backup og meta

Kahak Tebal & Susah Keluar Masa Batuk? Boleh Ambil 9 Jenis Ubat Pencair Kahak Ini

Kahak Tebal & Susah Keluar Masa Batuk? Boleh Ambil 9 Jenis Ubat Pencair Kahak Ini

Apabila kita mengalami selesema, batuk atau flu, tekak pasti akan berkahak. Kahak yang menebal dan pekat ini menyukarkan kita untuk bernafas dengan selesa. Adakah terdapat sebarang ubat yang boleh membantu mencairkan atau melancarkan kahak dalam saluran pernafasan kita? Lihat senarai ubat cair kahak di bawah ini. 

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang ENT, anda boleh klik di sini.

Mengapa kahak terhasil?

Mukus atau kahak adalah cecair pekat yang dihasilkan oleh membran mukus dalam sistem pernafasan.

Ia dihasilkan dengan tujuan untuk melindungi dan membersihkan saluran pernafasan daripada partikel asing, kuman dan bakteria.

jenis batuk
Jenis batuk pada orang dewasa dan kanak-kanak.

Ketika kita mengalami penyakit yang berkaitan dengan sistem pernafasan seperti selesema atau batuk, penghasilan mukus atau kahak akan meningkat untuk membantu membersihkan bakteria atau virus daripada sistem pernafasan.

Walau bagaimanapun, jika terlalu banyak mukus terkumpul dalam paru-paru atau sistem pernafasan, ia boleh menyebabkan kesukaran bernafas, batuk yang berpanjangan, dan kadangkala jangkitan sekunder.

Ubat cair kahak dewasa

ubat cair kahak
Punca batuk tak berhenti.

Bagi anda yang mengalami masalah kahak menebal atau sukar untuk dikeluarkan, anda boleh cuba mengatasinya menerusi pengambilan ubat cairkan kahak dewasa seperti di bawah ini:

  1. Guaifenesin: Guaifenesin adalah sejenis ubat ekspektoran yang membantu mencairkan dan menipiskan lendir yang ada dalam saluran pernafasan. Ia memudahkan proses pengeluaran kahak semasa batuk, mengurangkan kepadatan lendir dan mempercepatkan proses penyembuhan.
  2. Bromhexine: Bromhexine pula bertindak sebagai mukolitik, iaitu dengan membantu mengubah lendir pekat menjadi cecair, sekali gus memudahkan pengeluaran kahak. Ia juga meningkatkan aliran lendir dan membantu membersihkan saluran pernafasan.
  3. Acetylcysteine: Acetylcysteine bertindak dengan cara memecah ikatan protein dalam lendir. Kesannya, ia menjadikan lendir lebih cair. Ubat cairkan kahak dewasa ini juga memiliki sifat antioksidan yang membantu melindungi sel-sel saluran pernafasan daripada kerosakan.
  4. Ambroxol: Ambroxol membantu dengan meningkatkan produksi surfaktan. Surfaktan adalah bahan yang menjadikan lendir lebih cair dan mudah dikeluarkan. Ia juga memiliki sifat antiradang dan mengurangkan keradangan dalam saluran pernafasan.
  5. Carbocisteine: Carbocisteine juga mengurangkan kepekatan lendir dengan mengubah komposisinya lalu memudahkan pengeluaran kahak. Ia juga membantu mengurangkan jumlah lendir yang dihasilkan dalam saluran pernafasan kita. 

Ubat cair kahak kanak kanak

ubat kahak
Ubat batuk berkahak yang berkesan.

Berikut pula adalah senarai ubat cairkan kahak di paru paru yang boleh digunakan untuk kanak-kanak.

Ia juga boleh digunakan sebagai ubat cair kahak bayi, namun mestilah mendapat nasihat doktor terlebih dahulu. 

  • Guaifenesin untuk kanak-kanak: Ubat versi pediatrik ini dirumus khas untuk kanak-kanak, dengan dos yang lebih rendah dan selamat. Ia membantu mencairkan kahak dan memudahkan proses batuk
  • Bromhexine untuk kanak-kanak: Ubat cairkan kahak di paru paru ini diformulasi dengan kepekatan yang lebih rendah berbanding dos untuk orang dewasa. Ia membantu mencairkan lendir dan memudahkan pengeluaran kahak. Ini membantu dalam memastikan saluran pernafasan kanak-kanak tetap bersih
  • Acetylcysteine untuk kanak-kanak: Dengan dos yang disesuaikan untuk kanak-kanak, ia ubat cair kahak mencairkan lendir pekat dan memudahkan kahak dikeluarkan. Ini sekali gus mengurangkan risiko jangkitan pernafasan sekunder
  • Madu dan lemon: Kombinasi madu dan lemon boleh memberikan kelegaan semula jadi untuk kanak-kanak yang mengalami batuk berkahak. Madu membantu dalam melegakan kerongkong manakala lemon pula meningkatkan penghasilan air liur yang membantu menipiskan mukus. Tetapi ingat, anda tidak boleh memberikan madu kepada bayi yang berumur 1 tahun ke bawah kerana ia boleh menyebabkan botulism. Botulism merupakan sejenis gangguan keracunan makanan

Kesimpulan 

Dengan memahami jenis-jenis ubat cairkan kahak paling berkesan yang tersedia dan bagaimana ia berfungsi, kita boleh membuat pilihan yang tepat untuk diri sendiri dan keluarga kita.

Ini untuk memastikan kesihatan pernafasan sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan selesa.

Ikuti arahan penggunaan dan dos yang disyorkan agar ubat pencair kahak yang digunakan kekal berkesan dan selamat digunakan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Mucus Thinners. https://www.cff.org/managing-cf/mucus-thinners. Diakses pada Oktober 19, 2023. 

Mucolytic. https://my.clevelandclinic.org/health/treatments/24905-mucolytic. Diakses pada Oktober 19, 2023.

Cough Medicine: Understanding Your OTC Options. https://familydoctor.org/cough-medicine-understanding-your-otc-options/. Diakses pada Oktober 19, 2023.

Guaifenesin (Oral Route). https://www.mayoclinic.org/drugs-supplements/guaifenesin-oral-route/description/drg-20068720. Diakses pada Oktober 19, 2023.

Relieving A Cough. https://healthy.kaiserpermanente.org/health-wellness/health-encyclopedia/he.relieving-a-cough.ug1887. Diakses pada Oktober 19, 2023.

Versi Terbaru

15/05/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Sakit Tekak? Legakannya Dengan 6 Cara Mudah Ini, No. 4 Wajib Buat!

Rasa Sakit Tekak Setiap Kali Menelan Air Liur? Awas Dengan Apa Anda Makan!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 15/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan