Rahsia Di Sebalik 7 Warna Hingus, Kalau Hitam Kena Jumpa Doktor Segera!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 11/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Rimas hingus meleleh setiap kali mengalami selesema? Pernahkah anda terfikir bagaimana hingus terhasil?

Hingus atau mukus nasal terhasil untuk membantu menjaga sistem pernafasan agar kekal sihat.

Ia mempunyai beberapa tugas atau fungsi utama iaitu:

  • Memerangkap debu atau habuk yang memasuki lubang hidung
  • Melembapkan udara agar lebih mudah untuk bernafas
  • Memastikan dinding hidung dan sinus kekal lembap
  • Melawan jangkitan kuman, virus dan bakteria

Ia akan dihasilkan kira-kira 1 ke 2 quart sehari dan anda mungkin menelannya sepanjang hari tanpa sedar.

Ada yang percaya bahawa warna hingus boleh menjadi petunjuk kepada tahap kesihatan kita, sama seperti warna tinja atau air kencing.

Adakah ia benar? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu dengan lebih mendalam lagi!

Bagaimana hingus terhasil?

Sebelum pergi dengan lebih lanjut, wajarlah untuk kita tahu bagaimana hingus terhasil terlebih dahulu.

Menurut Pakar Telinga, Hidung dan Tekak dari New York University Langone Medical Center iaitu Dr. Richard Lebowitz, hingus terhasil daripada kelenjar mukosa yang terdapat dalam saluran pernafasan.

Seperti yang diperkatakan pada awal artikel ini, ia dihasilkan bagi membantu menjaga sistem pernafasan agar kekal sihat.

Ramai yang berpendapat bahawa kewujudannya menandakan anda sedang demam atau selesema, ia adalah kurang tepat.

hingus

Ini kerana ia tetap akan dihasilkan secara berulang kali walaupun kalian sudah menghembus dan membuangnya keluar dari lubang hidung.

Dalam erti kata yang lebih mudah, hingus adalah sesuatu yang normal namun sila berjumpa doktor jika ia terhasil dengan terlalu sedikit atau terlalu banyak.

Apa rahsia di sebalik warna hingus?

Dalam pada itu, ramai yang percaya bahawa warna mukus nasal ini mungkin boleh memberitahu tahap kesihatan tubuh badan kita.

Meskipun doktor tidak akan mengambil kira warna hingus sebagai diagnosis utama, namun ia boleh dijadikan petunjuk.

Berikut merupakan 7 warna hingus dan rahsia di sebaliknya:

#1. Hingus jernih

Ini adalah petanda bahawa tubuh badan anda berada dalam kondisi yang sihat.

Mukus yang berwarna jernih menunjukkan ia mengandungi air, protein, antibodi dan larutan garam serta dihasilkan secara berkala dengan kerap.

Mungkin kalian tidak akan selalu perasan hingus yang berwarna jernih kerana ia kebiasaannya akan mengalir masuk dan larut di dalam perut.

#2. Hingus putih

Ini adalah petanda yang anda mengalami hidung tersumbat.

Mukus yang berwarna putih disebabkan oleh keradangan atau kebengkakan pada tisu hidung sekali gus memperlahankan aliran mukus.

Akibatnya, ia akan hilang kelembapan lantas menyebabkan hingus menjadi agak pekat dan likat – simptom utama demam atau selesema.

hingus

#3. Mukus kuning

Ini adalah petanda anda mungkin mengalami demam selesema.

Mukus yang berwarna kuning disebabkan oleh sel melawan jangkitan seperti sel darah putih memasuki kaviti hidung untuk melawan jangkitan mikrobial.

Ia seterusnya akan menyebabkan mukus berubah warna seakan kuning dan mula mengalir keluar melalui hidung yang akan hilang selepas 10 ke 14 hari.

#4. Mukus hijau

Ini adalah petanda bahawa anda masih mengalami demam selesema.

Mukus yang berwarna hijau disebabkan oleh sel melawan jangkitan seperti sel darah putih yang memasuki kaviti hidung telah tewas kepada jangkitan mikrobial.

Jika anda masih sakit selepas 12 hari, sila berjumpa doktor segera kerana ia mungkin petanda jangkitan bakteria sinusitis yang perlu dirawat dengan ubatan.

#5. Mukus merah

Ini adalah petanda bahawa hingus anda telah bercampur dengan darah.

Mukus yang berwarna merah disebabkan oleh kecederaan pada tisu hidung – mungkin disebabkan oleh kekeringan, kerengsaan atau apa-apa impak.

Jika ini berlaku, sila periksa sama ada wujud sesuatu yang tersekat di dalam lubang hidung atau segera berjumpa doktor untuk konsultasi.

#6. Mukus oren

Ini adalah petanda hingus anda sudah bercampur dengan darah.

Mukus yang berwarna oren disebabkan oleh kecederaan pada tisu hidung – sama seperti yang terjadi jika hingus anda berwarna merah.

Apa yang berbeza adalah ia mungkin disebabkan oleh sesuatu yang anda sedut seperti kotoran, tembakau, paprika dan sebagainya.

hingus

#7. Hingus hitam

Ini adalah petanda bahawa anda mungkin terkena jangkitan yang serius.

Mukus yang berwarna hitam disebabkan jangkitan kuman serius yang biasa berlaku kepada individu perokok, penagih dadah atau penderita penyakit sistem imun.

Jika anda termasuk dalam kategori di atas, anda mungkin sudah berjumpa doktor lebih awal. Jika tidak, segera dapatkan konsultasi dengan doktor.

Baiklah, sekarang kita sudah tahu bagaimana hingus terhasil dan rahsia di sebalik warna hingus.

Namun, ini cumalah sekadar petunjuk dan doktor sendiri tidak akan melakukan diagnosis berdasarkan perkara ini.

Akhir kata, sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan yang lebih lanjut dan sahih!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ini Yang Selalu Ibu Pesan Kalau Sakit Tekak, Banyakkan Minum Air Suam! Berkesan Ke?

Sebenarnya memang terdapat banyak manfaat air suam termasuklah boleh merawat sakit tekak. Benarkah? Jom klik untuk tahu jawapannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, Pusat Kesihatan 21/01/2021 . 3 minit bacaan

Hidung Berubah Lebam & Keluar Darah, Hati-Hati Anda Mungkin Alami Tulang Hidung Patah!

Sekiranya anda alami kondisi tulang hidung patah, apa perlu dilakukan? Tenang, klik sahaja artikel untuk tahu jawapan kepada soalan ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, Pusat Kesihatan 20/01/2021 . 3 minit bacaan

Kesan Pada Tekak Jika Alami Difteria, Ini 8 Simptom Yang Boleh Bawa Maut!

Kesan penyakit difteria akan banyak berlaku kepada tekak. Jom klik untuk tahu 8 simptom yang mungkin akan terjadi sekiranya dijangkiti!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, Pusat Kesihatan 18/01/2021 . 3 minit bacaan

AWAS Wanita! Anda Berisiko Alami Masalah Darah Beku Jika Ambil Pil Perancang Jenis Ini

Ada yang mengatakan pengambilan pil perancang keluarga boleh menyebabkan wujudnya risiko kesihatan seperti embolisme pulmonari. Adakah ia benar?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Embolisme Pulmonari, Kesihatan Pernafasan 14/01/2021 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

bengkak dalam hidung

Rasa Macam Ada Bengkak Dalam Hidung? Ia Mungkin Tanda Sinus Yang KRONIK!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 25/02/2021 . 3 minit bacaan
batuk berdarah

Risaunya Jika Anak Batuk Keluar Darah, Cukupkah Sekadar Beri Air Kosong?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 18/02/2021 . 2 minit bacaan
rawatan hospital

Bukan Semua Pesakit COVID-19 Perlu Masuk Hospital, KECUALI Yang Ada 11 GEJALA Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 10/02/2021 . 4 minit bacaan
hembus hidung

JANGAN Hembus Hidung Terlalu Kuat Kalau Rasa Gatal, Telinga Yang Akan Dapat Kesannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 10/02/2021 . 3 minit bacaan