Setiap kali sebelum membeli barangan terutamanya kosmetik, kita semua diingatkan untuk melihat kepada label di belakang produk tersebut.
Ia bertujuan mengenal pasti sama ada ia mengandungi bahan kimia berbahaya yang boleh mendatangkan mudarat kepada kita.
Ambil contoh merkuri pada alat solek yang sebenarnya adalah sangat tidak bagus untuk kulit muka, dan begitu juga dengan ubat ketiak.
Buat anda yang belum tahu, sebenarnya terdapat 4 bahan utama yang boleh menyebabkan alahan pada bawah lengan iaitu; pewangi, pengawet, pewarna dan aluminium.
Oleh itu, sila lebih berhati-hati selepas ini sebelum membeli apa jua barangan okay!
Apa yang kalian boleh lakukan?
Sekiranya ia berlaku kepada anda, jangan panik dan sila dapatkan ubatan topikal daripada doktor untuk mengubati simptom alahan ini.
Antara ubatan sapuan yang mungkin akan dipreskripsikan doktor adalah corticosteroids untuk merawat dermatitis kontak yang dialami.
Namun jika ia sudah merebak ke tahap yang lebih teruk, anda mungkin perlu mengambil ubatan oral atau suntikan untuk merawatnya.
Namun mencegah itu adalah ternyata lebih baik daripada mengubat!

Disebabkan itu, anda sangat disarankan untuk menjalani pemeriksaan doktor bagi mengetahui bahan apa yang mencetuskan alahan pada ketiak anda.
Selepas mengetahuinya, maka kalian sudah boleh menentukan lantas mengelakkan deodorant yang mengandungi bahan kimia tidak sesuai untuk kulit anda.
Mudah sahaja bukan?
Gunakanlah deodoran dengan formula yang sesuai!
Akhir kata, kalian sebenarnya boleh mengelakkan alahan ini daripada terus berlaku dan berulang dengan cara menggunakan deodoran yang sesuai.
Caranya adalah dengan membeli ubat ketiak yang mengandungi formula yang sesuai dan tidak mengandungi bahan pencetus alahan pada kulit bawah lengan anda.
Sekiranya punca alahan tersebut tidak dapat diketahui, maka anda boleh cuba
gunakan deodoran dengan formula
hypoallergenic atau
zeolite crystals. Untuk mendapatkan lebih informasi, sila berjumpa dan berbincang dengan doktor bagi mengetahui deodoran yang paling sesuai buat anda ya?
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen