backup og meta

Pendengaran Kurang Jelas? Ini 4 Penyakit Telinga Yang Boleh Berlaku Kepada Anda

Pendengaran Kurang Jelas? Ini 4 Penyakit Telinga Yang Boleh Berlaku Kepada Anda

Masalah pada telinga yang anda alami bukan hanya berpunca daripada satu sebab. Boleh dikatakan ada empat penyakit telinga yang sering berlaku kepada kita semua. Ingin tahu apakah penyakit-penyakit telinga tersebut?

Artikel ini ada kupasan lanjut mengenainya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, sila dapatkan di sini.

Penyakit telinga yang sering berlaku

Terdapat beberapa masalah pada telinga yang boleh berlaku kepada kita. Ada sesetengah penyakit yang dialami bersifat ringan, namun ada juga yang kronik sehingga menyebabkan kehilangan pendengaran.

Berikut adalah empat jenis masalah pada telinga yang sering berlaku:

Otitis media

Ia adalah sejenis jangitan yang berlaku pada bahagian telinga tengah. Telinga tengah adalah satu kawasan atau ruang yang dipenuhi dengan udara yang terletak pada bahagian belakang gegendang telinga.

Pada kawasan ini terdapatnya tulang bergetar yang sangat kecil. Golongan kanak-kanak lebih berisiko untuk mengalami otitis media berbanding orang dewasa. 

Penyakit Glue Ear

Penyakit Glue Ear ialah sejenis keadaan otitis media yang lebih kronik atau teruk. Ia berlaku apabila terdapat cairan yang likat atau pekat berkumpul pada bahagian telinga tengah.

Cecair yang terkumpul pada bahagian telinga tengah ini biasanya berlaku disebabkan penyakit lain seperti mengalami selesema atau mendapat jangkitan.

Tiub eustachian yang terdapat dalam bahagian telinga sedikit sempit lalu menyebabkan ia mudah tersumbat.

Oleh sebab itu, kanak-kanak lebih mudah mengalami penyakit ini berbanding orang dewasa kerana tiub eustachian dalam telinga mereka lebih kecil.

Jika cecair dalam telinga tengah ini dibiarkan terlalu lama, ia boleh menyebabkan kehilangan pendengaran. 

Tahi telinga tersumbat

Kewujudan tahi telinga atau lilin telinga adalah sesuatu yang normal kerana ia berfungsi melindungi telinga anda.

Namun, pengumpulan tahi telinga yang terlalu banyak boleh menyebabkan masalah pada telinga. Telinga yang tersumbat biasanya disebabkan oleh tahi telinga yang terlalu banyak atau tahi telinga keras.

Penyumbatan tahi telinga seperti ini boleh menyebabkan gangguan pada pendengaran.

Penyakit telinga perenang (Swimmer’s Ear)

Penyakit telinga perenang adalah sejenis jangkitan yang berlaku pada bahagian luar lubang telinga, iaitu antara gegendang telinga sehingga ke luar telinga anda.

Jangkitan ini berlaku disebabkan oleh kelembapan dan haba yang menyebabkan lapisan kulit dalam lubang telinga menjadi bengkak.

Kemasukan air ke dalam lubang telinga menjadikan kulit di dalamnya mudah untuk dijangkiti disebabkan persekitaran yang lembap.  

Simptom-simptom bagi penyakit telinga ini

masalah pada telinga

Terdapat beberapa simptom yang sama, namun ada juga simptom yang berbeza antara keempat-empat penyakit yang dinyatakan sebelum ini.

Berikut disenaraikan beberapa simptom bagi setiap penyakit di atas:

Otitis media

Simptom bagi otitis media boleh dilihat kepada dua golongan yang berbeza iaitu kanak-kanak dan juga orang dewasa.

  • Kanak-kanak
    • Sakit pada telinga terutamanya semasa berbaring
    • Telinga berasa seperti ditarik-tarik
    • Mempunyai kesukaran untuk tidur
    • Lebih kerap menangis
    • Membuat bising atau kekecohan
    • Mempunyai gangguan pada pendengaran mereka
    • Sukar untuk menyeimbangkan diri
    • Mengalami demam pada suhu 38 darjah Celsius atau lebih
    • Keluar cecair daripada telinga mereka
    • Mengalami sakit kepala
    • Hilang selera makan
  • Dewasa
    • Berasa sakit pada bahagian telinga
    • Keluar cecair daripada telinga
    • Mempunyai kesukaran atau gangguan untuk mendengar dengan baik

Penyakit Glue Ear

Secara umumnya, simptom yang dialami oleh kanak-kanak dan orang dewasa bagi penyakit telinga ini adalah sama. Simptom-simptomnya ialah:

  • Kesukaran untuk mendengar dengan baik
  • Bercakap lebih kuat daripada biasa
  • Sukar untuk mendengar percakapan orang lain pada tahap suara yang normal
  • Tidak mendengar suara atau bunyi dari jarak yang jauh
  • Meminta orang lain untuk mengulang semula apa yang diperkatakan 
  • Mengadu mengenai bunyi berdering atau berdesing dalam telinga mereka
  • Berasa seperti ada tekanan dalam telinga
  • Mengalami kesakitan dalam telinga

Tahi telinga tersumbat

Antara simptom-simptom jika anda mengalami tahi telinga yang tersumbat ialah:

Penyakit telinga perenang

Bagi penyakit ini, simptom yang dialami boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu simptom ringan, sederhana dan juga teruk.

  • Simptom ringan
    • Rasa gatal pada lubang telinga
    • Wujud kemerah-merahan dalam lubang telinga
    • Rasa kurang selesa dalam telinga
    • Keluarnya cecair yang jernih dan tidak berbau daripada lubang telinga
  • Simptom sederhana
    • Rasa gatal yang lebih teruk atau kerap
    • Rasa sakit pada telinga yang semakin bertambah
    • Kulit dalam telinga menjadi lebih merah
    • Lebih banyak cecair yang keluar
    • Rasa penuh dalam lubang telinga 
    • Mempunyai gangguan untuk mendengar dengan baik
  • Simptom teruk

Punca dan faktor risiko bagi penyakit telinga

penyakit telinga

Otitis media

Jangkitan telinga otitis media disebabkan oleh bakteria atau virus yang berada pada bahagian telinga tengah.

Jangkitan ini sering disebabkan oleh penyakit lain seperti flu, selesema atau alergi yang menyebabkan kesesakan dan pembengkakan saluran hidung, tekak dan saluran tiub eustachian.

Antara faktor risiko bagi otitis media adalah seperti berikut:

  • Umur: Kanak-kanak yang berumur 6 bulan hingga 2 tahun lebih berisiko untuk mengalami penyakit ini. Ini kerana saiz dan bentuk tiub eustachian dalam telinga mereka lebih kecil berbanding orang dewasa
  • Pusat jagaan kanak-kanak: Kanak-kanak yang dijaga dalam kumpulan yang lebih besar lebih berisiko untuk mendapat jangkitan seperti selesema
  • Bayi yang diberi makan: Bayi yang diberi makan atau minum melalui botol lebih berisiko untuk mendapat jangkitan berbanding bayi yang menyusu badan
  • Faktor musim: Jangkitan lebih kerap berlaku pada musim tertentu seperti musim sejuk. Mereka yang mempunyai alahan tertentu juga mudah mengalami jangkitan jika berlaku alahan kepada mereka
  • Kualiti udara yang kurang bagus seperti pencemaran udara dan juga pendedahan kepada asap seperti asap rokok

Penyakit Glue Ear

Penyakit Glue Ear terjadi apabila cecair yang pekat berkumpul dalam telinga tengah anda. Jangkitan ini juga lebih kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak.

Ini kerana tiub eustachian yang berada jauh di dalam telinga kanak-kanak lebih sempit daripada orang dewasa. Ini menjadikannya lebih berisiko untuk tersumbat.

Tiub ini bertanggungjawab untuk membantu telinga mengekalkan ruang yang sihat tanpa cecair berlebihan dalam telinga.

Biasanya, ruang di bahagian telinga tengah ini hanya dipenuhi dengan udara. Namun, kadangkala cecair dapat berkumpul di kawasan ini akibat penyakit lain seperti selesema atau jangkitan virus.

Faktor risiko bagi masalah pada telinga ini ialah:

  • Umur: Kanak-kanak yang berumur kurang dua tahun
  • Bayi atau kanak-kanak yang diberi susu botol
  • Kanak-kanak yang berada di pusat penjagaan kanak-kanak 
  • Faktor alahan bermusim
  • Kualiti udara yang kurang baik

Penyumbatan tahi telinga

Bagi kebanyakan individu, sejumlah kecil tahi telinga akan keluar ke bahagian luar telinga apabila terdapat tahi telinga baharu untuk menggantikannya.

Sekiranya anda mengeluarkan tahi telinga secara berlebihan atau jika kotoran telinga tidak dibersihkan dengan baik, ia boleh berkumpul dan menyekat saluran telinga anda.

Penyumbatan tahi telinga biasanya berlaku ketika seseorang itu cuba untuk membersihkan telinganya sendiri dengan menggunakan putik kapas atau barang lain dalam telinga mereka.

Ini akan menyebabkan tahi telinga masuk lebih jauh ke dalam lubang telinga dan menyumbatkan lubang telinga. 

Penyakit telinga perenang

Masalah pada telinga ini biasanya berlaku disebabkan oleh jangkitan bakteria. Jangkitan lain seperti kulat atau virus agak jarang menyebabkan masalah pada telinga ini.

Apabila terdapat kelembapan atau air yang berlebihan dalam telinga anda, ia akan menjadi tempat pembiakan yang paling ideal untuk bakteria membiak.

Keadaan yang lembap, suhu yang agak suam serta keadaan yang tersorok dalam lubang telinga menjadi lokasi paling sesuai untuk bakteria membiak.

Apatah lagi jika terdapat sebarang luka kecil di dalam lubang telinga anda. Faktor risiko yang menyebabkan penyakit ini ialah:

Kaedah rawatan untuk masalah pada telinga ini

penyakit telinga

Otitis media

Bagi penyakit ini, doktor biasanya akan melihat perkembangannya terlebih dahulu. Doktor akan melihat sekiranya jangkitan tersebut akan sembuh dengan sendirinya dalam masa satu hingga dua minggu.

Jika tidak, penggunaan antibiotik akan diberikan. Bagi mengurangkan kesakitan yang dialami, doktor akan memberikan ubat tahan sakit seperti acetaminophen dan ibuprofen. 

Penyakit Glue Ear

Kebanyakan jangkitan Glue Ear akan sembuh dengan sendirinya. Namun, jika ia bertukar menjadi satu jangkitan, maka penggunaan antibiotik akan diberikan.

Selain itu, kaedah inflasi automatik juga akan digunakan jika perlu. Namun, kaedah inflasi ini tidak sesuai bagi kanak-kanak yang berumur tiga tahun dan ke bawah.

Penyumbatan tahi telinga

Doktor anda boleh mengeluarkan tahi telinga yang berlebihan ini dengan alat kecil yang melengkung yang disebut kuret. Doktor juga boleh menggunakan alat penyedut semasa memeriksa telinga.

Doktor anda juga boleh mengeluarkan tahi telinga dengan menggunakan air atau picagari getah yang diisi dengan air suam.

Jika anda kerap mengalami masalah pada telinga ini, doktor akan memberikan anda ubat penghilang tahi telinga seperti carbamide peroxide

Penyakit telinga perenang

Doktor akan mencuci telinga anda bagi mengeluarkan segala cecair, tahi telinga dan sisa dalam lubang telinga. Doktor juga akan memberikan ubat titis telinga yang boleh membantu merawat jangkitan telinga anda. 

Cara untuk mengelakkan masalah pada telinga

Kaedah rawatan sememangnya tersedia, namun pencegahan adalah langkah terbaik. Bagi mengelakkan anda mengalami sebarang masalah berkaitan telinga seperti di atas, ikuti langkah ini:

  • Jangan gunakan putik kapas atau sebarang objek lain untuk mencuci tahi telinga anda. Jika anda kerap melakukannya, tahi telinga anda pasti akan masuk lebih jauh ke dalam lubang telinga
  • Gunakan penutup telinga (earplug) ketika berenang untuk mengelakkan air memasuki lubang telinga
  • Gunakan pelindung telinga jika berada di kawasan yang bising
  • Hembuskan hidung dengan betul dan jangan tutup hidung ketika ingin bersin atau menghembuskannya 

Kesimpulannya, jika anda ada mengalami mana-mana simptom penyakit telinga di atas, sila dapatkan rawatan daripada pakar untuk lebih kepastian.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Ear problems

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/ear-infections/symptoms-causes/syc-20351616

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/ear-infections/diagnosis-treatment/drc-20351622

https://med.uth.edu/orl/online-ear-disease-photo-book/chapter-6-glue-ear/glue-ear-discussion/

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/earwax-blockage/symptoms-causes/syc-20353004

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/earwax-blockage/diagnosis-treatment/drc-20353007

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/swimmers-ear/symptoms-causes/syc-20351682

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/swimmers-ear/diagnosis-treatment/drc-20351688

Versi Terbaru

12/10/2022

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Telinga Jadi Berdesing Bila Air Masuk Telinga, Tapi AWAS Elak Buat 3 Cara Ini, BAHAYA!

Jangan Korek Telinga Guna Cotton Bud, Ini Cara Selamat Buang Tahi Telinga Keras!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 12/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan