
Tuala wanita bersalin dan tuala wanita yang biasa ada perbezaannya, terutamanya dari segi keselesaan dan manfaatnya.
Sejurus selepas kelahiran bayi, ada banyak perkara yang berlaku seperti darah nifas. Oleh sebab itu, penggunaan tuala wanita bersalin yang betul penting bagi menjaga kebersihan, keselesaan dan mengelakkan risiko jangkitan.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Tuala wanita ini selalunya lebih besar, lebih lebar dan lebih tebal daripada sanitary pad biasa. Ia juga mempunyai lebih banyak lapisan. Sebab itulah, kadar penyerapan lebih tinggi terhadap aliran cecair yang berlaku.
Seluar dalam pakai buang ini bertatahkan lapisan penyerap yang boleh menghalang kebocoran, terutamanya apabila anda melambung dan berpusing semasa tidur.
Sebagai tambahan kepada pad ini, ibu juga mempunyai pilihan untuk meletakkan pelapik katil pelindung untuk mengelakkan kotoran di permukaan tempat mereka berehat.
Tuala wanita terbaik mempunyai beberapa kriteria seperti berikut:
Selepas bersalin, anda akan menggunakan tuala wanita yang lebih besar untuk menampung pendarahan yang berlaku. Oleh itu, pastikan anda pilih maternity pad yang bersesuaian dengan badan agar tidak longgar ataupun ketat apabila memakainya.

Cari maternity pad yang menawarkan tahap penyerapan yang tinggi untuk memastikan anda kering dan selesa ketika memakainya. Tambahan lagi, ia sememangnya direka untuk kegunaan wanita selepas bersalin. Oleh itu, anda tidak perlu gusar jika bocor dan sebagainya.
Tidak dinafikan, kandungan bahan yang selamat penting untuk kesihatan. Oleh itu, pastikan tuala wanita tersebut tidak mengandungi agen peluntur, bahan tambahan pendarfluor, klorin, pewangi, paraben atau lateks. Ini akan menjadikannya selesa dan sesuai untuk semua jenis kulit.
Lebih baik jika maternity pad ini bebas daripada bahan alergen dan bahan kimia.
Untuk mencari tuala wanita terbaik, anda boleh membaca review pelanggan terhadap jenama yang mereka gunakan. Ini dapat membantu anda untuk membuat keputusan.
Tambahan lagi, ada jenama yang dikenali kerana keselesaan dan ada yang popular disebabkan penyerapan unggul.

Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Postpartum Care of the New Mother. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK565875/ . Diakses pada 10 Julai 2025
The Essential Guide to Choosing Sanitary Pads for After Birth Recovery. https://www.tradetoaid.org/the-essential-guide-to-choosing-sanitary-pads-for-after-birth-recovery/. Diakses pada 10 Julai 2025
Understanding the Difference: Maternity Pads vs. Sanitary Pads for Postpartum Care. https://smilepad.in/understanding-the-difference-maternity-pads-vs-sanitary-pads-for-postpartum-care/. Diakses pada 10 Julai 2025
37 postpartum essentials for every new and expecting family . https://www.themotherbabycenter.org/blog/2024/06/postpartum-essentials/. Diakses pada 10 Julai 2025
Versi Terbaru
14/08/2025
Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid
Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa