Tahukah anda bahawa kanser paru-paru semakin banyak berlaku dalam kalangan wanita hamil?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Peluang untuk anda mendapat kanser paru-paru semasa hamil ialah jarang tetapi boleh berlaku. Terdapat lebih banyak kes perempuan menerima rawatan kanser semasa hamil. kajian menunjukkan bahawa kanser berlaku kepada 1 dalam 1000 kehamilan dan kanser paru-paru ialah salah satu daripadanya. Puncanya mungkin disebabkan umur perempuan semasa mendapat anak pertama telah meningkat saban tahun kepada sekurang-kurangnya 30 tahun dan ke atas. Walaupun kes ini jarang, anda masih perlu tahu tanda-tandanya dan pilihan rawatan yang ada semasa hamil.

Apakah tanda-tanda dan simptom-simptom kanser paru-paru semasa hamil?

Kanser semasa hamil jarang tetapi boleh berlaku. Disebabkan perempuan pada hari ini kebiasaannya menunggu sehingga mereka meningkat rumur sebelum mendapatkan anak dan risiko kanser meningkat dengan umur, adalah berkemungkinan untuk kanser berlaku semasa hamil. Doktor kebiasaannya menemui kanser paru-paru semasa menjalankan pemeriksaan ke atas perempuan hamil.

Simptom-simptom kanser paru-paru dalam perempuan hamil kebiasaannya terlepas pandang kerana mereka menyangka ia hanya sebahagian dari sakit kehamilan: batuk, sesak nafas, demam dan letih.

Bagaimanakah kanser paru-paru dirawat semasa hamil?

Rawatan kanser paru-paru semasa hamil adalah rumit kerana ramai yang percaya ia boleh membahayakan bayi. Bagi sesetengah orang, kanser yang teruk boleh merebak ke plasenta (uri) tetapi ada juga kes dimana bayi selamat dari metastasis kanser paru-paru.

Rawatan kanser paru-paru semasa hamil adalah sama seperti rawatan bagi orang biasa. Walaubagaimanapun, rawatan kanser paru-paru boleh membahayakan janin, terutamanya semasa 3 bulan pertama kehamilan. Maka, perempuan hamil dengan kanser paru-paru kebiasaannya dinasihatkan untuk menangguhkan rawatan sehingga trimester kedua atau ketiga. Setiap rawatan akan disesuaikan dengan setiap ibu hamil, bergantung kepada:

  • Lokasi kanser;
  • Jenis kanser;
  • Peringkat kanser;
  • Umur janin (berapa lama perempuan tersebut sudah hamil);
  • Permintaan ibu.

Sebahagian doktor akan mengesyorkan untuk tunggu sehingga selepas bersalin. Seperti rawatan bagi orang biasa, rawatan kanser paru-paru bagi perempuan hamil melibatkan pembedahan, kemoterapi dan terapi radiasi.

  • Pembedahan ialah rawatan yang paling selamat terutamanya semasa trimester pertama.
  • Kemoterapi semasa trimester pertama boleh menyebabkan kecatatan kelahiran dan berat kelahiran rendah atau boleh menyebabkan keguguran. Walaubagaimanapun, sebahagian kemoterapi dan ubat-ubatan lain boleh diberikan semasa trimester kedua dan ketiga tanpa membahayakan janin disebabkan oleh perlindungan dari plasenta.
  • Radiasi boleh membahayakan janin terutamanya semasa trimester pertama ketika organ dan sistem saraf bayi sedang berkembang. Maka, rawatan radiasi kebiasaannya tidak disyorkan ketika fasa ini. Samada radiasi boleh digunakan semasa trimester kedua atau ketiga bergantung kepada dos radiasi dan kawasan yang dirawat.

Apa yang berlaku selepas bersalin?

Secara umumnya, kanser kebiasaannya tidak mempengaruhi kehamilan dan kehamilan tidak mempengaruhi nasib akhir kanser terbabit. Tetapi rawatan kanser mungkin memberikan kesan buruk kepada janin. Selepas bersalin, bayi tersebut tidak berisiko mendapat sel kanser dari ibu tetapi rawatan tersebut (seperti kemoterapi) boleh berpindah ke bayi melalui susu ibu. Jadi, doktor mungkin menasihatkan anda untuk tidak menyusukan anak anda.

Selain itu, perubahan pada hormon boleh membawa kepada sedikit perkembangan pada kanser. Adalah paling baik untuk mendapatkan rawatan secepat mungkin. Menyediakan rawatan serta merta adalah pilihan terbaik bagi sebahagian perempuan yang mengalami kanser yang lebih agresif atau lanjut yang ditemui di awal kehamilan.

3 perkara penting anda harus tahu tentang kanser paru-paru

  1. Kanser paru-paru boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Semua orang yang mempunyai paru-paru boleh mendapat kanser paru-paru. Walaupun 90% dari pesakit kanser paru-paru ialah perokok, masih ada 10% dalam kalangan bukan perokok. Ini termasuk perempuan hamil muda dan sihat.
  2. Jangan abaikan simptom-simptom anda. Tanda-tanda yang kerap seperti batuk kronik, nafas berbunyi (wheezing), sesak nafas, letih atau pneumonia boleh menjadi tanda-tanda kepada banyak masalah kesihatan. Anda masih perlu biarkan doktor anda tahu untuk mendapatkan kepastian.
  3. Kajian dalam rawatan kanser paru-paru semakin berkembang maju. Ini adalah satu petanda yang positif. Ubat-ubatan baru sedang berkembang untuk menjadikan ia satu yang mungkin bagi ibu-ibu melihat anak-anak mereka membesar.

Jika anda sedang hamil dan doktor baru sahaja mendiagnosis anda dengan kanser paru-paru, jangan rasa tertekanan. Doktor dan pasukan perubatan akan lakukan yang terbaik untuk memberikan anda rawatan terbaik.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Sudah 4 Minggu Hamil? Tahniah, Tapi Hati-hati, Ada 9 Makanan Ibu Tak Boleh Makan Awal Mengandung!

Bagi seorang wanita mengandung, pemakanan adalah antara aspek penting yang perlu diberikan perhatian. Ini 9 makanan yang dilarang untuk ibu hamil 1 bulan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 25/09/2020 . 3 minit bacaan

Hanya Ada Satu Paru-paru Dalam Tubuh Badan, Boleh Atau Tidak Hidup Secara Normal?

Umum sudah tahu bahawa paru paru manusia adalah antara organ yang paling penting. Persoalannya, bolehkah hidup hanya dengan satu paru-paru? Jom klik!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid

Aduh, Ada Jangkitan Dekat Parut Czer? Jangan Pandang Remeh, Kenal Pasti Tandanya

Bersalin secara pembedahan caesarean bermakna memerlukan lebih penjagaan terutamanya pada parut czer. Jom kenal pasti tanda-tandanya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Kelahiran Bayi 09/09/2020 . 3 minit bacaan

Ibu Hamil, Jaga Berat Badan Jangan Sampai Obes! Risiko Bukan Hanya Pada Anda, Tapi Juga Bayi

Obesiti dan masalah berat badan berlebihan dalam kalangan wanita hamil menjadi salah satu masalah kesihatan kaum Hawa yang paling penting.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 20/08/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

merancang kehamilan

Usah Gusar, Penghidap Talasemia Masih Berpeluang Miliki Zuriat, Cuma Kena Tahu Risikonya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan
libido wanita hamil

Keinginan Nafsu Seksual Turun Naik Masa Hamil? 5 Perkara Inilah PUNCANYA

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 16/10/2020 . 3 minit bacaan
sakit punggung ketika hamil

Ibu Hamil Selalu Ada Masalah Sakit Punggung? Jom Cuba 11 Cara Ini Untuk Atasinya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 02/10/2020 . 3 minit bacaan
wanita hamil

Selamat Ke Untuk Wanita Mengandung Pakai Pelitup Muka? Ini Penjelasan Pakar!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 29/09/2020 . 3 minit bacaan