backup og meta

Rawat Resdung Secara Semula Jadi, Boleh Cuba 5 Cara Mudah Ini Di Rumah Sahaja!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 26/09/2023

    Rawat Resdung Secara Semula Jadi, Boleh Cuba 5 Cara Mudah Ini Di Rumah Sahaja!

    Pasti ramai yang mencari alternatif lain untuk rawatan resdung di rumah bukan? Selalunya, doktor akan memberikan ubatan sebagai rawatan untuk masalah ini.

    Namun, tidak salah jika anda ingin melakukan sesuatu yang mudah dan tanpa menggunakan ubat untuk melegakan simptom resdung tersebut.

    Cuma, ingat ya, kaedah ini bukan pengganti ubat resdung paling berkesan yang diberikan oleh doktor!

    Tetapi, anda boleh lakukan cara ini sebagai ubatan tambahan yang dipreskripsi oleh doktor untuk melegakan simptom resdung yang anda alami.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Alahan, anda boleh klik di sini.

    Legakan simptom alergi rhinitis secara semula jadi

    Sebenarnya, ada banyak rawatan resdung di rumah yang anda boleh cuba.

    Contohnya, rawatan seperti akupuntur, alat irigasi hidung (saline spray) dan beberapa jenis herba mungkin dapat membantu anda mendapatkan kelegaan sebentar daripada simptom resdung.

    Jika anda inginkan sesuatu yang boleh bantu anda bernafas dengan lebih lancar, jom cuba langkah mudah di bawah, mana tahu berkesan!

    rawatan resdung di rumah

    1. Rawatan resdung di rumah dengan akupuntur

    Akupuntur merupakan salah satu cara perubatan tradisional China yang melibatkan penggunaan jarum halus pada titik-titik tertentu pada badan pesakit.

    Akupuntur selalunya dilakukan untuk merawat kesakitan. Namun, kaedah tradisional ini lebih popular dan menjadi pilihan ramai sebagai rawatan resdung di rumah dan banyak lagi penyakit lain.

    Walau bagaimanapun, penggunaan akupuntur untuk merawat alergi rhinitis menunjukkan keputusan yang berbeza-beza.

    Sebagai contoh, kajian yang dijalankan oleh Mi, et al. (2008) mendapati, akupuntur mempunyai kesan yang positif terhadap pesakit resdung.

    Walau bagaimanapun, banyak lagi ujian lain yang perlu dilakukan untuk menyokong dapatan ini.

    2. Kemas rumah anda!

    Nampak kelakar tapi itulah hakikatnya. Pesakit yang alami alergi rhinitis selalunya alah terhadap habuk dan juga debu.

    Selain itu, hama yang terdapat pada perabot juga merupakan antara penyebab anda mengalami simptom seperti hidung berair dan kerap bersin.

    Untuk mengurangkan jumlah hama di rumah, anda boleh gunakan sarung bantal dan alas tilam khas untuk mereka yang alami alergi.

    Pastikan rumah anda juga sentiasa bersih agar tiada debu atau habuk melekat pada langsir, perabot dan kusyen anda.

    3. Penapis HEPA untuk rawatan resdung di rumah

    rawatan resdung di rumah

    Penapis udara, lebih-lebih lagi yang mempunyai penapis HEPA (high efficiency particulate air) dikatakan dapat membantu mereka yang mempunyai alergi rhinitis untuk hidup dengan lebih selesa.

    Malah, mereka yang mengalami alahan dan asma juga akan mengalami simptom yang lebih ringan selepas mereka menggunakan penapis HEPA di rumah.

    Untuk pengetahuan anda, penapis HEPA boleh menapis partikel yang bersaiz kecil seperti debunga yang sukar dilihat dengan mata kasar.

    Oleh sebab itu, ia amat berkesan untuk mengekalkan rumah anda bebas daripada sebarang alergen seperti debu dan juga habuk.

    Jika anda inginkan rumah yang bebas alergen, cuba gunakan penyedut hampagas dengan penapis HEPA.

    4. Saline spray untuk merawat resdung

    Menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh Hermelingmeier, et al. pada tahun 2012, saline spray dikatakan amat bermanfaat sebagai rawatan resdung untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang mempunyai alergi rhinitis.

    Malah, semburan ini juga boleh didapati secara over-the-counter

    Jika digunakan dengan betul, ia amat berkesan untuk mengeluarkan semua alergen yang tersangkut pada saluran pernafasan anda.

    5. Butterbur untuk rawatan resdung di rumah

    rawatan resdung di rumah

    Butterbur atau nama saintifiknya Petasites hybridus merupakan sejenis herba yang didapati efektif untuk merawat mata yang gatal dan selalu digunakan sebagai antihistamin oral.

    Walau bagaimanapun, mereka yang ingin mengambil suplemen ini dinasihatkan untuk berhati-hati kerana ia boleh menyebabkan kerosakan limpa.

    Oleh sebab itu, sebelum mengambil sebarang suplemen untuk merawat resdung, pastikan anda berhubung dengan doktor terlebih dahulu untuk berbincang mengenai kesan sampingannya.

    Kesimpulan

    Rawatan resdung secara semula jadi juga boleh memberikan perbezaan kepada pesakit yang menghidap alergi rhinitis.

    Walau bagaimanapun, harus diingat, semua langkah di atas tidak boleh menggantikan ubat-ubatan atau rawatan yang sedang anda terima daripada hospital.

    Jika simptom yang anda alami tidak berkurangan, pastikan anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

    Ubat-ubatan dan suntikan alergi boleh membantu pesakit mengurangkan simptom alahan rhinitis yang dialami.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 26/09/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan