backup og meta

Pssttt... Ini Rahsia Nak Elak Kanser Ovari! Wanita, Sila Amalkan 6 Jenis Makanan Ini

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 04/01/2023

    Pssttt... Ini Rahsia Nak Elak Kanser Ovari! Wanita, Sila Amalkan 6 Jenis Makanan Ini

    Tidak dinafikan, terdapat banyak kepentingan makanan berkhasiat untuk mencegah kanser ovari dalam kalangan wanita. Menurut Erma Levy, ahli dietetik dari MD Anderson Cancer Center, ada banyak makanan yang boleh diambil oleh wanita untuk kekal sihat dan bebas daripada kanser.

    Beliau mencadangkan pengambilan makanan yang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan bijirin penuh. Semua makanan ini dapat memberikan vitamin, mineral dan antioksidan yang diperlukan oleh badan.

    Walau bagaimanapun, tidak ada makanan ajaib yang boleh mengubat kanser 100%. Jika tidak, sudah tentulah pakar sudahpun menemui penawar kanser ovari.

    Namun, 6 jenis makanan ini mampu menurunkan risiko kanser ovari. Malah, diet yang sihat juga mampu menghalang peningkatan berat badan dan menurunkan kandungan lemak dalam badan.

    Ingin tahu kepentingan makanan berkhasiat dalam melawan kanser ovari? Jom, ikuti senarai makanan yang perlu diambil oleh pesakit kanser yang terbukti dapat menghalang pembentukan barah!

    6 makanan berkhasiat untuk mengelakkan kanser ovari!

    kepentingan makanan berkhasiat

    Sebenarnya, ada banyak makanan berkhasiat yang dapat mengelakkan kanser ovari. Sebagai contoh:

    1. Makan brokoli, kubis, kubis bunga dan kubis daun

    Menurut sebuah kajian yang dimuatkan di dalam jurnal Nutrition and Cancer, wanita yang makan banyak sayur, terutamanya sayuran seperti brokoli, kubis, kubis bunga dan kubis daun mempunyai risiko kanser ovari yang lebih rendah.

    Sayuran ini mempunyai kandungan fitokimia yang tinggi dan dikenali sebagai glycosinolates. Bahan ini akan ditukar kepada isothiocyanates selepas sayuran dipotong, dimasak dan dikunyah.

    Beberapa kajian mendapati isothiocyanates dapat menghalang pertumbuhan kanser melalui pelbagai cara. Salah satunya adalah dengan mencegah pertumbuhan tumor serta mengeluarkan karsinogen daripada badan.

    Bukan itu sahaja, sayuran ini juga boleh mengurangkan inflamasi yang amat membantu untuk mengelakkan kanser dan juga penyakit lain seperti penyakit jantung.

    2. Tambah kekacang dalam makanan

    Kekacang mengandungi fiber tinggi yang bagus untuk sistem pencernaan. Bukan itu sahaja, serat ini juga dapat membantu perut untuk mengekalkan bakteria yang baik dan dapat melindungi kita daripada kanser.

    Makan kekacang juga dapat membantu kita mengekalkan berat badan yang sihat. Ia boleh mengurangkan kolesterol dan tahap gula dalam darah kerana sifatnya yang rendah lemak.

    3. Bawang putih untuk cegah kanser

    kepentingan makanan berkhasiat

    Khasiat bawang putih terhadap kesihatan bukanlah sesuatu yang asing dalam masyarakat kita. Walaupun baunya yang kuat, bawang putih mempunyai magisnya yang tersendiri dan digunakan di dalam banyak makanan di Malaysia.

    Bau bawang putih sebenarnya disebabkan oleh sejenis komponen sulfur yang terkenal dengan kebaikannya yang pelbagai.

    Bukan itu sahaja, setiap ulas bawang putih mempunyai pelbagai bahan fitokimia yang terbukti dapat melawan kanser ketika diuji di makmal.

    Sebagai contoh, salah satu bahan yang terkandung di dalam bawang putih iaitu flavenoid sering menjadi bahan ujikaji kerana sifatnya yang anti kanser. Bawang putih juga kaya dengan vitamin B dan C serta selenium.

    4. Makan sayuran hijau

    Sayuran hijau merupakan antara makanan yang paling berkhasiat yang boleh anda masukkan di dalam diet setiap hari. Ia kaya dengan serat, vitamin, mineral dan juga fitokimia yang boleh mengurangkan risiko pelbagai jenis kanser.

    Bukan itu sahaja, makan sayuran hijau dengan banyak juga boleh membantu wanita mengekalkan badan yang sihat dan langsing. 

    Secara tidak langsung, wanita turut dapat mengelakkan penyakit lain seperti sakit jantung dan diabetes! Inilah salah satu kepentingan makanan berkhasiat kepada kesihatan kita!

    5. Elakkan kanser dengan buah anggur

    Rasa buah anggur bukan sahaja sedap, ia juga mengandungi antioksidan yang dikenali sebagai resveratrol, yang boleh menghalang pembentukan kanser ovari, payudara, hati, perut dan juga sistem limfatik.

    Namun, kebanyakan resveratrol terkandung di dalam kulit anggur. Jadi, sebelum makan, jangan buang pula kulitnya ya!

    6. Tambah bawang merah dalam makanan

    Siapa sangka bawang merah juga mempunyai sifat anti kanser! Setiap biji bawang merah mengandungi bahan antioksidan iaitu quercetin yang amat baik untuk kesihatan.

    Bahan ini mampu melawan kanser dengan mengurangkan inflamasi dalam badan. Bukan itu sahaja, bawang kuning juga didapati amat baik untuk melawan kanser hati dan kanser kolon.

    Kepentingan makanan berkhasiat untuk melawan kanser

    kepentingan makanan berkhasiat

    Salah satu kepentingan makanan berkhasiat dan seimbang ialah kemampuannya untuk mengurangkan risiko kanser kali pertama dan kedua.

    Makanan yang seimbang dan penuh nutrisi merupakan cara yang terbaik untuk anda mendapatkan semua nutrisi yang diingini. Elakkan mengambil vitamin lebih daripada 100% keperluan harian kecuali diarahkan oleh doktor.

    Sebagai panduan, wanita perlulah mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang daripada 6 kumpulan makanan yang berbeza iaitu protein, tenusu, buah-buahan, sayur-sayuran, kanji dan lemak yang sihat.

    Selain itu, pastikan anda minum air yang mencukupi sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

    Elakkan daging yang diproses seperti sosej, daging burger dan sebagainya. Daging proses dan daging merah berkait rapat dengan kanser seperti kanser kolorektal. Jadi, pilihlah daging yang lebih sihat seperti ikan, burung dan ayam.

    Bukan makanan sahaja yang penting!

    Jangan lupa, walaupun kita sering mengambil makanan yang sihat, itu tidak bermaksud kita boleh lupakan berat badan kita!

    Menurut sebuah kajian yang diterbitkan di dalam jurnal PLoS One, wanita yang mempunyai BMI lebih tinggi mempunyai risiko untuk mengalami kanser ovari.

    Kepentingan makanan berkhasiat merupakan sesuatu yang tidak boleh disangkal, namun berat badan kita juga sama pentingnya!

    Jadi, jangan lupa makan makanan yang berkhasiat dan bersenam ya! Jika melakukan kedua-dua amalan ini, tidak mustahil anda boleh hidup dengan sihat sepanjang hayat.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 04/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan