Pilihan Diet Alternatif bagi Pesakit Kanser Payudara

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Menurut kajian, rutin diet bertanggungjawab menyumbang kepada separuh sebab dan punca kanser di seluruh dunia. Maka, banyak pesakit kanser payudara mula mengikuti diet alternatif dengan harapan ianya akan mengurangkan peluang kembalinya penyakit tersebut. Diet alternatif biasanya dikenali sebagai pemakanan dan menahan diri dari mengambil beberapa jenis makanan. Bagaimanapun, kesan sebenar pengurangan sel kanser dari diet ini masih belum diketahui.

Diet alternatif bagi pesakit kanser payudara adalah pendekatan diet berfokuskan pada makanan ditanam. Makanan ditanam termasuklah makanan harian mengandungi bijirin penuh, buahan, sayuran, kekacang, bijian, herba, dan rempah. Pesakit juga boleh memakan daging dan produk tenusu tetapi hanya pada jumlah terkawal. Di bawah adalah dua diet alternatif yang mana ramai pesakit kanser payudara boleh ikutu untuk meningkatkan taraf kesihatan mereka secara positif keseluruhannya.

Pilihan Diet Alternatif bagi Pesakit Kanser Payudara

Pemakanan bebas tenusu

Sewaktu didiagnosis dengan kanser payudara, sesetengah orang akan segera memulakan diet dengan menghentikan produk tenusu. Mereka percaya bahawa dengan mengelak dari pengambilan produk tenusu dan digantikan dengan produk soya, atau makanan lain yang tidak mengandungi protein lemak dari susu. Belum ada lagi bukti saintifik yang konklusif menunjukkan faedah diet bebas tenusu bagi pesakit kanser. Maka, ramai pakar diet kesihatan mencadangkan pesakit untuk tidak menolak produk tenusu sepenuhnya dari makanan harian, tapi dengan menggantikannya dengan alternatif bukan-tenusu yang lebih baik.

Diet makrobiotik

Ketika mengikuti diet makrobiotik, pesakit perlu mengelak makanan yang mengandungi toksin. Banyak pesakit kanser payudara percaya bahawa dengan menukar diet dan gaya hidup akan membuatkan mereka lebih positif serta menurunkan risiko kanser kembali semula. Maka, banyak orang memilih untuk mengambil diet macrobiotik sebagai terapi sampingan. Untuk mengikuti diet makrobiotik sebaiknya, anda perlu mengikut pendekatan yang ketat mengenai apa yang perlu dimakan dan bagaimana makanan dimasak. Bergantung dengan keadaan kesihatan anda, usia, jantina, dan informasi peribadi yang lain (seperti akomodasi atau kekerapan melakukan senaman), pakar diet kesihatan – makrobiotik akan merancang diet anda secara berhati-hati. Secara umumnya, diet akan mengandungi:

  • Bijirin penuh yang organik, seperti beras perang, barli, oat dan buckwheat – separuh dari ambilan makanan anda;
  • Buahan dan sayuran yang ditanam secara lokal – sehingga suku dari diet anda;
  • Sup dibuat dari sayuran, rumpai laut, kekacang, kacang dal, lentil dan perapan soya (miso) – sehingga suku dari makanan anda.

Diet alternatif mungkin agak mahal, mengawal dan kadangkala merencat nutrisi penting untuk badan anda. Maka anda perlu merujuk kepada pakar sebeum mengikuti sebarang regim diet alternatif. Adalah baik sekiranya anda mengawal berat badan yang sihat dengan mempraktikkan senaman secara tetap dan memakan makanan seimbang semasa rawatan kanser payudara. Langkah mudah ini mampu membantu anda mengekalkan badan yang sihat.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda juga mungkin berminat membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga: