backup og meta

JANGAN Menguap Dengan Mulut Terbuka Luas Kalau Tidak Mahu Ini Terjadi!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 25/07/2021

    JANGAN Menguap Dengan Mulut Terbuka Luas Kalau Tidak Mahu Ini Terjadi!

    Apabila tubuh badan kita mula rasa mengantuk, antara reaksi normal yang akan dibuat secara tidak terkawal adalah menguap bukan?

    Ya, ia mungkin normal namun ketahuilah bahawa terdapat bahaya menguap dengan mulut terbuka luas yang sangat mengejutkan!

    Untuk mengetahui apakah bahaya yang kami nyatakan di atas tadi, jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi.

    Apa punca sebenar manusia menguap?

    Hakikatnya, semua manusia yang normal akan melakukan reaksi ini secara tidak terkawal namun tidak tahu apa punca sebenar ia terjadi.

    Bahkan bukan manusia sahaja, hidupan lain termasuk haiwan juga akan melakukannya tatkala sedang dilanda kebosanan atau kepenatan.

    Menurut sebuah teori yang popular, menguap itu adalah satu reaksi normal yang berlaku apabila kurang jumlah oksigen di dalam tubuh badan.

    Dalam masa yang sama, ia juga mungkin adalah petanda bahawa jumlah karbon dioksida yang patut dikeluarkan sudah terlalu banyak.

    Ia dapat dijelaskan dengan keadaan ketika kita sedang bosan atau penat di mana kita tidak akan bernafas sedalam mana berbanding normal.

    Disebabkan itu, otak kita akan menghantar isyarat untuk menguap agar oksigen masuk ke dalam tubuh badan dan karbon dioksida pula keluar daripada tubuh badan.

    virus-menguap-berjangkit

    Benarkah ia boleh berjangkit pada orang lain?

    Ada satu kepercayaan yang kata bahawa ia berjangkit dan berlaku pada orang lain hanya dengan melihat individu melakukannya.

    Ya, ia mungkin benar dan ini akan terjadi termasuklah jika anda hanya sekadar melihat imej atau video orang lain menguap.

    Menurut kajian yang dijalankan oleh Baylor University di Amerika Syarikat, ia berlaku atas dasar otak ingin menunjukkan rasa empati.

    Kajian tersebut menyatakan hipotesis di mana lebih tinggi empati seseorang, lebih tinggi peluang untuk menguap itu berjangkit.

    Namun ia bukanlah sesuatu perkara yang perlu anda risaukan kerana perbuatan ini adalah normal kecuali jika ia petanda penyakit berbahaya!

    Adakah ia juga petanda penyakit berbahaya?

    Meskipun ia adalah tindakan tidak terkawal dan normal, anda mungkin perlu beri lebih perhatian jika ia berlaku secara berlebihan.

    Kiraan jumlah menguap yang dikatakan sebagai tidak normal ini adalah melebihi daripada satu kali atau lebih dalam masa seminit.

    Jika ia berlaku, ia mungkin menunjukkan bahawa anda menghidap beberapa penyakit berbahaya termasuklah:

    Pun begitu, ia hanyalah sekadar petanda dan diagnosis daripada doktor sangat diperlukan untuk mendapatkan lebih kepastian mengenainya.

    virus menguap, 1 keadaan berjangkit

    Jangan menguap dengan mulut terbuka luas!

    Bagi mendapatkan sensasi lebih puas ketika menguap, ramai individu cenderung untuk melakukannya dengan mulut terbuka luas.

    Awas, perbuatan ini tentu sahaja merupakan antara bahaya menguap yang paling utama!

    Ini kerana wujud risiko di mana berlaku kondisi rahang terkehel dan beralih sehingga menyebabkan mulut tidak lagi boleh ditutup.

    Ia berlaku disebabkan oleh bukaan dan tekanan yang berlebihan daripada angin yang keluar daripada mulut ketika sedang menguap.

    Kes yang pernah terjadi akibat bahaya menguap

    Seorang lelaki berusia 45 tahun dari Indonesia tidak mampu untuk menutup kembali mulutnya akibat rahang terkehel dan beralih.

    Setelah disiasat, dipercayai bahawa kondisi itu terjadi akibat daripada perbuatan menguap dan tertawa dengan mulut terbuka luas.

    Untuk merawatnya, Dr Helmiyadi Kuswardhana terpaksa memperbetulkan kembali posisi rahang pesakit secara manual.

    Sumber: dr. Helmiyadi SpOT

    Seorang lagi mangsa yang merupakan mahasiswi sebuah kolej di England juga pernah mengalami nasib yang sama akibat menguap.

    Dr Ejiro yang merawat gadis ini terpaksa memasukkan 26 batang aiskrim sekali gus ke dalam mulut mangsa agar ia terbuka lebih besar.

    Ia bertujuan untuk memperbetulkan kembali kedudukan rahang terkehel dan beralih akibat menguap dengan mulut terbuka luas.

    Sumber: Bizarre ER

    Wujud cara untuk kurangkan ia terjadi?

    Mungkin disebabkan oleh 2 kes yang pernah berlaku ini, ada individu yang akan berasa takut untuk menguap lagi selepas ini.

    Lantaran itu, mungkin anda akan cari pelbagai cara untuk kurangkan risiko itu terjadi dan ia termasuklah untuk kurangkan menguap.

    Buat anda yang belum tahu, memang wujud cara untuk kurangkan ia terjadi seperti berikut:

    #1. Cuba bernafas sedalam mungkin

    Memandangkan ia berlaku disebabkan kurang oksigen dan lebih karbon dioksida dalam tubuh badan, tarik nafas dalam-dalam mungkin boleh membantu.

    #2. Lebih banyakkan bergerak

    Dengan lebih banyak bergerak, tubuh badan kita akan menjadi lebih aktif sekali gus menghantar isyarat pada otak bahawa kita belum lagi bosan, penat atau mengantuk.

    #3. Ikhtiar untuk sejukkan tubuh badan

    Akhir sekali, kalian juga mungkin mahu cuba untuk menyejukkan tubuh badan dengan cara minum air batu, mandi air sejuk atau duduk depan kipas.

    Konklusinya, ia adalah reaksi yang normal dan anda tidak perlu risau jika ia berlaku kecuali dengan mulut yang terbuka luas!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 25/07/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan