#2. Amalkan diet yang seimbang
Selain untuk memastikan tubuh badan kekal sihat dan kuat secara umum, amalan diet yang seimbang mampu membantu kesihatan prostat.
Antara contoh makanan yang bagus untuk prostat adalah minyak ikan yang tinggi kandungan omega 3, kekacang, sayuran dan sebagainya.
Apa yang penting adalah anda mesti elakkan mengambil gula dan banyakkan mengambil protein bagi mengurangkan risiko kanser prostat.
Amalkan pemakanan yang baik, contohnya anda mungkin boleh cuba diet Mediterraean yang bagus untuk prostat dan tubuh badan.
#3. Kurangkan stres untuk kelenjar prostat yang sihat & kuat
Stres bukan sahaja akan menyebabkan aspek mental anda terjejas malahan juga fizikal khususnya pada kesihatan kelenjar ini.
Apabila sedang stres, tubuh badan akan mengalami ketegangan dan ini secara tidak langsung akan menyebabkan otot pelvis juga terkesan.
Akibatnya, ia akan menyebabkan otot ini mengalami masalah sekali gus menjadi pencetus kepada masalah prostatitis yang serius.
Stres juga akan melemahkan sistem imun semula jadi tubuh badan untuk melawan penyakit, maka sila elak stres untuk kesihatan prostat anda.
#4. Ambil suplemen
Kadangkala, diet pemakanan sahaja mungkin tidak mencukupi dan sesuatu perlu ditambah ke dalamnya yakni suplemen.
Buat anda yang mungkin belum tahu, terdapat banyak suplemen untuk prostat yang boleh diambil oleh lelaki, dijual di pasaran.
Pun begitu, adalah wajar untuk kalian berjumpa dan berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum mula mengambilnya ya?

#5. Minum teh
Kelihatan agak aneh bukan? Bagaimana teh boleh membantu kesihatan prostat?
Untuk pengetahuan anda, ada kajian yang mengatakan teh hijau mampu menghalang pembentukan sel kanser pada prostat sekali gus merencatkan pertumbuhannya.
Namun kalian perlu pastikan agar tidak mengambil teh yang penuh dengan kandungan kafein kerana ia memburukkan lagi simptom prostatitis yang mungkin sedia ada.
Jadi, teh hijau atau teh yang tidak mengandungi sebarang kafein adalah pilihan yang terbaik.
Jangan tidak endah masalah kelenjar prostat!
Sekiranya anda sudahpun mengalami masalah berkaitan prostat seperti kanser prostat, bengkak prostat atau prostatitis, ia bukan pengakhirannya.
Anda masih boleh cuba untuk mengamalkan 5 cara yang kami telah nyatakan di atas tadi untuk membantu prostat anda menjadi lebih kuat dan sihat.
Pun begitu, ia bukanlah cara untuk merawatnya secara total ya? Sila berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan bagi masalah prostat anda!