Sukar Mendengar Percakapan Orang Lain? Anda Mungkin Ada Kondisi Pekak Sebelah Telinga!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Pekak atau kehilangan pendengaran adalah antara satu kelainan upaya yang boleh berlaku kepada individu yang membuat mereka menjadi asing tinggal di dunia ini.

Disebabkan kondisi ini, mereka tentu sahaja tidak akan dapat mendengar sebarang perkataan apatah lagi memahami segala yang diujarkan oleh individu lain.

Kebiasaannya, ia akan terjadi kepada kedua-dua belah telinga menjadikan mereka pekak sepenuhnya.

Namun tahukah anda bahawa kondisi ini juga boleh terjadi kepada sebelah telinga sahaja?

Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu tentangnya dengan lebih mendalam lagi!

Apa itu pekak?

Sebelum pergi dengan lebih lanjut, adalah wajar untuk kita semua tahu definisi sebenar kondisi ini terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan anda, pekak adalah satu keadaan di mana telinga kehilangan fungsi untuk pendengaran lantas membuat mereka tidak dengar sebarang bunyi atau suara.

Kesannya, penderita tidak langsung akan mendengar apatah lagi memahami segala yang diperkatakan oleh orang lain di sekeliling.

Disebabkan itu, penderita akan menggunakan teknik membaca gerak bibir individu lain untuk memahami apa yang diperkatakan.

Terdapat 3 jenis kecacatan kehilangan pendengaran yang biasa berlaku kepada individu iaitu:

Conductive

Masalah gangguan aliran bunyi ini disebabkan oleh masalah pada bahagian tengah dan luar telinga.

Sensorineural

Masalah di saraf deria ini disebabkan oleh masalah pada bahagian dalam telinga atau saraf auditori.

Mixed

Adalah kombinasi dari kedua-dua jenis conductive dan sensorineural.

tahi telinga

Dalam pada itu, kalian juga perlu tahu bahawa kehilangan pendengaran mempunyai 4 tahap yang utama iaitu kurang, sederhana, teruk dan sangat teruk.

Ramai yang lahir dengan kondisi ini namun tidak tahu punca sebenar ia terjadi. Jadi, apakah sebab pekak?

Apa sebab pekak?

Salah satu penyebab atau pencetus kehilangan pendengaran ini terjadi adalah genetik dan jika salah seorang daripada ibu atau bapa anda menghidapinya, kalian juga berisiko tinggi.

Selain itu, ada beberapa sebab pekak terjadi termasuklah:

  • Bayi lahir dengan berat badan kurang dari 1.5 kg
  • Pengumpulan cecair pada rongga telinga
  • Pengambilan ubatan yang ada kesan toksik kepada telinga
  • Kekurangan bekalan oksigen ke bahagian otak
  • Tahi telinga yang tebal dan keras dalam telinga
  • Gegendang telinga yang pecah
  • Jangkitan kuman pada lapisan dalam otak (meningitis)
  • Jangkitan kuman seperti ‘congenital rubella’ atau ‘congenital syphilis’
  • Penyakit metabolisme yang kronik
  • Peningkatan usia

Sekiranya ada salah satu atau beberapa sebab di atas pada diri anda, perhatikan simptom-simptom berikut untuk mendapatkan rawatan lanjutan dengan lebih cepat:

  • Kerap meminta orang mengulangi percakapan
  • Kerap menguatkan bunyi televisyen, radio atau telefon
  • Sukar mendengar terutamanya dalam suasana yang bising atau hingar
  • Mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dengan keluarga dan rakan-rakan
  • Mendengar bunyi-bunyi aneh dalam telinga (tinitus)
  • Mendengar bunyi telefon hanya apabila berada dekat dengannya

1-1-bilion-belia-masalah-pendengaran

Pekak sebelah telinga juga boleh terjadi?

Meskipun kita biasa mendengar pekak selalu berlaku kepada kedua-dua telinga, namun ada juga satu kondisi pekak sebelah telinga sahaja.

Sama ada kiri atau kanan, penderita akan mengalami kesukaran untuk memahami ujaran orang lain yang berada di sekeliling mereka.

Bukan itu sahaja, mereka juga akan mengalami kesusahan untuk mengenal pasti dari mana arah sesuatu bunyi itu datang serta membatalkan bunyi bising atau hingar pada latar belakang.

Pekak sebelah telinga (unilateral hearing loss atau unilateral deafness) adalah kondisi di mana seseorang kehilangan keupayaan untuk mendengar pada sebelah telinga sementara sebelah telinga lagi berfungsi dengan baik sahaja.

Buat anda yang terfikir atau tertanya, kondisi pekak sebelah telinga mungkin disebabkan oleh beberapa perkara termasuklah:

  • Kecederaan kepada telinga
  • Pendedahan kepada bunyi bising teramat
  • Pendedahan kepada jenis dadah tertentu
  • Penyumbatan pada telinga
  • Ketumbuhan pada telinga

Dalam pada itu, kondisi ini juga mungkin boleh terjadi akibat pertambahan usia yang memang antara penyebab gejala pekak berlaku.

Sekiranya anda mengesyaki diri anda mengalami kehilangan pendengaran walaupun sedikit, segera dapatkan bantuan doktor.

Bergantung kepada tahap keterukannya, doktor mungkin akan mencadangkan anda untuk mengambil ubatan, alat bantuan pendengaran atau pembedahan membaiki telinga anda.

bahaya fon telinga

Jangan dibiarkan jika ia berlaku kepada anda!

Kondisi kehilangan pendengaran adalah satu keadaan di mana penderita hilang keupayaan untuk mendengar setiap bunyi yang terhasil.

Selain tidak mampu mendengar dan memahami ujaran orang lain, ia juga sudah tentu akan mengakibatkan gangguan percakapan diri sendiri.

Ini kerana mereka tidak mampu mendengar bagaimana sesuatu sebutan itu disebut dengan cara yang betul terutamanya jika pekak dari kecil.

Dalam pada itu, akan muncul rasa rendah diri dan hilang rasa yakin diri untuk bergaul bersama individu lain yang normal pancaindera.

Pun begitu, kalian tidak harus menjadikan ini sebagai satu titik untuk anda berputus asa dengan hidup.

Berjumpalah dengan doktor segera untuk rawatan lanjutan bagi menjalani kehidupan yang lebih baik!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Telinga Anda Kerap Berdesing Dan Sukar Mendengar? Ia Mungkin Petanda Penyakit Ini…

Jika telinga anda kerap berdesing dan sukar mendengar, ia mungkin petanda penyakit glue ear. Jom klik untuk tahu lebih lanjut mengenainya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, Pusat Kesihatan 15/01/2021 . 3 minit bacaan

Ingin Keluarkan Tahi Telinga Keras & Kering? Jangan Guna Putik Kapas, Tapi Ini Cara Selamat Nak Buang

Terdapat tahi telinga kering dan basah. Tahi telinga basah agak mudah untuk dikeluarkan. Namun, bagaimana untuk mengeluarkan tahi telinga keras dan kering?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Keadaan Telinga, Keadaan Telinga, Hidung/Tekak 07/01/2021 . 3 minit bacaan

JANGAN Biarkan Kalau Air Masuk Telinga, Tapi Elak Buat 3 Cara Ini, BAHAYA!

Sekiranya air masuk dalam telinga, ada cara yang betul untuk mengeluarkannya. Paling penting, elakkan 3 perkara ini ya? Jom klik untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Keadaan Telinga, Keadaan Telinga, Hidung/Tekak 02/12/2020 . 3 minit bacaan

Selain Telan Air Liur, Ada 3 Lagi Cara Hilangkan Telinga [email protected], BOLEH CUBA!

Pernahkah anda alami telinga berdengung atau telinga berdesing ketika menaiki lif? Mengapa hal ini terjadi? Berkesankan telan air liur untuk hilangkannya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Keadaan Telinga, Keadaan Telinga, Hidung/Tekak 27/11/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

telinga berdengung

Telinga Kerap Berdesing/Berdengung? Ketahuilah Ia Bukan Sekadar Jangkitan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 26/02/2021 . 3 minit bacaan
bengkak belakang telinga

Perasan Ada Bengkak Belakang Telinga Sampai Pening Kepala? Ini 8 Sebabnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 19/02/2021 . 3 minit bacaan
hembus hidung

JANGAN Hembus Hidung Terlalu Kuat Kalau Rasa Gatal, Telinga Yang Akan Dapat Kesannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 10/02/2021 . 3 minit bacaan
jerawat dalam telinga

Sakit Kalau Ada Jerawat Tumbuh Dalam Telinga, Tapi Jangan Pecahkan, Ya! BAHAYA

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 28/01/2021 . 3 minit bacaan