backup og meta

Kanser Payudara Tahap 4: Ketulan Yang Abnormal Bukanlah Satu-Satunya Tanda!

Kanser Payudara Tahap 4: Ketulan Yang Abnormal Bukanlah Satu-Satunya Tanda!

Kanser payudara tahap empat bermaksud kanser telah merebak ke kawasan badan yang lain. Ada banyak simptom kanser payudara tahap 4, antaranya ialah ketulan pada kawasan payudara, pengeluaran cecair abnormal pada kawasan puting dan banyak lagi.

Kanser tahap 4 selalunya tidak boleh sembuh. Namun, ia dapat dirawat. Kualiti hidup pesakit kanser juga dapat ditingkatkan.

Dengan penjagaan yang rapi, rawatan yang bersesuaian dapat memanjangkan jangka hayat pesakit selama beberapa tahun.

Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan mengenai kanser dan apakah tanda kanser payudara tahap 4.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kanser, anda juga boleh klik di sini.

Apakah kanser payudara tahap 4?

Fakta mengenai kanser payudara:

  • Di Amerika Syarikat, 1 daripada 8 wanita akan didiagnosis dengan kanser payudara sekali seumur hidup
  • Kanser ini merupakan kanser paling lazim untuk kaum Hawa, selain kanser kulit
  • Pada tahun 2022, dianggarkan hampir 30% diagnosis baru adalah kanser payudara
  • Seorang wanita didiagnosis menghidap kanser payudara setiap 2 minit

Kanser payudara tahap 4 turut dikenali sebagai kanser payudara metastatik. Pada tahap ini, sel-sel kanser telah merebak ke luar payudara dan menjangkiti kawasan badan yang lain.

Semua jenis kanser payudara bermula daripada sel yang terdapat di kawasan buah dada.

Namun, bagi penghidap kanser tahap 4, sel kanser ini telah bergerak melalui sistem limfatik dan menjangkiti paru-paru, tulang, otak atau organ lain.

Kanser tahap 4 merupakan satu bentuk kanser yang paling serius dan boleh membawa maut. Kadangkala, pesakit hanya akan mengalami simptom dan didiagnosis selepas kanser berkembang ke tahap 4.

Penghidap kanser payudara tahap ini selalunya mempunyai:

  • Tumor atau ketulan pada payudara. Namun, saiznya berbeza mengikut individu
  • Nodus limfa yang mungkin mengandungi sel kanser
  • Kanser telah merebak ke bahagian atau organ badan yang lain

Benar, kanser tahap 4 merupakan sesuatu yang sangat menakutkan.

Walau bagaimanapun, dengan rawatan dan perubahan gaya hidup yang sihat, kesihatan dan juga kualiti hidup pesakit dapat ditingkatkan.

Simptom kanser payudara tahap 4

Terdapat beberapa simptom kanser tahap 4. Antaranya:

1. Munculnya ketulan pada buah dada

Pada tahap awal kanser, tumor ini selalunya sukar untuk dikesan. Saiznya juga terlalu kecil untuk dirasai. Sebab itulah, doktor akan melakukan mamogram untuk mengesan kanser.

Bukan semua kanser payudara tahap empat akan menyebabkan pertumbuhan tumor yang bersaiz besar. Namun, kebanyakan wanita dapat merasai ketulan di kawasan buah dada atau bawah ketiak.

2. Perubahan pada tekstur kulit

kanser payudara tahap 4

Ada beberapa jenis kanser payudara yang akan menyebabkan perubahan pada sekitar kawasan kulit.

Penyakit Paget merupakan sejenis kondisi yang jarang berlaku. Ia berkait rapat dengan kanser payudara. 1-4% wanita yang menghidap kanser payudara turut menghidap peyakit Paget.

Penyakit ini akan menyebabkan kawasan puting berubah warna. Perubahan ini selalunya menandakan kanser payudara pada tisu di belakang puting.

3. Keluar cecair abnormal dari puting

Benar, penghasilan sebarang cecair yang abnormal pada kawasan puting boleh menyebabkan sesiapa sahaja jadi risau.

Namun, cecair yang abnormal pada kawasan puting bukanlah satu-satunya tanda kanser. Ia boleh berlaku disebabkan pelbagai lagi sebab lain.

Namun, sekiranya pesakit mempunyai ketulan di kawasan payudara yang disertai dengan pengeluaran cecair abnormal, ini merupakan antara tanda kanser payudara tahap akhir.

Cecair ini mungkin berwarna kuning cair seperti nanah atau kemerah-merahan.

Baca juga:

4. Sakit pada kawasan payudara

kanser payudara tahap 4

Wanita akan mula rasa sakit apabila kanser membesar dan merebak. Sel kanser itu sendiri tidak akan menyebabkan kesakitan. Namun, ia boleh membesar dan merosakkan tisu di sekelilingnya.

Tumor yang bersaiz besar juga boleh menyebabkan ulser atau lebam pada kawasan payudara. Ia juga boleh merebak ke kawasan tulang dan otot berdekatan lalu menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan.

5. Insomnia disebabkan kanser payudara tahap 4

Disebabkan kesakitan yang pesakit alami, mereka mungkin akan mengalami kesukaran untuk tidur malam. Masalah ini akan menyebabkan mereka menghidap insomnia.

Insomnia merupakan antara tanda kanser yang sering diabaikan. Rasa letih dan sukar tidur malam merupakan antara simptom kanser yang paling kerap berlaku.

6. Rasa letih sepanjang masa

kanser payudara tahap 4

Keletihan merupakan simptom yang paling lazim berlaku dalam kalangan penghidap kanser.

Menurut dapatan yang dimuatkan dalam jurnal Oncologist, hampir 25-99% pesakit kanser akan rasa letih semasa rawatan manakala 20-30% pula selepas rawatan.

Penghidap kanser tahap 4 mungkin akan rasa letih sepanjang masa sehingga ia mengganggu kehidupan harian pesakit.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Breast Cancer Stages. https://www.breastcancer.org/pathology-report/breast-cancer-stages. Accessed on November 24, 2022.
  2. Metastatic Breast Cancer. https://www.pennmedicine.org/cancer/types-of-cancer/breast-cancer/types-of-breast-cancer/metastatic-breast-cancer. Accessed on November 24, 2022.
  3. Paget’s disease of the nipple. https://www.nhs.uk/conditions/pagets-disease-nipple/. Accessed on November 24, 2022.
  4. Stage 4 (IV). https://www.nationalbreastcancer.org/breast-cancer-stage-4. Accessed on November 24, 2022.
  5. Stage 4 Breast Cancer. https://www.cancerresearchuk.org/about-cancer/breast-cancer/stages-types-grades/number-stages/stage-4. Accessed on November 24, 2022.
  6. Treatment of Stage IV (Metastatic) Breast Cancer. https://www.cancer.org/cancer/breast-cancer/treatment/treatment-of-breast-cancer-by-stage/treatment-of-stage-iv-advanced-breast-cancer.html. Accessed on November 24, 2022.

Versi Terbaru

09/12/2022

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Pernah Hidap Kanser Payudara dan Alami Simptom Sekali Lagi? Segeralah Berjumpa Doktor

7 Tanda Kanser Payudara Setiap Wanita WAJIB Tahu!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 09/12/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan