backup og meta

Makan Aiskrim Vanila Boleh Hilangkan Sakit Tekak? Tip Ini Tak Berkesan Untuk Semua Ya!

Makan Aiskrim Vanila Boleh Hilangkan Sakit Tekak? Tip Ini Tak Berkesan Untuk Semua Ya!

Biasanya, ibu bapa akan menyarankan anak-anak untuk makan aiskrim Malaysia atau aiskrim vanila bagi menghilangkan sakit tekak. Namun, ada juga pendapat yang mengatakan bahawa aiskrim vanila sakit tekak ini sebenarnya tidak berkesan, malah lebih memudaratkan. Jadi, mana satu yang betul?

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Tekak, anda boleh klik di sini.

Adakah aiskrim vanila boleh membantu sakit tekak?

aiskrim vanila

Ada pandangan yang menyatakan bahawa aiskrim bukan sahaja melegakan sakit tekak, tetapi juga mempercepatkan penyembuhannya.

Namun, tidak kurang juga yang menyebut bahawa aiskrim boleh memburukkan lagi sakit tekak yang dialami.

Oleh itu, ramai yang keliru sama ada pengambilan aiskrim ini sesuai atau tidak ketika berhadapan dengan gangguan sakit tekak. Sebenarnya ia mempunyai dua jawapan:

#1. Aiskrim vanila boleh melegakan sakit tekak

Aiskrim boleh bertindak seperti anestetik yang mengurangkan keradangan dan memberikan kelegaan sakit tekak untuk tempoh sementara waktu.

Aiskrim dengan perisa biasa seperti vanila atau coklat adalah lebih baik berbanding daripada aiskrim Malaysia dengan campuran topping seperti ketulan coklat atau kacang. Ini kerana aiskrim dengan campuran topping boleh memburukkan lagi keadaan sakit tekak yang dialami.

Selain itu, aiskrim juga disarankan selepas pembedahan tonsilitis. Kajian pada tahun 2020 mendapati bahawa aiskrim membantu mengurangkan beberapa kesakitan yang berkaitan dengan tonsilektomi.

aiskrim vanila

Aiskrim juga boleh membantu membekalkan kalori atau tenaga untuk mereka yang berasa sukar ketika menelan makanan.

Tekstur aiskrim yang licin dan berkrim akan membolehkannya ditelan dengan mudah ke dalam kerongkong apabila seseorang itu sukar untuk mengambil jenis makanan lain.

Makan aiskrim ketika sakit akan membekalkan kalori untuk badan anda walaupun anda tidak mengambil makanan lain.  

#2. Aiskrim juga boleh memburukkan sakit tekak

Dengan jumlah gula yang tinggi, makan aiskrim semasa sakit tekak sebenarnya boleh memburukkan lagi bengkak pada kerongkong anda.

Jika anda makan aiskrim dan tidak diikuti dengan meminum segelas air atau berkumur, kepingan gula akan tertinggal di celah-celah tekak anda. Kepingan gula ini akan mula memburukkan lagi bengkak tersebut.

Bagi mereka yang biasa mengalami sakit tekak selepas makan manisan atau cecair sejuk, anda tidak digalakkan untuk mengambil sebarang aiskrim semasa sakit tekak. Selain itu, perlu diingat bahawa aiskrim mengandungi kandungan tenusu.

Walaupun tiada hubungan langsung antara pengambilan tenusu dan pengeluaran kahak, namun produk tenusu sememangnya boleh meningkatkan ketebalan kahak.

Kahak yang lebih tebal akan cepat merengsakan tekak dan mungkin memburukkan lagi batuk dan sakit tekak anda.

Apakah makanan lain selain aiskrim untuk legakan tekak?

aiskrim vanila

Selain aiskrim, terdapat beberapa lagi jenis makanan atau minuman yang boleh membantu melegakan sakit tekak.

Antara yang paling popular dan berkesan ialah sup, minuman coklat panas, air teh bersama madu dan minuman suam yang lain. 

Elakkan makanan ini ketika sakit tekak

Aiskrim Malaysia atau aiskrim vanila boleh menjadi antara makanan yang membantu melegakan sakit tekak yang dialami.

Namun, perlu juga diketahui bahawa ada beberapa makanan dan minuman yang boleh menyebabkan sakit tekak menjadi lebih teruk.

Elakkan pengambilan buah-buahan sitrus seperti limau dan lemon, buah beri, makanan berasid seperti tomato dan juga makanan yang keras seperti biskut, kacang dan juga roti keras.

Selain itu, anda juga perlu mengelakkan makanan bergula tinggi kerana gula boleh menghalang sistem imun badan daripada menyembuhkan tubuh jika ia berpunca daripada jangkitan. 

Kesimpulan

Jika anda mengalami sakit tekak ringan, anda boleh cuba makan aiskrim untuk melegakannya.

Namun, jika makanan manis dan sejuk boleh menyebabkan sakit tekak menjadi lebih teruk, hentikan pengambilannya kerana gula dalam makanan tersebut mungkin menyebabkan keradangan dan bengkak pada tekak lebih parah. 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Albeladi, M. A., Salamah, M. A., & Alhussaini, R. (2020). The Effect of Ice Cream Intake on Pain Relief for Patients After Tonsillectomy. Cureus, 12(7), e9092. https://doi.org/10.7759/cureus.9092. Diakses pada Februari 21, 2023. 

Strep Throat. https://kidshealth.org/en/teens/strep-throat.html. Diakses pada Februari 21, 2023.

Eating Ice Cream When Sick. https://www.newkidscenter.org/eating-ice-cream-when-sick.html. Diakses pada Februari 21, 2023.

Sore Throat. https://www.seattlechildrens.org/conditions/a-z/sore-throat/. Diakses pada Februari 21, 2023.

Sore throat. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/sore-throat/diagnosis-treatment/drc-20351640. Diakses pada Februari 21, 2023.

Versi Terbaru

17/07/2023

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Makan Sarapan Pagi Dengan Aiskrim Katanya Bagus Untuk Otak, Benarkah?

Kalau Tekak Tidak Selesa, Telan Aiskrim Vanila? Ini 7 Mitos Sakit Tekak!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 17/07/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan