backup og meta

Tekak Sakit, Boleh Kumur-kumur Guna 5 Bahan Dapur Ini, Berkesan!

Tekak Sakit, Boleh Kumur-kumur Guna 5 Bahan Dapur Ini, Berkesan!

Sudah macam-macam kaedah anda baca dan guna namun tekak masih rasa perit? Mungkin, ada cara menghilangkan sakit tekak yang masih anda belum cuba dan tahu lagi! Teruskan baca artikel ini dengan lebih lanjut.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang ENT, anda boleh klik di sini.

Cara menghilangkan sakit tekak yang lazim

Untuk pengetahuan anda semua, kesakitan pada tekak itu mungkin terjadi akibat jangkitan daripada kuman terutama virus influenza, croup, mononucleosis atau COVID-19 dan bakteria Streptococcus.

Untuk infeksi virus, penggunaan ubatan antiviral, antiradang dan lozeng boleh dipertimbangkan. Sementara antibiotik pula akan diberikan kalau masalah sakit tekak itu adalah gara-gara infeksi bakteria.

Dalam pada itu, terdapat banyak lagi cara menghilangkan sakit tekak tradisional yang anda boleh cuba hanya dengan penggunaan bahan-bahan dari dapur. Namun, cara ini tidak dijamin 100% boleh berkesan!

Mungkin gabungan daripada cara klinikal dan tradisional itu pilihan yang baik, atau akan membawa kesan sampingan?

Penyebab tekak rasa sakit setiap kali telan air liur.
Penyebab tekak rasa sakit setiap kali telan air liur.

Sebenarnya, adalah tidak salah untuk anda berikhtiar dengan petua orang lama selagi ia tidak menggunakan apa-apa jenis bahan yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan dan kehidupan.

Cara menghilangkan sakit tekak dengan kumur-kumur

Apa yang mungkin menjadi masalah, simptom akan semakin memburuk sekali gus memicu sakit tekak bila menelan. Ini sudah pasti akan membuat individu cenderung untuk tidak mahu memakan ubat.

Alternatifnya, anda mungkin boleh sahaja berkumur dengan bahan-bahan dapur di bawah di saat sakit tekak:

#1. Berkumur dengan air garam

Seperti mana ramai sedia maklum, garam itu merupakan bahan antiseptik semula jadi yang sangat efektif. Maka, tidak hairan jika ia selalu digunakan untuk merawat luka bagi membunuh kuman yang ada.

Begitu juga dengan sakit tekak! Kumuran dengan air garam boleh membantu individu untuk menghapuskan mikrob punca infeksi sakit tekak sekali gus mempercepatkan lagi proses pemulihan tekak meradang.

Nota tambahan untuk anda, gunakan air suam dengan larutan garam halus agar ia mendatangkan kesan maksimum!

Air putih serta secubit garam dapat melegakan sakit tekak anda.
Air putih serta secubit garam dapat melegakan sakit tekak anda.

Kumuran baik untuk tekak #2. Cuka epal

Selain memiliki sifat antimikrob secara semula jadi, cuka epal juga mempunyai sifat asidik yang agak kuat. Disebabkan itu pula, ia boleh membantu menghambat kuman yang mungkin mendiami tekak anda.

Disebabkan oleh rasa aneh dan tekstur likat yang kurang sesuai diminum, ia lebih baik dikumur di sekitar tekak sahaja bersama campuran air suam untuk menyeimbangkan rasa serta tekstur bahan dapur ini.

Kumuran baik untuk tekak #3. Ekstrak bawang

Sama seperti di atas, perahan air bawang putih atau merah ini mempunyai rasa dan aroma yang amat kuat. Ia mungkin akan menyebabkan anda loya atau termuntah kalau ingin mengambilnya sebagai ubatan.

Jadi, berkumur dengan bahan ini ternyata alternatif yang lebih baik. Ini kerana bawang sarat dengan kandungan allicin, sebatian organosulfer yang mampu berfungsi melawan pelbagai jangkitan termasuk infeksi tekak.

Kumuran bagus untuk tekak #4. Madu

Berbeza dengan bahan-bahan tadi, madu lebah asli mungkin tidak hanya perlu dikumur malah boleh diminum begitu sahaja! Menariknya, ia memang popular sebagai ramuan antiradang dan antimikrob.

Menurut kajian pada tahun 2013, madu memiliki potensi sebagai herba untuk sakit tekak dengan tahap keberkesanan yang lebih kurang sama dengan ubatan yang mengandungi agen bahan dextromethorphan.

Tidak cukup dengan itu, kajian itu turut menyatakan madu turut mampu menyembuhkan batuk dalam masa yang sama!

#5. Serbuk penaik juga boleh?

Cara menghilangkan sakit tekak yang terakhir, anda juga mungkin boleh berkumur dengan serbuk penaik. Benarkah?

Serbuk penaik beserta air putih juga boleh melegakan sakit tekak.
Serbuk penaik beserta air putih juga boleh melegakan sakit tekak.

Logiknya, ia mungkin benar ekoran kajian daripada The National Cancer Institute menyatakan bahawa ia memiliki karakteristik penting untuk menghapuskan mikrob termasuk virus, bakteria, yis dan kulat.

Lazim digunakan di dalam masakan, bahan dapur ini amat tidak sesuai untuk diminum dan hanya perlu dikumur di sekitar kawasan tekak sahaja. Elakkan daripada anda tertelan ketika melakukan kaedah ini.

Cecair kumuran di pasaran juga bagus untuk tekak?

Anda sudah tentu pernah menggunakan cecair kumuran yang sudah tersedia dan terjual di pasaran bukan? Ia memang bagus untuk kesihatan oral secara keseluruhan terutama bagi gigi, gusi dan lidah anda.

Pun begitu, adakah ia boleh menjadi salah satu cara menghilangkan sakit tekak yang berkesan? Mungkin ya dan tidak.

Ini kerana masih belum ada kajian yang mendakwa atau menyokong bahawa ia boleh membantu merawat masalah ini.

Apa yang pasti, ia cuma boleh membantu meminimumkan jumlah mikrob yang ada di dalam mulut dan tekak anda. Ia juga sudah tentu bagus untuk kesihatan keseluruhan oral. Jadi, kenapa tidak untuk anda mencuba, kan?

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Sore Throat, https://carle.org/conditions/pediatric-conditions/sore-throat, Accessed Oct 3 2023.
  2. 7 ways to combat coughs, colds, https://www.mayoclinichealthsystem.org/hometown-health/speaking-of-health/7-ways-to-combat-coughs-and-colds, Accessed Oct 3 2023.
  3. How to Soothe a Sore Throat, https://familydoctor.org/condition/sore-throat/, Accessed Oct 3 2023.
  4. What to Do About a Sore Throat, https://kidshealth.org/en/parents/sore-throat-sheet.html, Accessed Oct 3 2023.
  5. 6 Sore Throat Remedies That Actually Work, https://health.clevelandclinic.org/sore-throat-remedies-that-actually-work/, Accessed Oct 3 2023.

Versi Terbaru

29/10/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Siti Fatihah


Artikel Berkaitan

Sakit Tekak? Legakannya Dengan 6 Cara Mudah Ini, No. 4 Wajib Buat!

5 Petua Hilang Sakit Tekak Hanya Dari Rumah, Beberapa Kali Cuba Sudah Sembuh!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 3 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan