Selain Telan Air Liur, Ada 3 Lagi Cara Hilangkan Telinga [email protected], BOLEH CUBA!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 27/11/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Pernahkah anda mengalami masalah telinga berdengung atau telinga berdesing ketika menaiki lif?

Bukan itu sahaja, tetapi juga ketika sebarang peralihan diri anda dari tempat yang rendah ke tempat yang lebih tinggi. Mengapa hal ini terjadi?

Barotrauma telinga, punca telinga berdengung

Barotrauma adalah satu keadaan yang menyebabkan ketidakselesaan pada telinga disebabkan perubahan tekanan.

Dalam setiap telinga, terdapat tiub yang menghubungkan bahagian tengah telinga anda dengan tekak dan hidung. 

Ia juga membantu mengawal tekanan telinga. Tiub ini dipanggil tiub eustachian. Apabila tiub ini tersumbat, anda mungkin mengalami barotrauma telinga.

Barotrauma telinga yang berlaku sekali-sekala adalah perkara biasa. Ia kerap berlaku di persekitaran yang mengalami perubahan altitud.

Walaupun keadaan ini tidak berbahaya bagi sesetengah individu, tapi ia boleh menyebabkan beberapa komplikasi jika kerap berlaku. 

Simptom-simptom barotrauma telinga berdengung

telinga berdengung

Sekiranya anda mengalami barotrauma telinga, anda mungkin akan mengalami tekanan yang tidak selesa dalam telinga anda. Gejala biasa yang kerap berlaku termasuklah:

  • Pening
  • Rasa tidak selesa pada telinga
  • Kurang pendengaran atau sukar mendengar
  • Telinga berasa tersumbat

Sekiranya ia terjadi dalam tempoh yang lama tanpa rawatan, gejala yang berlaku mungkin akan semakin bertambah. Gejala tambahan yang mungkin berlaku dalam kes ini termasuklah:

Kesemua gejala ini akan hilang setelah ia dirawat. Kehilangan pendengaran akibat daripada barotrauma telinga hanya bersifat sementara dan boleh dikembalikan.

Punca telinga berdengung atau telinga berdesing

Penyumbatan tiub Eustachian adalah salah satu penyebab berlakunya telinga berdesing atau telinga berdengung.

Tiub eustachian membantu mengembalikan keseimbangan semasa perubahan tekanan. Contohnya, dengan menguap biasanya akan membuka tiub eustachian.

Apabila tiub ini tersumbat, gejala mula timbul kerana tekanan dalam telinga berbeza daripada tekanan di luar gegendang telinga anda.

Perubahan ketinggian adalah penyebab paling umum keadaan ini. Salah satu waktu di mana ramai individu mengalami telinga berdesing adalah semasa pendakian atau penurunan pesawat.

Selain itu, ia juga boleh berlaku ketika anda sedang memandu di kawasan berbukit atau kawasan pergunungan. 

Faktor risiko untuk alami barotrauma

telinga berdesing

Segala punca yang boleh menyekat tiub eustachian akan merisikokan anda untuk mengalami barotrauma.

Individu yang mempunyai alahan, selesema, atau jangkitan aktif mungkin lebih cenderung untuk mengalami barotrauma telinga.

Bayi dan kanak-kanak juga berisiko mengalami keadaan ini. Tiub eustachian kanak-kanak lebih kecil dan kedudukannya berbeza daripada orang dewasa dan mungkin tersekat dengan lebih mudah.

Ketika bayi dan kanak-kanak menangis di atas kapal terbang semasa berlepas atau mendarat, ia mungkin disebabkan oleh barotrauma yang sedang mereka alami. 

Diagnosis barotrauma telinga

Walaupun barotrauma telinga boleh hilang dengan sendirinya, namun anda perlu berjumpa dengan doktor sekiranya mengalami gejala lain seperti kesakitan dan pendarahan pada telinga.

Pemeriksaan perubatan mungkin diperlukan untuk mengesan kemungkinan jangkitan pada telinga.

Barotrauma telinga dapat dikesan melalui pemeriksaan fizikal. Pemeriksaan dalam telinga dengan menggunakan otoskop sering kali menunjukkan perubahan pada gegendang telinga.

Oleh sebab perubahan tekanan, gegendang telinga anda mungkin ditolak sedikit ke bahagian luar atau dalam daripada kedudukan normalnya.

Doktor juga mungkin akan memasukkan udara ke dalam telinga anda untuk melihat sekiranya terdapat sebarang cairan atau darah di belakang gegendang telinga. 

Bolehkah menelan air liur menghilangkan telinga berdesing?

Biasanya, kes-kes telinga berdengung ini akan kembali normal tanpa sebarang rawatan perubatan. Ini kerana ia berlaku dalam keadaan sementara sahaja.

Bagi mengurangkan kesan perubahan tekanan udara dalam telinga, anda sememangnya boleh mencuba menelan air liur untuk membuka kembali tiub telinga yang tersumbat.

Ia sememangnya berkesan. Selain itu, anda juga boleh mencuba dengan menguap, mengunyah gula-gula getah atau menarik nafas dengan dalam. 

Kesimpulan

Keadaan telinga berdengung atau berdesing ini adalah perkara yang biasa berlaku. Ia juga berlaku dalam tempoh yang pendek dan bersifat sementara.

Namun, jika telinga anda mengalami kesakitan, apatah lagi pendarahan akibat perubahan tekanan dalam telinga, segera berjumpa dengan doktor.

Ini bagi memeriksa sebarang kemungkinan lain yang boleh berlaku terhadap telinga anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Normal Jika Wanita Gemar Tindik Telinga, Tapi Sebelum Bertindik, Ini Yang Anda Perlu Tahu!

Jangan sesuka hati tindik telinga atau kawasan lain tanpa mengetahui bahaya ini terlebih dahulu ya? Jom klik untuk baca lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, Pusat Kesihatan 22/10/2020 . 3 minit bacaan

Sukar Mendengar Percakapan Orang Lain? Anda Mungkin Ada Kondisi Pekak Sebelah Telinga!

Jangan terkejut jika ada orang yang pekak sebelah telinga sahaja kerana ia memang boleh terjadi. Jom kita baca artikel ini untuk tahu lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, Pusat Kesihatan 22/09/2020 . 3 minit bacaan

Perasan Ada Lubang Kecil Di Telinga? Jangan Lambat, Segera Jumpa Doktor Untuk Elak Jangkitan!

Sesetengah orang lahir dengan lubang kecil di telinga. Adakah ia normal dan tidak berbahaya buat anda? Jom klik artikel ini untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, Pusat Kesihatan 03/09/2020 . 3 minit bacaan

Seronok Berenang Sampai Air Masuk Telinga? Bahaya, Usah Biarkan! Ini 5 Cara Mudah Keluarkannya!

Pernahkah air masuk telinga anda semasa sedang seronok berenang? Ya, ia memang biasa berlaku. Jom klik artikel untuk tahu 5 langkah perlu buat!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, Pusat Kesihatan 29/07/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

penyakit glue ear

Telinga Anda Kerap Berdesing Dan Sukar Mendengar? Ia Mungkin Petanda Penyakit Ini…

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
tahi telinga keras

Ingin Keluarkan Tahi Telinga Keras & Kering? Jangan Guna Putik Kapas, Tapi Ini Cara Selamat Nak Buang

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 07/01/2021 . 3 minit bacaan
air masuk dalam telinga

JANGAN Biarkan Kalau Air Masuk Telinga, Tapi Elak Buat 3 Cara Ini, BAHAYA!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 02/12/2020 . 3 minit bacaan

Ada Masalah Pendengaran? Bukan Semua Orang Pekak Sesuai Pakai Alat Bantuan! Baca Ini Dulu

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 02/11/2020 . 3 minit bacaan