Menjadi Pesakit Kanser yang Proaktif

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Pemikiran positif telah memberi impak yang signifikan mengenai bagaimana orang menghadapi kehidupan seharian. Tidak kira sama ada anda dalam keadaan kesihatan yang sempurna, atau berjuang melawan penyakit merbahaya seperti kanser payudara, pesakit kanser yang proaktif mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi untuk menjadi lebih sihat dan hasilnya adalah konsisten.

Semasa didiagnos dengan kanser

Selepas didiagnos dengan kanser, pesakit perlu melalui senarai jadual rawatan. Bagi menghadapi rawatan sebaiknya, pesakit digalakkan untuk mengekalkan pemikiran yang positif dan cuba menjadi proaktif. Sejujurnya, tidak mudah untuk mengekalkan senyuman selepas menahan diri dari kesan rawatan kanser payudara. Berurusan dengan reaksi orang sekeliling juga satu lagi dari masalah yang sukar.

Bagaimana untuk respon kepada penyakit

Biasanya, pesakit kanser payudara mungkin akan menghadapi kekeliruan tentang bagaimana mereka perlu respon kepada penyakit itu. Sesetengah pesakit mungkin cuba mengekalkan sikap positif sementara mereka sebenarnya langsung tidak mempunyai perasaan itu. Mereka hanya melakukannya bagi memastikan orang lain tidak terlalu risau mengenai keadaan kesihatan mereka. Bagaimanapun, sikap yang palsu sebegini tidak memberi apa-apa manfaaat melainkan hanya tekanan terhadap pesakit. Kemurungan, kesedihan atau anzieti adalah bahagian emosi normal dalam proses anda menerima perubahan besar dalam kehidupan anda. Sekiranya anda cyba mengabaikan perasaan sebenar anda, anda berkemungkinan akan mendapat penyakit mental yang lain di samping kanser. Pesakit perlu cuba mengekalkan rasa positif berterusan bagi mengelak rasa bahawa mereka menjadi beban. Selain itu, ramai di kalangan pengkaji menunjukkan bahawa kuasa minda kemungkinan turut memberi kesan pada tahap keterukan penyakit. Dengan memegang kepercayaan yang melegakan sebegini, pesakit akan merasa lebih terjamin dan mendapat lebih kekuatan bagi memenangi pergelutan melawan kanser.

Kawalselia mood, emosi, dan sikap anda

Kita diberi kemampuan untuk mengawalselia mood, emosi dan sikap terhadap beberapa kejadian dalam hidup ini. Sekiranya anda rasa penyakit anda sangatlah teruk, tidak bermakna anda langsung tidak berdaya berusaha untuk mengawalnya. Selepas berlalunya masa, kebanyakan orang akan mencari jalan untuk menyesuaikan diri dengan kanser dan melawannya. Sesetengah orang mendapati bahawa ianya sangat membantu untuk mendapatkan bantuan dari pakar sakit mental atau kumpulan sokongan. Tambahan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dan berbincang dengan pemandiri kanser yang pernah melalui perkara yang sama dengan apa yang anda hadapi.

Menjadi pesakit kanser payudara yang proaktif boleh dimabilkira sebagai sokongan ajaib bagi merawat kanser. Disertai dengan prosedur rawatan, emosi anda, dan perasaan anda boleh mengawal kanser secara positif.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Artikel lain untuk anda

    Menginspirasikan Positif

    Tip Menjadi Positif dan Menginspirasikan Positif

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 12/03/2019 . 2 minit bacaan
    cara mengatasi kemurungan

    Kemurungan Boleh Diatasi Dengan Hanya Berfikiran Positif! – Ini 5 Caranya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 22/02/2019 . 2 minit bacaan