backup og meta

Ini 14 Simptom Penyakit Radang Tonsil! Jangan Anggap Mudah, Ia Boleh Bawa Maut!

Ini 14 Simptom Penyakit Radang Tonsil! Jangan Anggap Mudah, Ia Boleh Bawa Maut!

Pernah dengar mengenai penyakit radang tonsil atau tonsilitis?

Tonsil adalah sejenis tisu limfoid yang terletak di permukaan saluran pernafasan dan percernaan anda serta merupakan antara sistem imun tubuh badan yang paling penting.

Ia berfungsi sebagai barisan pertahanan pertama terhadap patogen asing iaitu organisme seperti kuman, bakteria dan virus yang boleh menyebabkan jangkitan.

Pun begitu, pernahkah kalian terfikir jika bahagian ini terkena jangkitan lantas mengakibatkan penyakit seperti tanda tanda tonsil?

Buat anda yang terfikir dan tertanya sama ada kondisi ini boleh membawa maut atau tidak, mari kita ikuti artikel ini untuk tahu!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, sila dapatkannya di sini.

Apa itu radang tonsil?

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, adalah wajar untuk kita semua tahu definisi sebenar penyakit ini terlebih dahulu.

Turut dikenali sebagai tonsilitis, kondisi ini akan berlaku angkara jangkitan organisme bakteria atau virus.

Ia lebih kerap berlaku kepada golongan kanak-kanak, remaja dan belia serta jarang menjangkiti warga emas.

Kebiasaannya, tonsilitis adalah salah satu daripada masalah kesihatan akut namun hanya bersifat jangka masa pendek sahaja.

Antara simptom yang paling popular tentang radang tonsil adalah permukaan tonsil akan kelihatan merah cerah dengan bintik putih serta garis nanah yang menyebabkan kesakitan.

radang tonsil
Masalah keradangan pada tonsil.

Ya, ia adalah kondisi kesihatan yang sangat bahaya sekiranya tidak dirawat dengan kadar segera.

Oleh itu, tolong jangan bertangguh untuk berjumpa dengan doktor jika khuatir terkena tonsilitis.

Apa tanda tanda tonsil?

Sekiranya terkena radang tonsil, penderita mungkin akan mengalami beberapa simptom termasuklah:

  • Kelenjar limfoid membesar
  • Tonsil membengkak
  • Tonsil berubah warna merah dengan bintik putih serta garis nanah
  • Timbul ulser pada sekitar kawasan tekak
  • Sukar menelan makanan dan minuman pejal
  • Hilang selera makan
  • Suara berubah garau
  • Nafas berbau busuk
  • Sakit tekak
  • Sakit telinga
  • Sakit perut
  • Pening kepala
  • Demam panas
  • Lemah badan

Antara simptom utama tonsilitis termasuk:

  1. Kelenjar limfoid membesar.
  2. Sakit pada tonsil.
  3. Nafas bau busuk.
  4. Suara jadi garau.
  5. Hilang selera makan.
  6. Demam.

Antara komplikasi yang mungkin akan berlaku adalah kesukaran untuk bernafas ekoran saluran pernafasan penderita tersekat gara-gara tonsil yang bengkak.

Kesukaran ini boleh berlaku semasa sedar ataupun ketika sedang tidur (gangguan tidur apnea).

Ia adalah sangat bahaya kerana sekatan ini mungkin boleh mengakibatkan kalian tercekik atau tidak mampu bernafas dengan betul.

radang tonsil
Masalah keradangan tonsil atau tonsilitis.

Selain itu, tonsilitis juga mungkin boleh merebak sehingga menjejaskan dinding sekeliling tonsil (tonsillar cellulitis).

Jangkitan ini turut meningkatkan risiko pengumpulan nanah pada bahagian belakang tonsil (peritonsillar abscess).

Namun adakah ia begitu kronik sehingga boleh menyebabkan kematian?

Ia boleh menyebabkan kematian?

Sekiranya radang tonsil tidak dirawat dengan segera, tonsilitis akan menjadi lebih teruk lantas mengakibatkan kondisi kesihatan yang berbahaya sehingga mungkin boleh membawa maut.

Meskipun tidak banyak kes kematian disebabkan penyakit ini, namun risiko saluran pernafasan penderita tersekat akibat tonsil yang bengkak masih lagi tinggi.

Ini lebih berisiko jika ia terjadi ketika sedang tidur kerana penderita tidak sedar tentang perkara yang berlaku lantas tidak mampu untuk mencari atau meminta pertolongan.

Jadi, jawapan ringkasnya adalah ya tanda tanda tonsil boleh menyebabkan kematian jika tidak mengamalkan pantang larang tonsil.

Namun ia bukan disebabkan penyakit itu sendiri sebaliknya didasari oleh komplikasi lain yang boleh terjadi akibat penyakit ini.

Bagaimana cara merawat tonsil?

sakit tonsil
Cara menangani sakit tonsil.

Baiklah, sekarang kita sudah tahu bahawa memang benar tonsilitis boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan kadar segera.

Oleh itu, perkara pertama yang penderita perlu lakukan adalah berjumpa dengan doktor untuk sesi konsultasi tentang cara menghilangkan tonsil.

Anda perlu ketahui sama ada kalian memang benar mengalami tonsilitis atau penyakit lain berkaitan tonsil ataupun tekak seperti strep throat dan lain-lain.

Ini adalah sangat penting untuk para doktor menentukan kaedah rawatan lanjutan yang seterusnya.

Sekiranya ia memang benar tonsilitis, rawatan lanjutan adalah bergantung kepada tahap keterukannya.

Jika masih di tahap yang belum teruk, pengambilan antibiotik untuk membunuh bakteria atau virus yang menyebabkan jangkitan mungkin sudah memadai.

Jika di tahap yang sangat teruk pula, pembedahan untuk membuang tonsil mungkin perlu dilakukan untuk mencegah penyebaran jangkitan yang lebih akut.

Fakta


Radang tonsil adalah satu penyakit yang tidak wajar dipandang enteng kerana ia mungkin boleh membawa maut.

Oleh itu, segeralah berjumpa doktor sekiranya kalian mengalami simptom-simptom seperti yang kami nyatakan di atas tadi.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Tonsillitis. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/tonsillitis/symptoms-causes/syc-20378479. Accessed March 23, 2022.
  2. Tonsillitis. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK544342/. Accessed March 23, 2022.
  3. Tonsillitis. https://www.nhs.uk/conditions/tonsillitis/. Accessed March 23, 2022.
  4. Tonsillitis. https://www.nhsinform.scot/illnesses-and-conditions/ears-nose-and-throat/tonsillitis. Accessed March 23, 2022.
  5. Tonsillitis. https://medlineplus.gov/tonsillitis.html. Accessed March 23, 2022.

Versi Terbaru

15/07/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

5 Jenama Lozeng Popular Di Tahun 2023, Berkesan Untuk Sakit Tekak & Batuk

10 Cara Hilangkan Sakit Tekak Yang CONFIRM Berkesan, Jom Cuba!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/07/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan