backup og meta

Risau ZAKAR MENGECIL Selepas Pembedahan Prostat? Tapi, Ini Risikonya Jika Anda Tidak Buat!

Risau ZAKAR MENGECIL Selepas Pembedahan Prostat? Tapi, Ini Risikonya Jika Anda Tidak Buat!

Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia menyatakan kanser prostat adalalah salah satu daripada jenis kanser yang paling kerap dihidapi oleh lelaki berusia 50 tahun ke atas di negara kita.

Disebabkan itu, ramai penderita yang memilih untuk melakukan pembedahan prostat untuk merawatnya.

Namun, prosedur ini dikatakan akan mendatangkan kesan yang negatif khususnya pada saiz zakar lelaki.

Benarkah? Jom sama-sama kita semua ikuti artikel ini untuk tahu tentangnya dengan lebih mendalam lagi!

Sebelum pergi dengan lebih lanjut, adalah wajar untuk kita semua berkenalan dengan salah satu daripada jenis kanser yang berbahaya buat lelaki ini terlebih dahulu.

Kanser kelima paling banyak dihidapi lelaki?

Untuk pengetahuan anda, kanser prostat adalah jenis kanser kelima paling banyak dihidapi oleh kaum Adam di seluruh dunia selepas kanser paru-paru, hati, perut dan usus.

Kondisi ini berlaku akibat pertumbuhan sel yang abnormal dan tidak terkawal pada kelenjar prostat – salah satu bahagian organ reproduktif lelaki yang berfungsi untuk menghasilkan, melindungi dan membawa sperma.

Penyakit ini biasa akan terjadi kepada individu yang berusia 60 tahun ke atas namun dalam beberapa kes ia juga mampu menyerang individu berusia 40 tahun ke bawah jika faktor risiko mereka adalah sangat tinggi.

kanser prostat

Sekiranya ia berlaku kepada anda, berikut merupakan simptom-simptom yang wajar diperhatikan:

  • Sangat kerap kencing
  • Sukar buang air kecil
  • Kencing menjadi tidak lawas
  • Pancutan air kencing atau air mani lemah
  • Terbangun di malam hari untuk kencing (nokturia)
  • Keluar darah atau air mani pada air kencing
  • Mengalami masalah ereksi zakar
  • Hilang berat badan secara mendadak
  • Sakit pada bahagian belakang punggung atau tulang rusuk

Sila berjumpa doktor dengan kadar segera untuk berbincang dan berkonsultasi jika ada salah satu daripada tanda ini pada diri anda.

Sekiranya sudah berada pada tahap yang berbahaya, anda mungkin akan disarankan oleh doktor untuk melakukan pembedahan prostat.

Mengenali pembedahan prostat

Salah satu daripada inisiatif paling radikal namun efektif untuk merawat kanser prostat adalah dengan melalui prosedur pembedahan prostat (prostatektomi).

Prosedur ini dijalankan dengan cara membuang kelenjar prostat dan sebahagian daripada tisu di sekelilingnya yang dijangkiti dengan sel kanser.

Untuk pengetahuan anda, ia secara tipikalnya hanya akan dibuat untuk merawat kanser prostat sahaja dan bukannya masalah prostat yang lain.

kesihatan kelenjar prostat

Dalam erti kata yang lebih mudah, pembedahan ini bukan untuk merawat masalah lain seperti pembengkakan prostat (BPH).

Ya, ia merupakan antara kaedah rawatan paling terbaik namun mungkin akan mendatangkan kesan sampingan yang negatif pada alat sulit lelaki.

Pertamanya, ada risiko di mana penderita mengalami masalah mati pucuk dan lebih mengejutkan ia akan membuat saiz zakar mengecil.

Adakah ia benar atau tidak? Jom bersama kami membongkar persoalan ini!

Benarkah saiz zakar mengecil akibat pembedahan prostat?

Jawapan mudahnya adalah ya, saiz zakar mungkin boleh mengecil selepas sahaja prosedur prostatektomi ini dijalankan kepada penderita kanser prostat.

Ada lelaki yang melaporkan telah mengalami penurunan saiz kepanjangan zakar dan ada juga yang mengalami penurunan saiz kelebaran zakar serta kedua-duanya sekali.

Menurut mereka juga, perubahan saiz ini boleh dikatakan ketara sehingga boleh dilihat sama ada ketika mengalami ereksi ataupun tidak.

Meskipun ada mereka yang bernasib baik dan tidak mengalami perubahan saiz zakar, kajian menunjukkan bahawa 1 daripada 5 lelaki mungkin akan mengalaminya.

Sama ada perubahan ini bersifat kekal atau sementara, para pakar masih lagi mengkaji untuk melihat tempoh masa ia berlangsung kepada penderita.

kesan melancap

Berbaloikah risiko ini kepada penderita kanser prostat?

Seperti mana yang kita semua sudah tahu, kanser adalah sejenis penyakit yang boleh mendatangkan maut dan ini termasuklah kanser prostat.

Meskipun penurunan saiz zakar merupakan kesan sampingan pembedahan prostat yang sangat mendukacitakan, tapi ia mungkin masih berbaloi.

Ini kerana prosedur prostatektomi ini boleh menyelamatkan nyawa penderita dan perubahan saiz zakar mungkin hanya satu perkara yang minor.

Ramai lelaki yang didiagnosis dengan kanser prostat mampu untuk hidup lebih lama jika memilih untuk menjalani pembedahan ini.

Untuk lebih kepastian mengenai prosedur ini, adalah wajar untuk kalian berbincang terlebih dahulu dengan doktor pakar sebelum melakukannya.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.urologyhealth.org/urology-a-z/p/prostate-cancer
  2. https://www.hopkinsmedicine.org/health/treatment-tests-and-therapies/radical-prostatectomy
  3. https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/prostatectomy/about/pac-20385198
  4. https://www.cancer.org/cancer/prostate-cancer/treating/surgery.html

Versi Terbaru

28/05/2021

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Jangan Buat Tak Endah Hal Berkaitan Prostat, Ini 5 Cara Pastikan Ia Kekal Sihat & Kuat!

Benarkah Menahan Kencing Boleh Jadi Punca Kanser Prostat? Ini Jawapannya


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 28/05/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan