backup og meta

Nak Cegah Kanser Payudara? Kaum Hawa, Jom Cuba 7 Makanan Ini Sekarang!

Nak Cegah Kanser Payudara? Kaum Hawa, Jom Cuba 7 Makanan Ini Sekarang!

Bolehkah kita cegah kanser payudara dengan pemakanan yang sihat? Menurut kajian, diet yang betul mungkin dapat membantu. Malah, jika dilakukan dengan senaman yang kerap, hampir 25-30% kanser dapat dicegah. Sebab itulah, pemilihan makanan untuk pesakit kanser payudara perlu dititikberatkan.

Tetapi, apakah makanan yang sesuai dan perlu dimasukkan dalam diet harian? Bagi wanita yang sedang mencari makanan elak kanser payudara, kami ada jawapannya.

Jom, baca lebih lanjut untuk ketahui makanan terbaik untuk elak kanser pada masa akan datang.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kanser, anda juga boleh klik di sini.

Kaitan antara makanan dan kanser

makanan untuk pesakit kanser payudara

Tahukah anda, ada banyak makanan yang baik untuk penghidap kanser payudara?

Pemilihan makanan yang betul bukan sahaja dapat membantu pesakit pulih dengan lebih cepat, ia juga dapat memperlahankan penyebaran kanser!

Walau bagaimanapun, sukar untuk mencari kaitan yang spesifik antara makanan atau nutrisi tertentu dengan kanser kerana:

  1. Makanan mengandungi banyak bahan yang boleh meningkatkan atau menurunkan risiko kanser.
  2. Kita mengambil pelbagai jenis makanan dan minuman setiap hari. Oleh sebab itu, interaksi antara makanan ini sukar untuk dikaji.
  3. Kesan makanan atau nutrisi tertentu bergantung pada sebanyak mana yang anda ambil.
  4. Kajian menunjukkan cara memasak mungkin mempengaruhi tahap nutrien dalam satu-satu makanan.

7 makanan untuk pesakit kanser payudara

Di bawah, kami akan senaraikan 7 makanan terbaik untuk penghidap kanser payudara:

1. Kunyit

Kunyit mengandungi sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai curcumin. Bahan inilah yang memberikan warna kuning pada masakan.

Buat masa ini, masih banyak kajian perlu dijalankan untuk menentukan sama ada suplemen kunyit dapat membantu pesakit yang menghidap kanser payudara.

Namun, kajian yang dilakukan dalam skala kecil menunjukkan kunyit dapat melawan pembentukan tumor kanser payudara jika digabungkan dengan terapi lain.

2. Brokoli

Sayuran cruciferous seperti brokoli, kubis, kubis bunga dan kubis Brussel sangat terkenal dengan sifat antikansernya.

Antara semua sayuran yang disenaraikan di atas, brokoli merupakan makanan yang terbaik untuk diambil oleh pesakit kanser. Ia juga dapat memperlahankan penyebaran kanser. Oleh sebab itu, semua orang digalakkan untuk makan sayur-sayuran ini setiap hari.

Makanan untuk pesakit kanser payudara 3: Epal

Bak pepatah Inggeris, sebiji epal sehari dapat menjauhkan anda daripada doktor!

Jika anda makan epal, jangan buang kulitnya. Kulit epal mengandungi banyak antioksidan, serat dan komponen lain yang bersifat antikanser.

Malah, kajian juga menunjukkan kulit epal mengandungi bahan yang dapat memperlahankan penyebaran sel kanser.

Baca juga:

4. Ikan

Ikan merupakan sumber asid lemak omega-3 yang sangat baik. Oleh sebab itu, ia adalah antara sumber protein yang terbaik untuk dijadikan makanan untuk pesakit kanser payudara.

Bukan itu sahaja, pesakit kanser payudara juga digalakkan untuk mengurangkan pengambilan daging merah. Sebagai permulaan, pilih ikan salmon, kembung, sardin dan tuna untuk melengkapi diet harian.

5. Makan lebih banyak lobak merah dan ubi kayu

makanan untuk pesakit kanser payudara

Lobak merah, ubi kayu dan tembikai wangi kaya dengan sejenis komponen yang dikenali sebagai karotenoid.

Menurut sebuah artikel yang dimuatkan di dalam The American Journal of Clinical Nutrition pada tahun 2015, wanita yang mengambil lebih banyak karotenoid mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menghidap kanser payudara.

Oleh sebab itu, jika anda ingin mengambil makanan elak kanser payudara, cubalah lobak merah!

Selain itu, sayur dan buah yang berwarna jingga selalunya mengandungi karotenoid. Jadi, tambahkan lebih banyak makanan yang berwarna merah, oren, kuning dan juga hijau dalam diet harian.

Makanan untuk pesakit kanser payudara 6: Teh hijau

makanan untuk pesakit kanser payudara

Teh hijau dan teh putih mengandungi katekin, bahan kimia yang terbukti dapat mencegah kanser payudara.

Walau bagaimanapun, pesakit mungkin perlu minum banyak teh hijau – hingga 4 cawan sehari – untuk mendapatkan kesan positifnya.

7. Kekacang

Kacang seperti walnut mengandungi banyak nutrisi dan lemak sihat yang dapat membantu badan melawan inflamasi.

Kajian juga menunjukkan, kacang walnut mungkin dapat memperlahankan pertumbuhan tumor kanser payudara, menjadikan ia salah satu makanan untuk pesakit kanser payudara yang paling berkhasiat.

Namun, kajian ini dilakukan dalam skala kecil. Jadi, lebih banyak kajian lain yang perlu dijalankan pada masa hadapan untuk menentukan kesan sebenarnya terhadap penghidap kanser payudara.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Apple Skin: Peeling Back Cancer. https://nutritionfacts.org/video/apple-skin-peeling-back-cancer/. Accessed on October 13, 2022.
  2. Breast cancer. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/breast-cancer/symptoms-causes/syc-20352470. Accessed on October 13, 2022.
  3. Eating Unhealthy Food. https://www.breastcancer.org/risk/risk-factors/eating-unhealthy-food. Accessed on October 13, 2022.
  4. Food and Cancer Risk. https://www.cancer.net/navigating-cancer-care/prevention-and-healthy-living/food-and-cancer-risk. Accessed on October 13, 2022.
  5. Pemakanan untuk pesakit kanser payudara. https://care.upm.edu.my/upload/dokumen/202006231031181._Pemakanan_untuk_Pesakit_Kanser_Payudara.pdf. Accessed on October 13, 2022.

Versi Terbaru

15/11/2022

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

GEMPAR! Kajian Kata Penggunaan Bahan Kimia Tingkat Risiko Kanser Payudara?

Kanser Payudara Penyakit Turun-Temurun? Tak Semestinya! Fahami Mutasi Gen Dahulu


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 15/11/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan