Ketiak Selalu Gatal & Naik Ruam? Ini Mungkin Sebab Alahan Deodoran!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 22/12/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Bahagian bawah lengan atau ketiak sering kali dikenali sebagai kawasan yang berbau ekoran kedudukannya yang agak tertutup dan kerap berpeluh itu.

Dalam usaha mengelakkan dan mengurangkan bauan kurang menyenangkan ini, caranya adalah semudah dengan menyapu ubat ketiak atau deodoran.

Pun begitu, ada juga individu yang ada alahan terhadap deodoran! Apa yang boleh dilakukan ya?

Apa itu deodoran?

Walaupun ramai yang sudah tahu, mungkin ada juga yang kurang arif mengenai salah satu bahan kosmetik yang kebiasaannya digunakan setiap hari ini.

Deodoran atau turut dikenali sebagai ‘ubat ketiak’ adalah sejenis bahan yang dipakai pada bawah lengan bertujuan mengurangkan peluh dan bau.

Untuk pengetahuan anda, ia mengandungi bahan antipeluh (antiperspirant) yang akan mencegah kawasan ketiak daripada berpeluh dan berbau.

Bukan itu sahaja, deodoran juga adalah sama seperti sabun mandi, syampu serta alat kosmetik lain yang mengandungi pelbagai bahan kimia yang mungkin berbahaya pada kulit.

deodoran

Mungkin disebabkan itu, ada individu yang alami alahan terhadap ubat ketiak?

Ubat ketiak boleh jadi penyebab alahan?

Seperti mana yang kita semua telah tahu, deodoran mengandungi pelbagai bahan kimia yang mungkin agak berbahaya kepada kulit.

Buat individu yang tidak tahan dengannya, ubat ketiak mungkin menyebabkan alahan kulit yang dinamakan sebagai dermatitis kontak.

Penyakit ini tidak berjangkit ataupun mengancam nyawa, tetapi akan menyebabkan penghidapnya rasa tidak selesa.

Berikut merupakan antara simptom yang boleh terjadi jika ia berlaku kepada kawasan bawah lengan anda:

  • Kulit menjadi kemerahan
  • Kulit menjadi kegatalan
  • Rasa sakit dan pedih
  • Timbul kupingan dan naik ruam
  • Timbul ketulan pada permukaan ketiak

Kadangkala, alergi terhadap deodoran tidak akan berlaku serta-merta dan anda mungkin mendapat simptom setelah sekian lama menggunakan produk yang sama.

Produk yang dijual di pasar raya juga akan selalu melalui proses pengubahsuaian dan penambahbaikan, ia mungkin akan membuat alergen baru ditambah ke dalam formulasi.

Persoalannya, apakah bahan-bahan yang akan mencetuskan alahan ini?

Ia mengandungi bahan kimia yang berbahaya?

ketiak gatal

Setiap kali sebelum membeli barangan terutamanya kosmetik, kita semua diingatkan untuk melihat kepada label di belakang produk tersebut.

Ia bertujuan mengenal pasti sama ada ia mengandungi bahan kimia berbahaya yang boleh mendatangkan mudarat kepada kita.

Ambil contoh merkuri pada alat solek yang sebenarnya adalah sangat tidak bagus untuk kulit muka, dan begitu juga dengan ubat ketiak.

Buat anda yang belum tahu, sebenarnya terdapat 4 bahan utama yang boleh menyebabkan alahan pada bawah lengan iaitu; pewangi, pengawet, pewarna dan aluminium.

Oleh itu, sila lebih berhati-hati selepas ini sebelum membeli apa jua barangan okay!

Apa yang kalian boleh lakukan?

Sekiranya ia berlaku kepada anda, jangan panik dan sila dapatkan ubatan topikal daripada doktor untuk mengubati simptom alahan ini.

Antara ubatan sapuan yang mungkin akan dipreskripsikan doktor adalah corticosteroids untuk merawat dermatitis kontak yang dialami.

Namun jika ia sudah merebak ke tahap yang lebih teruk, anda mungkin perlu mengambil ubatan oral atau suntikan utnuk merawatnya.

Namun mencegah itu adalah ternyata lebih baik daripada mengubat!

ketiak manusia

Disebabkan itu, anda sangat disarankan untuk menjalani pemeriksaan doktor bagi mengetahui bahan apa yang mencetuskan alahan pada ketiak anda.

Selepas mengetahuinya, maka kalian sudah boleh menentukan lantas mengelakkan ubat ketiak yang mengandungi bahan kimia tidak sesuai untuk kulit anda.

Mudah sahaja bukan?

Gunakanlah deodoran dengan formula yang sesuai!

Akhir kata, kalian sebenarnya boleh mengelakkan alahan ini daripada terus berlaku dan berulang dengan cara menggunakan deodoran yang sesuai.

Caranya adalah dengan membeli ubat ketiak yang mengandungi formula yang sesuai dan tidak mengandungi bahan pencetus alahan pada kulit bawah lengan anda.

Sekiranya punca alahan tersebut tidak dapat diketahui, maka anda boleh cuba gunakan deodoran dengan formula hypoallergenic atau zeolite crystals.
Ini kerana kedua-dua jenis formula ubat ketiak ini hanya menggunakan bahan semula jadi yang lebih kurang risiko menyebabkan sebarang alahan pada kulit.

Untuk mendapatkan lebih informasi, sila berjumpa dan berbincang dengan doktor bagi mengetahui deodoran yang paling sesuai buat anda ya?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Susah Nak Cari Sabun Sesuai Untuk Kulit Ekzema? Jangan Risau, Ini Beberapa Tip Perlu Tahu!

Sekiranya ada masalah kulit ini, anda haruslah bijak untuk memilih sabun untuk ekzema! Bagaimana untuk memilihnya? Jom klik artikel ini untuk tahu.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 11/01/2021 . 3 minit bacaan

Info Lengkap Tentang ASMA: Jenis, Simptom, Risiko & Rawatan

Penyakit asma adalah antara gangguan pernafasan paling biasa dialami kebanyakan individu. Umumnya, penghidap asma juga akan berdepan simptom lain.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Asma, Pusat Kesihatan 07/01/2021 . 3 minit bacaan

Boleh Cuba Rawatan Untuk Penyakit Kulit Sopak, Caranya Jaga Makan & Ambil Vitamin

Vitiligo, keadaan autoimun di mana sel-sel yang menghasilkan pigmen kulit diserang dan dihancurkan. Mari kenali diet dan jenis rawatan bagi penyakit ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 07/01/2021 . 3 minit bacaan

Kulit Gatal-Gatal Jika Pakai Barang Kemas? Cuba Check Ini Tanda Alergi Emas Atau Ekzema

Alahan juga boleh tercetus melalui barang kemas anda seperti alahan emas dan perak. Bagaimana hal ini boleh berlaku? Adakah ia hanya berpunca daripada emas?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Alahan, Pusat Kesihatan 06/01/2021 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

dermatitis atopik dan ekzema

Dua-Dua Gatal, Tapi Apa Beza Kulit Dermatitis Atopik Dan Ekzema? Ini Jawapannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 22/01/2021 . 3 minit bacaan
miss v gatal wanita

Miss V Terasa Gatal-gatal? Ini 5 Penyebab Utama Faraj Wanita Kerap Alami Kegatalan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 21/01/2021 . 3 minit bacaan
kulit kering sekitar mulut

Ada Masalah Kulit Kering Di Sekitar Mulut? Ini Punca & Tip Merawatnya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 14/01/2021 . 3 minit bacaan
alahan kulit

Pening Kepala Kalau Bau Perfume Kuat Sangat? Mungkin Anda Ada Alahan Minyak Wangi

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 11/01/2021 . 3 minit bacaan