Alergi ubat didefinisikan sebagai reaksi luar biasa sistem imun badan terhadap suatu ubatan. Mana-mana ubatan, termasuklah ubatan belian kaunter, ubatan preskripsi atau ubatan herba berpotensi membawa kepada alahan ubat. Alergi ubat mungkin memberi kesan kepada setiap orang dengan cara yang berbeza. Tanda alergik ubat yang paling biasa adalah bintat urtikaria, ruam atau demam.
Reaksi serius merangkumi anafilaksis, suatu keadaan yang mengancam nyawa di mana badan anda mengalami kejutan, tekanan darah turun dengan mendadak dan saluran pernafasan anda menyempit.
Alergi ubat tidak dikategorikan sebagai kesan sampingan terhadap suatu ubat atau akibat daripada terlebih dos penggunaan.
Apakah kebarangkalian alergi (alahan) ubat?
Alergi ubat boleh terjadi kepada sesiapa. Malangnya, tiada ujian boleh dilakukan untuk memeriksa sama ada anda mempunyai alahan terhadap ubat atau tidak.
Dalam banyak kes, seseorang mengenal pasti alergi mereka terhadap suatu ubat hanya apabila mengambilnya.
Ia boleh menjejaskan pesakit pada setiap lapisan umur. Ia juga boleh diatasi dengan mengurangkan faktor-faktor risiko yang ada.
Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Simptom-simptom
Apakah tanda alergik ubat?
Antara tanda alergik ubat biasanya berlaku dalam masa sejam selepas mengambil ubat. Gejala alergi ubat yang biasa adalah:
- Ruam
- Bintat urtikaria
- Gatal-gatal
- Demam
- Pembengkakan
- Sesak nafas
- Berdehit (nafas berbunyi)
- Hidung berair
- Mata gatal dan berair
Sesetengah ubat mungkin menyebabkan reaksi yang lebih teruk pada sesetengah orang. B
eberapa simptom yang lebih serius dan memerlukan perhatian perubatan ialah:
- Nadi atau denyutan jantung yang cepat
- Penyempitan saluran pernafasan dan tekak, menyebabkan kesukaran bernafas
- Rasa bimbang atau pening kepala
- Ketidaksedaran
- Bintat urtikaria dan kesukaran bernafas
Walau bagaimanapun, tindak balas alergi ubat boleh berlaku pada beberapa hari atau minggu selepas mengambil ubat, atau simptom akan berterusan walaupun telah berhenti menggunakan ubat.
Beberapa kesan jangka masa panjang dari alergi ubat adalah:
- Demam, sakit sendi, ruam, bengkak dan loya
- Anemia: pengurangan sel darah merah, menyebabkan keletihan, degupan jantung yang tidak teratur, sesak nafas dan gejala lain
- Ruam, bilangan sel darah putih yang tinggi, pembengkakan umum, kelenjar limfa bengkak dan pengaktifan semula jangkitan hepatitis tidak aktif
Mungkin terdapat beberapa tanda alergik ubat yang tidak disenaraikan di atas.
Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang mana-mana simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.
Bila saya harus berjumpa doktor?
Alergi ubat boleh membawa tanda alergik ubat daripada ringan kepada sangat serius yang boleh mengancam nyawa.
Anda harus menghubungi doktor anda jika anda mengalami yang berikut:
- Satu kawasan merah atau lecet/lepuh di kulit yang merebak dengan cepat
- Lapisan kulit teratas terkupas tanpa melepuh
- Bahagian tisu daging yang kelihatan melecur
- Ketidakselesaan
- Demam
Punca
Apakah punca kepada tanda alergik ubat?
Alergi ubat adalah disebabkan oleh tindak balas sistem imun anda terhadap bahan kimia dalam ubat tersebut.
Sistem imun tubuh anda mengesan ubat-ubatan sebagai serupa dengan bahan kimia berbahaya dan mula menyerangnya.
Para saintis sering mengaitkan alergi ubat kepada ketika pendedahan kali pertama kepada ubat tertentu, seperti makanan, air, atau ubat yang anda ambil untuk keadaan tertentu.
Sekiranya sistem imun anda bertindak dengan teruk terhadap ubat tersebut pada pendedahan kali pertama, badan anda akan menghasilkan antibodi, yang membawa kepada alahan dadah.
Walaupun ubat-ubatan boleh menyebabkan reaksi alahan, beberapa ubat didapati lebih lazim menyebabkan reaksi alergi berbanding yang lain, termasuk:
- Antibiotik, seperti penisilin
- Ubatan anti-radang bukan steroid (NSAIDs) seperti aspirin
- Ubatan kemoterapi untuk mengubati kanser
- Ubatan untuk penyakit autoimun, seperti artritis reumatoid
- Krim atau losyen kortikosteroid
- Ubat untuk orang yang mempunyai HIV atau AIDS
- Produk debunga lebah
Faktor-faktor Risiko
Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada alahan ini?
- Sejarah alahan lain, seperti alergi makanan atau demam;
- Sejarah tindak balas alergi terhadap ubat lain dengan ramuan aktif yang sama;
- Sejarah alergi ubat dalam keluarga;
- Penggunaan dos yang tinggi, penggunaan berulang atau penggunaan ubat yang berpanjangan;
- Jangkitan HIV atau virus Epstein-Barr.
Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit alergi ubat-ubatan didiagnosis?
- Pemeriksaan fizikal: doktor anda akan meneliti tindak balas fizikal terhadap ubat-ubatan seperti tanda-tanda ruam dan lepuh, atau mendengar degupan jantung anda dan memeriksa saluran udara anda
- Pertanyaan soalan mengenai sejarah tindak balas alahan, sejarah pengambilan ubat dan keadaannya. Sekiranya anda alah terhadap ubat lain yang mempunyai ramuan yang sama, anda mungkin mengalami alahan terhadap ubat jenis yang sama
- Doktor mungkin menetapkan beberapa ujian makmal untuk mengetahui ramuan yang anda alah terhadapnya. Ujian tambahan termasuk:
- Ujian kulit
- Ujian darah
Bagaimana pesakit alahan ubat-ubatan dirawat?
- Mengambil ubatan antihistamina untuk menghalang bahan yang diaktifkan daripada sistem imun semasa reaksi alergi
- Berhenti menggunakan ubat penyebab alahan
- Mengubati simptom alahan termasuklah
- Mengambil kortikosteroid untuk merawat keradangan yang berkaitan dengan tindak balas yang lebih serius
- Mengambil suntikan epinefrin serta-merta dan dapatkan rawatan di hospital untuk mengekalkan tekanan darah dan membantu pernafasan
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang bolehdi ambil untuk tangani tanda alergik ubat?
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut berpotensi membantu anda mengatasi tanda alergik ubat:
- Elakkan pencetus alergi yang diketahui seberapa banyak yang anda boleh
- Bawa epinefrina (epinephrine) sendiri, jika mampu
- Ambil prednisone atau antihistamina
- Ingatkan doktor anda mengenai alergi ubat anda sebelum mana-mana ubat preskripsi ditetapkan;
- Berhati-hati dengan serangga yang menyengat, terutama apabila mereka berada berdekatan
- Baca dengan teliti semua label pada makanan yang anda beli dan ambil
[embed-health-tool-bmr]