyakan wanita mengetahui tarikh haid terakhir mereka dengan lebih tepat berbanding tarikh ovulasi atau konsepsi.
Cara kiraan:
Jika haid terakhir seorang wanita bermula pada 1 Januari 2025, anggaran tarikh bersalin ialah 8 Oktober 2025.
Cara ini mudah digunakan dan tidak memerlukan sebarang peralatan khas. Ia sangat sesuai untuk wanita dengan kitaran haid yang tetap.
Bagaimanapun, langkah ini kurang tepat bagi wanita yang mempunyai kitaran haid tidak teratur. Ia juga tidak mengambil kira ovulasi yang mungkin berlaku lebih awal atau lebih lewat.
Kalkulator kehamilan atau kalkulator bersalin adalah alat digital yang membantu ibu mengira tarikh jangkaan bersalin dengan lebih cepat.
Biasanya, ibu hanya perlu memasukkan tarikh haid terakhir ke dalam kalkulator.
Ini merupakan langkah termudah dan pantas. Malah, ia lebih tepat jika dibandingkan dengan pengiraan manual.

Sesetengah kalkulator turut menyediakan maklumat tentang perubahan badan dan perkembangan bayi.
Bagaimanapun, cara kiraan hamil ini bergantung pada ketepatan data yang dimasukkan oleh pengguna.
Ia juga masih berasaskan kaedah LMP, jadi mungkin kurang tepat untuk wanita dengan kitaran haid tidak tetap.
Bagi wanita yang tahu tarikh ovulasi atau hari mereka mengadakan hubungan intim, mereka boleh menggunakan tarikh konsepsi untuk menentukan usia kandungan.
Jika seorang wanita yakin bahawa dia hamil pada 14 Januari 2025, anggaran tarikh bersalin ialah 7 Oktober 2025.
Kiraan hamil ini lebih tepat untuk wanita yang memantau ovulasi dengan kaedah suhu basal atau kit ujian ovulasi. Sesuai untuk wanita dengan kitaran haid tidak tetap.
Bagaimanapun, tidak semua wanita dapat menentukan tarikh konsepsi dengan tepat. Langkah ini juga kurang praktikal bagi wanita yang tidak memantau ovulasi.
Jika mempunyai kitaran haid teratur: Kaedah LMP dan kalkulator bersalin boleh memberikan anggaran yang baik.
Mengetahui usia kandungan dan tarikh jangkaan bersalin adalah penting untuk beberapa sebab utama:
Mengetahui usia kehamilan dan tarikh bersalin adalah penting untuk merancang penjagaan prenatal dengan baik.
Kaedah LMP, kalkulator bersalin dan tarikh konsepsi boleh dilakukan sebagai kiraan hamil, namun masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.
Bagi memastikan ketepatan, pemeriksaan ultrasound oleh doktor boleh menjadi kaedah sokongan yang lebih tepat.
Sentiasalah berunding dengan doktor untuk mendapatkan kepastian tentang kehamilan anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Pregnancy Due Date Calculator. https://www.acog.org/womens-health/faqs/calculating-your-due-date. Diakses pada Februari 5, 2025.
How Do You Know How Many Weeks Pregnant You Are? https://www.marchofdimes.org/find-support/topics/pregnancy/how-do-you-know-how-many-weeks-pregnant-you-are. Diakses pada Februari 5, 2025.
Gestational Age and Estimated Date of Delivery. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK532913/. Diakses pada Februari 5, 2025.
Pregnancy and Prenatal Care. https://www.who.int/health-topics/pregnancy. Diakses pada Februari 5, 2025.
Calculating Your Pregnancy Due Date. https://www.cdc.gov/pregnancy/due-date.html. Diakses pada Februari 5, 2025.
Versi Terbaru
08/04/2026
Ditulis oleh Fatin Zahra
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid
Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa