backup og meta

Susah Tidur Kalau Hidung Tersumbat, Cuba 5 Cara Atasinya Bantu Anda Cepat Lena

Susah Tidur Kalau Hidung Tersumbat, Cuba 5 Cara Atasinya Bantu Anda Cepat Lena

Ada banyak cara nak hilangkan hidung tersumbat ketika selesema yang anda boleh cuba sama ada secara klinikal atau tradisional. Namun, bayangkan jika ia terjadi ketika sedang tidur. Apa penyelesaiannya?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keadaan Tekak, anda juga boleh klik di sini.

Apa punca dan kesan hidung tersumbat?

Untuk pengetahuan anda semua, hidung tersumbat ialah satu kondisi di mana tisu dan salur darah yang terdapat di dalam hidung akan membengkak gara-gara ia mula meradang.

Kebiasaannya, masalah ini turut mengakibatkan penghasilan sejenis mukus iaitu hingus secara berlebihan sekali gus menyebabkan hidung terasa seperti tersumbat dengan sesuatu.

Terdapat banyak punca dan faktor risiko masalah ini berlaku, berikut adalah antara sebab yang paling umum:

  • Selesema
  • Flu
  • Asma
  • Jangkitan
  • Alahan
  • Septum hidung bengkok
  • Udara kering
  • Makanan pedas
  • Gangguan tidur
  • Bendasing di dalam hidung
  • Perubahan hormon yang terjejas
  • Pengambilan ubat yang tertentu
  • Kehamilan
cara nak hilangkan hidung tersumbat
Gunakan tisu bagi membuang hingus.

Apabila kondisi ini terjadi, ia sudah pasti menjejaskan keselesaan, kesihatan dan kehidupan. Manakan tidak pula, anda asyik terpaksa menghembus atau menyedut hingus dengan kerap.

Apa yang lebih membimbangkan, bayangkan kalau ia terjadi ketika sedang tidur. Pasti tidur tidak akan lena dan nyenyak.

Ia juga boleh berlaku ketika sedang tidur?

Rasanya, semua orang pernah mengalami masalah ini ketika sedang tidur bukan? Bahkan, ia lebih teruk ketika anda sedang berbaring!

Seperti mana yang dinyatakan di atas tadi, ada banyak punca serta faktor risiko masalah ini. Kesemuanya juga boleh berlaku tidak kira di saat individu sedang masih berjaga atau tidur.

Kondisi hidung tersumbat ini seumpama ada serangga atau haiwan kecil seperti kutu masuk ke dalam lubang hidung anda ketika sedang tidur lalu memicu reaksi alergi atau tindak balas sistem imun.

Ekoran situasi di atas atau pelbagai lagi perkara lain, maka sudah tentu masalah hidung tersumbat itu boleh terjadi kepada anda termasuk ketika sedang lena tidur.

Persoalannya, apa yang individu boleh buat sebagai salah satu cara hilangkan hidung tersumbat ketika tidur?

Cara nak hilangkan hidung tersumbat dengan cepat!

Dalam usaha untuk melalui hidup dan menjalani tidur yang lebih nyenyak, ada banyak cara nak hilangkan hidung tersumbat anda boleh cuba lakukan. Antaranya, boleh cuba tip di bawah:

#1. Rawat punca hidung tersumbat terlebih dahulu

Pertama dan paling penting, anda perlu rawat punca hidung tersumbat terlebih dahulu. Katakan kalau ia berpunca daripada selesema biasa akibat rhinovirus, justeru virus ini perlu dihapuskan.

Caranya juga tidak sukar mana iaitu cuma dengan mengambil ubat preskripsi daripada doktor atau ahli farmasi. Ia merupakan langkah yang paling diyakini dan diakui secara klinikal.

cara nak hilangkan hidung tersumbat
Ambil ubat ikut aturan doktor.

Cara nak hilangkan hidung tersumbat #2. Pelembap udara

Kedua, anda juga boleh menggunakan pelembap udara atau humidifier bagi menambahkan lagi kelembapan udara di ruang kediaman anda, dengan cara melepaskan wap sejuk ke dalam bilik tidur.

Tujuannya adalah untuk mencegah udara yang telah terkedap di sekeliling kamar tidur anda daripada menjadi terlalu kering.

Cara nak hilangkan hidung tersumbat #3. Penyedut hingus

Ketiga, anda juga boleh menggunakan penyedut hingus untuk menyedut atau menarik keluar hingus yang tersumbat di dalam hidung anda terutama kalau ia sudah terlalu keras.

Menariknya, ia bukan sahaja boleh dijadikan suatu inisiatif bagi kanak-kanak malah boleh juga dipraktikkan oleh orang dewasa.

#4. Penggunaan vapor rub atau nasal spray

Vapor rub itu ialah sejenis ubat sapu yang mengandungi sejenis menthol, eucalyptus dan beberapa badan kimia lain.

Nasal spray pula adalah sejenis alat semburan yang turut mampu mencairkan dan mengeluarkan hingus dari hidung.

Kedua-dua cara nak hilangkan hidung tersumbat ini juga amat mudah yakni dengan menyapukan atau menyemburkan ke dalam hidung yang tersumbat terutama sebelum masuk tidur.

cara nak hilangkan hidung tersumbat
Antara simptom dan punca alahan.

#5. Cuba tidur dengan posisi yang paling tepat

Kadangkala, cara hilangkan hidung tersumbat dengan cepat untuk tidur lebih lena mungkin terletak pada posisi tidur!

Memang benar jika anda sedang menghidapi masalah hidung tersumbat, anda akan mengalami kesukaran untuk tidur gara-gara kesesakan nafas akibat hingus yang terkumpul.

Tip

Jadi, apa yang individu boleh buat adalah cuba tidur pada posisi kepala ditinggikan.

Maksud ditinggikan di sini adalah dengan cara menggunakan bantal yang lebih tebal atau banyak.

Sebaliknya, cuba hindar daripada tidur pada posisi meniarap atau mengiring kerana ia mungkin berisiko membuatkan hingus lebih banyak terkumpul serta tersumbat dalam hidung.

Ini bertujuan memudahkan anda bernafas di saat sedang tidur meskipun dengan hingus yang berkumpul dalam hidung.

Namun, ini bukan cara yang tepat untuk menghilangkan hidung tersumbat, cuma ia membantu anda mudah lena sahaja.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Stuffy or runny nose – adult, https://medlineplus.gov/ency/article/003049.htm, Accessed May 24 2023.
  2. Stuffy or runny nose – adult, https://www.mountsinai.org/health-library/symptoms/stuffy-or-runny-nose-adult, Accessed May 24 2023.
  3. Nasal Congestion, https://my.clevelandclinic.org/health/symptoms/17980-nasal-congestion, Accessed May 24 2023.
  4. Have a Stuffy and Runny Nose? Here’s What Causes It and How to Treat It, https://healthmatters.nyp.org/have-a-stuffy-and-runny-nose-heres-what-causes-it-and-how-to-treat-it/, Accessed May 24 2023.
  5. Runny Nose, Stuffy Nose, Sneezing, https://acaai.org/allergies/symptoms/runny-nose-stuffy-nose-sneezing/, Accessed May 24 2023.

Versi Terbaru

05/08/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Rahsia Di Sebalik 7 Warna Hingus, Kalau Hitam Kena Jumpa Doktor Segera!

Hidung Tersumbat Buat Anda Susah Untuk Bernafas, Ikut Cara Berkesan Ini Atasinya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/08/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan