backup og meta

Rawat Selesema Dan Flu Ketika Hamil, Ini Adalah Pilihan Selamat Untuk Bakal Ibu!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/02/2024

    Rawat Selesema Dan Flu Ketika Hamil, Ini Adalah Pilihan Selamat Untuk Bakal Ibu!

    Wanita hamil sememangnya cenderung untuk jatuh sakit seperti demam atau selesema. Jadi, adakah ibu mengandung boleh makan ubat selsema? Jika ada pula, apakah ubat selsema untuk ibu mengandung yang selamat diambil?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Risiko jatuh sakit ketika sedang mengandung

    Pengalaman selsema semasa mengandung atau sakit lain umumnya terjadi kerana sistem imunisasi tubuh sepanjang tempoh mengandung adalah lemah.

    Ini sekali gus meningkatkan kecenderungan wanita hamil untuk mengalami selesema memandangkan ia adalah sejenis jangkitan virus ringan pada hidung, tekak, sinus dan saluran udara yang paling biasa terjadi.

    Jika seseorang ibu mengandung selesema, ia boleh menyebabkan hidung tersumbat diikuti dengan hidung berair, bersin, sakit tekak dan batuk.

    Biasanya ia berlangsung untuk tempoh seminggu kerana ia adalah jangka masa diperlukan tubuh bagi melawan jangkitan.

    Ketahuilah, tiada penawar untuk merawat selesema dan memang wujud bahaya selsema ketika hamil.

    Tetapi terdapat beberapa cara boleh dianggap sebagai ubat selsema untuk ibu mengandung seperti mengambil ubat paracetamol dan memperbanyakkan minum air, ini dapat meredakan gejala yang dialami.

    flu
    Flu lebih teruk daripada selesema biasa.

    Pilihan ubat selsema untuk ibu mengandung yang selamat

    Sudah bersedia untuk mengetahui petua hilangkan selsema dan flu untuk wanita hamil? Ini penting kerana masih ramai belum tahu tentang ubat selsema untuk ibu mengandung.

    Umumnya, seorang ibu yang sedang mengandung amat disarankan untuk mengelakkan pengambilan ubatan, terutamanya dalam tempoh 3 bulan pertama kehamilan.

    Jika mengalami selesema atau sebarang sakit ringan, selalunya keadaan tersebut akan pulih dengan sendiri tanap perlu memikirkan senarai ubat untuk ibu mengandung yang bagus atau bahaya.

    Pun begitu, sekiranya anda berasakan perlu untuk memakan ubat semasa mengandung, paracetamol adalah antara pilihan yang selamat. 

    Walau bagaimanapun, pastikan anda mendapatkan rundingan doktor terlebih dahulu sebelum mengambilnya, okay?

    Paracetamol, antara pilihan ubat selsema untuk ibu mengandung

    Sepanjang tempoh kehamilan, ubat ini adalah pilihan utama bagi merawat:

    • Sakit ringan atau sederhana
    • Suhu badan tinggi (demam)

    Paracetamol sering digunakan secara rutin pada semua tahap kehamilan bagi mengurangkan suhu tinggi dan untuk menghilangkan rasa sakit yang dialami. 

    Ubatan ini terbukti selamat diambil tanpa mendatangkan bahaya kepada bayi dalam kandungan.

    Namun, sama seperti mana-mana ubatan lain yang diambil semasa tempoh mengandung, adalah amat disarankan ibu hamil untuk mengambil paracetamol pada dos efektif paling rendah bagi tempoh yang singkat.

    ubat selsema untuk ibu mengandung
    Ubatan selesema ketika sedang hamil.

    Sekiranya ubat ini tidak mendatangkan keberkesanan, anda disarankan berjumpa doktor untuk pilihan penyelesaian yang lebih baik.

    Ibuprofen, juga pilihan ubat selsema untuk ibu mengandung

    Ibuprofen adalah ubat antiradang bukan steroid (NSAID).

    Jika sedang berbadan dua atau sedang merancang kehamilan, sebelum mengambil ibuprofen atau sebarang ubat NSAID, berbincanglah dengan doktor terlebih dahulu.

    Ini kerana masih tidak dapat dipastikan sama ada ubat NSAID seperti ibuprofen atau aspirin pada tempoh awal kehamilan boleh meningkatkan risiko keguguran atau tidak.

    Walau bagaimanapun, ubat di bawah kelompok NSAID ini tidak boleh diambil dalam tempoh 3 bulan terakhir kehamilan.

    Mesti anda ingin tahu kenapa, bukan?

    Jika anda memakan ubat ini dalam tempoh trimester ketiga, ia boleh mengakibatkan pendarahan sebelum dan selepas kelahiran bayi

    Ia juga boleh menyebabkan kelewatan proses melahirkan bayi, dan meningkatkan risiko masalah jantung atau buah pinggang kepada bayi dalam kandungan. 

    Paracetamol bukanlah ubat NSAID, disebabkan itu ia adalah pilihan yang lebih selamat sebagai petua hilangkan selsema bagi menghilangkan sebarang rasa kesakitan dan mengawal suhu badan semasa mengandung.

    Suntikan flu

    ubat selsema untuk ibu mengandung
    Suntikan flu ketika sedang hamil.

    Suntikan vaksin flu dapat membantu melindungi diri dan bayi serta dianggap ubat selsema untuk ibu mengandung yang selamat.

    Wanita hamil mempunyai risiko lebih tinggi untuk berdepan komplikasi sehingga boleh mengancam nyawa jika menghidap flu, terutamanya pada peringkat akhir kehamilan. 

    Salah satu komplikasi paling biasa adalah bronkitis, jangkitan pada dada yang boleh berkembang menjadi pneumonia.

    Jadi, ada 3 jenis ubat selesema yang boleh anda ambil ketika hamil dengan nasihat pakar:

    1. Paracetamol.
    2. Ibuprofen.
    3. Suntikan flu.

    Manakala komplikasi yang jarang berlaku boleh merangkumi keadaan seperti:

    • Jangkitan telinga tengah (otitis media)
    • Jangkitan darah yang menyebabkan penurunan tekanan darah teruk (kejutan septik)
    • Jangkitan otak dan saraf tunjang (meningitis)
    • Keradangan otak (ensefalitis)
    • Keradangan otot jantung (endokarditis)

    Konklusinya, memang ada ubat selsema untuk ibu mengandung yang bagus dan bahaya untuk diambil. Jadi, sila berjumpa dan berbincang dengan doktor terlebih dahulu untuk tahu lebih lanjut ya?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/02/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan