Bagi mereka yang suka berlari, pastinya pernah mengalami rasa sakit pada bahagian sisi perut, betul tak? Kalau nak tahu punca kejang perut itu terjadi, teruskan membaca artikel ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Badan Sihat, sila dapatkannya di sini.
Punca kejang perut ketika berlari
Pernahkah anda rasa sakit pada bahagian sisi perut ketika berlari? Rasa sakit ini turut dikenali sebagai side stiches iaitu satu rasa sakit yang tajam dan menikam pada sisi perut.
Rasa sakit ataupun cramp ini lazim berlaku kepada orang yang gemar bersenam. Selalunya, keadaan ini akan berlaku lebih kerap pada sebelah kanan perut berbanding sebelah kiri.
Menurut kajian, hampir 70% individu yang aktif berlari akan mengalami sakit pada bahagian sisi perut sekurang-kurangnya sekali semasa melakukan aktiviti fizikal.
Individu yang baru mula berlari juga didapati lebih mudah terkena cramp atau sakit pada bahagian sisi perut. Oleh itu, jika anda baru mula berlari, pastikan anda jaga pemakanan anda sebelum memulakan larian.
Side stiches atau cramp mungkin akan membuatkan anda rasa tidak selesa semasa berlari. Tambah lagi, ada juga yang terpaksa berlari ke tandas ketika sedang bersenam akibat masalah ini!
Jadi, bagaimana hendak selesaikan?
5 tips senaman untuk kurangkan sakit perut ketika berlari
Elak punca kejang perut #1. Lakukan regangan!
Sebelum bersenam, pastikan anda melakukan warm up ataupun regangan terlebih dahulu!
Senaman ringan ini dapat melancarkan peredaran darah, menaikkan suhu badan dan meningkatkan kadar degupan jantung.
Aktiviti regangan juga dapat membantu otot lebih bersedia untuk melakukan pergerakan yang lebih banyak ketika bersenam nanti.
Jika badan tiba-tiba bergerak dengan aktif tanpa sebarang regangan, besar risiko untuk anda mengalami kecederaan semasa bersenam.
Oleh itu, anda disarankan untuk melakukan senaman sekurang-kurangnya 20-30 minit sebelum bersenam. Dengan melakukan senaman, badan akan jadi lebih bersedia untuk melakukan aktiviti fizikal.
Selain itu, anda boleh mulakan senaman dengan perlahan. Pada 10 minit yang pertama, mulakan larian anda dengan perlahan sebelum memecut.
2. Pastikan anda minum air dengan cukup
Ramai yang mengelak minum air sebelum bersenam kerana tidak mahu perut dipenuhi air ketika berlari. Keadaan ini boleh menyebabkan pelari rasa tidak selesa dan rasa ingin muntah.
Walau bagaimanapun, tidak minum air langsung ketika berlari boleh menjadi punca kejang perut yang anda alami jadi makin kerap.
Apabila anda bersenam dalam keadaan haus atau tidak minum air yang mencukupi, perut anda mungkin akan meragam ketika bersenam.
Individu yang tidak minum air dengan cukup juga boleh rasa kejang dan mungkin akan alami cirit-birit apabila senaman telah berakhir.
Jika boleh, pastikan anda minum air secukupnya sebelum bersenam dan bawa botol air supaya anda boleh kekal hidrasi sepanjang larian.
Selain itu, pastikan anda minum air secara perlahan-lahan. Jangan teguk air dengan cepat! Perkara ini juga boleh menyebabkan anda diserang rasa kejang ketika berlari!
3. Elak makanan berserat dapat atasi punca kejang perut
Makanan penuh serat penting untuk kesihatan perut. Walau bagaimanapun, sebelum berlari, pastikan anda tidak mengambil terlalu banyak makanan berserat.
Makanan berserat boleh menyebabkan anda tiba-tiba sakit perut dan terpaksa ke tandas sewaktu bersenam!
Oleh itu, elakkan makan roti, bijirin, sayur-sayuran hijau, brokoli ataupun buah-buahan seperti beri 4-5 jam sebelum memulakan larian.
Baca juga: