backup og meta

Manfaat Makan Tiram Untuk Tingkatkan Kemampuan Seksual

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh JX Chan · Disemak pada 17/07/2023

    Manfaat Makan Tiram Untuk Tingkatkan Kemampuan Seksual

    Bolehkah makanan menaikkan libido anda? Atau ia semua hanya kesan plasebo di kepala anda? Sudah pasti anda telah membaca beribu artikel mengenai makanan seperti tiram untuk meningkatkan libido atau meningkatkan keinginan seksual.

    Tetapi berapa banyak yang benar? Kebanyakan kajian menunjukkan bahawa kesan makanan seperti afrodisiak kebanyakannya adalah hanya daya yang menguatkan deria rasa dalam diri. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Jadi apakah itu afrodisiak?

    tiram

    Jika terdapat perkara yang kekal sama di dunia ini sejak dahulu, ia adalah keinginan orang terhadap seks.

    Inilah sebab mengapa afrodisiak wujud. Afrosidiak adalah agen yang meningkatkan respon atau keinginan seksual .

    Pada masa ini anda boleh mencari afrodisiak dalam bentuk pil seperti Viagra.

    Selain pil, setiap budaya mesti mempunyai kepercayaan nenek moyang tentang afrodisiak: coklat, asparagus, dan yang paling popular: tiram.

    5 jenis afrodisiak

    Dalam afrodisiak kepercayaan zaman dahulu, ia biasanya termasuk dalam 5 jenis:

    1. Adakah anda sudah “panas”? Makanan “panas” adalah makanan yang hangat dan memberikan banyak kelembapan (seperti cili atau kari). Makanan seperti ini dianggap mencetuskan keghairahan “panas” di atas katil. Sementara itu,  makanan sejuk mendorong keghairahan “sejuk” – jenis perlahan dan santai.
    2. Jika kelihatan seperti organ seksual … Ya. Tidak kira berapa banyak kita menafikannya, kebanyakan kita semua mempunyai fikiran yang kotor. Sesetengah makanan diakui kelihatan sama dengan alat kelamin. Tiram adalah contoh terbaik. Atau buah-buahan atau sayur-sayuran yang menyerupai zakar seperti timun atau pisang.
    3. Hipotesis pembiakan. Ini adalah kepercayaan umum di Asia bahawa memakan organ-organ pembiakan haiwan, seperti telur salmon, telur puyuh, dan sebagainya boleh menjadikan keinginan seksual dan potensi reproduksi seseorang lebih baik.
    4. Sekiranya ia eksotik, ia mestilah erotik. Makanan jarang dijumpai (dan makanan mahal) dipercayai lebih seksual. Kerang Geoduck adalah contoh yang baik.
    5. Merangsang deria, merangsang keinginan. Makanan yang merangsang pancaindera dengan cara yang menyenangkan difikirkan untuk merangsang keghairahan. Strawberi, sebagai contoh, berwarna merah dan berbentuk seperti jantung jadi ia adalah romantis untuk dimakan.

    Adakah tiram sejenis afrodisiak?

    tiram

    Apabila anda melihat tiram, mereka jatuh ke dalam semua kategori. Tiram boleh dimakan secara mentah (sejuk) atau diproses (panas).

    Ia kelihatan seperti faraj. Ia dimakan secara keseluruhan dan sangat mahal. Apabila anda melihat tiram, ia benar-benar merangsang selera: mentah, lembap, lembut dan berkilauan.

    Rasa yang memang lazat!

    Tidak ada kajian klinikal dari Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA) yang membuktikan bahawa afrodisiak itu berkesan, tetapi mereka juga tiada bukti untuk mengatakan sebaliknya.

    Di sudut yang positif, tiram mempunyai zink yang tinggi, yang terbukti dapat meningkatkan tahap testosteron dan sering dipanggil “mineral seks utama”.

    Tiram juga mengandungi sejumlah dopamin, iaitu neurotransmitter yang merangsang otak. Jadi, sekurang-kurangnya ia mengandungi potensi yang berguna bagi lelaki.

    Apabila anda memakan tiram dalam kuantiti yang banyak, katakan 5 – 7 tiram setiap hari, anda mungkin dapat melihat perbezaannya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh JX Chan · Disemak pada 17/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan