home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Awas, Anda Boleh Alami Alergi Dengan Sunblock! Ini Cara Untuk Mengetahuinya

Awas, Anda Boleh Alami Alergi Dengan Sunblock! Ini Cara Untuk Mengetahuinya

Sunblock kulit sememangnya berfungsi untuk melindungi diri daripada selaran matahari. Namun, bagi sesetengah individu, penggunaan krim pelindung matahari boleh mengakibatkan alahan. Adakah alahan pelindung matahari boleh berlaku?

Ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai alahan pelindung matahari.

Dapatkan lebih banyak info tentang Alahan, dapatkan di sini.

Apa itu alahan krim pelindung matahari?

Alahan pelindung matahari ini mungkin berlaku disebabkan beberapa bahan seperti pewangi dan oxybenzone, yang boleh menyebabkan reaksi alahan, seperti ruam.

Jika anda mengalami ruam daripada penggunaan sunblock kulit, adalah penting untuk mengenal pasti punca yang menyebabkannya.

Pelindung matahari berfungsi kerana mengandungi bahan kimia yang berperanan untuk menyerap radiasi sinaran UV yang berbahaya dan mencegahnya daripada menembusi kulit.

Sesetengah bahan kimia termasuk oxybenzone, 4-isopropil-dibenzoylmethane, PABA (para-aminobenzoic acid), ester, avobenzone, dan cinnamates, yang dipercayai menyebabkan reaksi alahan bagi sesetengah individu.

Terdapat dua jenis alahan pelindung matahari:

  • Alahan contact ruam muncul apabila produk digunakan atau disapukan pada bahagian badan.
  • Alahan photocontact – reaksi alahan muncul apabila bahagian yang disapu dengan produk yang mengandungi bahan kimia terkena atau terdedah kepada cahaya matahari.

sunblock kulit

Mengenal pasti simptom alergin sunblock kulit

Simptom alahan ini boleh muncul pada kali pertama anda menggunakan pelindung matahari, atau ia mungkin berlaku selepas bertahun-tahun anda menggunakan pelindung matahari yang sama.

Anda mungkin mengalami reaksi alahan sama ada sejurus selepas anda menggunakannya atau ia mungkin mengambil masa beberapa hari untuk muncul. Antara simptom alahan yang mungkin berlaku:

  • Ruam merah
  • Gatal-gatal
  • Timbul benjolan
  • Bengkak
  • Lepuh berair
  • Berdarah
  • Kesakitan
  • Kulit kemerahan

Baca juga:

Bagaimana mencegah alahan sunblock kulit ?

Cara terbaik untuk mencegah daripada alahan pelindung matahari adalah dengan mengelakkan bahan atau kandungan yang anda sensitif kepadanya atau diketahui boleh menyebabkan alahan.

Walau bagaimanapun, mungkin sukar untuk anda mengenal pasti bahan dan kandungan yang boleh menyebabkan alahan kepada anda, melainkan anda mendapatkan pemeriksaan daripada pakar.

Tetapi secara umumnya, anda boleh menghindari bahan dan kandungan dalam pelindung matahari yang boleh menyebabkan alahan. Antaranya:

  • Benzophenone (terutamanya benzeophenone-3 atau oxybenzone
  • Dibenzoylmethane
  • Cinnamates
  • Wangian

sunblock kulit

Pelindung matahari yang mengandungi zink oksida dan titanium dioksida mungkin kurang berisiko untuk menyebabkan alahan, dan ia juga melindungi daripada sinaran UVA dan UVB.

Cara lain untuk mengurangkan risiko alahan sunblock kulit adalah dengan meminimumkan pendedahan terus kepada sinaran UV.

Memakai pelindung matahari adalah sangat digalakkan terutamanya apabila anda berada di luar, dan anda boleh menggunakan kaedah lain untuk mencegah daripada terdedah kepada sinaran UV dengan memakai topi, baju lengan panjang, seluar panjang.

Cuba untuk menghindari sebarang aktiviti luar yang membuatkan anda lebih terdedah kepada sinaran matahari antara pukul 10 pagi hingga 4 petang.

Jika anda masih mengalami alahan walaupun sudah bertukar jenama pelindung matahari, anda dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan dan nasihat doktor.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Accessed on May 8, 2019.

https://www.cancer.org.au/cancer-information/causes-and-prevention/sun-safety/about-sunscreen/sunscreen-reactions

https://dermnetnz.org/topics/sunscreen-allergy/

https://acaai.org/resources/connect/ask-allergist/red-itchy-bumps-wearing-sunscreen-outside

https://acaai.org/resources/connect/ask-allergist/sunscreen-allergy

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/sun-allergy/symptoms-causes/syc-20378077

https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17681-sun-allergy

https://www.ewg.org/sunscreen/report/the-trouble-with-sunscreen-chemicals/

 

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Asyikin Md Isa Disemak pada 11/08/2021
Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor