backup og meta

Kanser Kolorektal Makin Meningkat Dalam Kalangan Orang Muda, Jangan Jadi Mangsa Seterusnya!

Kanser Kolorektal Makin Meningkat Dalam Kalangan Orang Muda, Jangan Jadi Mangsa Seterusnya!

Kematian pelakon terkenal, Chadwick Boseman yang dikenali sebagai adiwira Black Panther telah mengejutkan ramai pihak. Siapa sangka pelakon muda yang baru berusia 43 tahun ini menghidap kanser kolorektal. Malah, beliau juga tidak mengongsikan sebarang tanda tanda kanser usus sepanjang kerjaya beliau sebagai pelakon bersama peminat.

Jangan terkejut, Boseman bukanlah satu-satunya orang muda yang menghidap kanser kolorektal.

Menurut American Cancer Society, hampir 18,000 orang yang berusia di bawah 50 tahun akan didiagnosis dengan kanser kolon di Amerika Syarikat pada tahun ini.

Malah, jika statistik ini berterusan, tidak mustahil kes kanser kolorektal akan meningkat sebanyak 90% dalam kalangan pesakit yang berusia bawah 35 tahun pada tahun 2030.

Tambahan lagi, 60% daripada pesakit ini didiagnosis dengan kanser kolorektal tahap 3 dan 4 yang sukar untuk dirawat. Sebab itulah, pesakit tidak dapat mengenal pasti tanda tanda kanser usus yang awal.

Oleh sebab itu, orang muda perlu tahu mengenai risiko mereka untuk menghidap kanser kolorektal. Mereka juga perlu tahu mengenai tanda tanda kanser usus dan cara yang terbaik untuk mencegahnya.

Mengapa kes kanser kolorektal makin meningkat?

tanda tanda kanser usus

Pakar masih lagi belum pasti punca sebenar peningkatan kes kanser kolorektal dalam kalangan orang muda.

Walau bagaimanapun, mereka tahu terdapatnya beberapa faktor risiko yang boleh meningkatkan risiko kanser kolorektal.

Sebagai contoh, masyarakat hari ini lebih ramai yang menghidap obesiti, merokok, gaya pemakanan dan mempunyai gaya hidup sedentari. 

Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika kes kanser kolorektal semakin meningkat tahun demi tahun.

Menurut Phil Daschner dari laman sesawang National Cancer Institute, faktor risiko seperti kurang bersenam dan obesiti semakin lazim pada hari ini jika dibandingkan dengan 45 tahun lalu.

Oleh sebab itu, tidak mustahil perkara ini merupakan punca kes kanser kolorektal meningkat naik setiap tahun. 

Hampir 1/3 daripada pesakit kanser kolorektal mempunyai mutasi genetik yang diturunkan dari satu generasi ke generasi.

Malah, 15 hingga 20% daripada pesakit kanser yang berusia bawah 35 tahun didapati mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser yang sama.

Berdasarkan kenyataan di atas, jelaslah sejarah keluarga memainkan peranan yang penting. Namun, untuk pesakit kanser kolorektal yang selebihnya, punca kanser ini masih belum dapat dikenal pasti.

Pesakit kanser usus, ambil tahu mengenai sejarah keluarga anda!

Disebabkan sebahagian besar pesakit kanser usus yang berusia 35 tahun ke bawah mempunyai mutasi genetik yang diwarisi daripada ibu bapa, sejarah keluarga amat penting untuk mengetahui risiko anda untuk menghidap kanser kolorektal.

Pastikan anda ambil tahu mengenai kanser kolorektal dalam kalangan ahli keluarga anda. Sekurang-kurangnya, cuba jejak atau kesan kanser ini sebanyak 3 generasi jika boleh.

Mempunyai sejarah keluarga bukanlah bermaksud anda akan menghidap kanser. Namun, informasi ini amat berguna jika anda perlu melakukan ujian saringan lebih awal daripada biasa.

Semakin awal kanser tersebut ditemui, semakin cerahlah peluang untuk ia dirawat dengan baik. Malah, jika doktor menemui polip yang bersifat prakanser, doktor boleh bertindak membuangnya sebelum ia bertukar menjadi kanser.

Kurangkan risiko anda menghidap kanser kolorektal

tanda tanda kanser usus

Walaupun punca utama kanser kolorektal masih belum diketahui, penting untuk anda ambil tahu mengenai sejarah kanser keluarga anda.

Selain itu, pastikan anda melakukan pemeriksaan yang kerap, bersenam dan elakkan amalan yang tidak sihat seperti merokok.

Satu lagi langkah penting untuk mengurangkan risiko kanser kolorektal adalah dengan memahami proses saringan termasuklah bila anda perlu melakukannya dan apakah opsyen yang anda ada.

Pada waktu ini, anda digalakkan untuk melakukan ujian saringan bermula pada umur 45 tahun.

Namun, untuk mereka yang lebih berisiko, anda perlu melakukan ujian saringan lebih awal atau lebih kerap.

Tanda tanda kanser usus mungkin sukar untuk dikesan. Malah, kanser jenis ini juga tidak akan menghasilkan simptom dengan segera.

Namun, sebagai langkah berjaga-jaga, perhatikan tanda tanda kanser usus seperti:

1) Darah dalam tinja

2) Perubahan dalam tabiat membuang air besar (Selang seli antara cirit birit dan sembelit)

3) Susut berat badan

4) Kurang selera makan

5) Rasa lemah, lesu

6) Kerap sakit pada bahagian abdomen

Semua tanda tanda kanser usus di atas merupakan sesuatu yang perlu diperiksa oleh doktor secepat mungkin. Ramai yang mengabaikan simptom kanser kolorektal kerana menganggapnya sebagai sakit biasa.

Jumpa doktor secepat mungkin jika alami simptom

tanda tanda kanser usus

Jika anda mempunyai tanda tanda kanser usus atau berisiko untuk menghidap penyakit ini disebabkan sejarah keluarga, pastikan anda berjumpa doktor dengan kadar yang segera untuk sesi konsultasi.

Berbincanglah dengan doktor untuk menentukan masa yang terbaik untuk melakukan ujian saringan kanser kolon. 

Jika anda mempunyai ahli keluarga terdekat yang menghidap kanser kolorektal, ujian saringan dapat dimulakan lebih awal.

Walau bagaimanapun, tanda tanda kanser kolorektal di atas mungkin juga menandakan penyakit lain seperti jangkitan, buasir atau sindrom usus rengsa.

Tidak kiralah apapun penyakit yang anda alami, pastikan anda berjumpa doktor secepat mungkin. Jangan sesekali melengah-lengahkan rawatan. Mana tahu, ia mungkin akan menyusahkan anda pada masa hadapan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. American Cancer Society. 2020. American Cancer Society Guideline for Colorectal Cancer Screening. November 17. Accessed June 21, 2021. https://www.cancer.org/cancer/colon-rectal-cancer/detection-diagnosis-staging/acs-recommendations.html.
  2. American Cancer Society. 2020. Colorectal Cancer Signs and Symptoms. June 29. Accessed June 21, 2021. https://www.cancer.org/cancer/colon-rectal-cancer/detection-diagnosis-staging/signs-and-symptoms.html.
  3. CDC. 2021. Colorectal (Colon) Cancer. February 8. Accessed June 21, 2021. https://www.cdc.gov/cancer/colorectal/basic_info/symptoms.htm.
  4. Keck Medicine of USC. n.d. Why Is Colorectal Cancer on the Rise for Younger People? Accessed June 21, 2021. https://www.keckmedicine.org/why-is-colorectal-cancer-on-the-rise-for-younger-people/.
  5. Mayo Clinic. 2021. Colon cancer. June 11. Accessed June 21, 2021. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/colon-cancer/symptoms-causes/syc-20353669.
  6. MD Anderson Cancer Center. 2020. What young adults need to know about colorectal cancer. October 27. Accessed June 21, 2021. https://www.mdanderson.org/cancerwise/why-are-more-young-adults-getting-colorectal-cancer-what-to-know.h00-159385890.html.
  7. National Cancer Institute. 2020. Why Is Colorectal Cancer Rising Rapidly among Young Adults? November 5. Accessed June 21, 2021. https://www.cancer.gov/news-events/cancer-currents-blog/2020/colorectal-cancer-rising-younger-adults.
  8. UTSouthwestern Medical Center. 2020. Death of ‘Black Panther’ star sheds light on young adults’ colon cancer risks. August 31. Accessed June 21, 2021. https://utswmed.org/medblog/colon-cancer-young-adults/

Versi Terbaru

07/06/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

'Wakanda Selamanya!', 4 Tahun Mendiang Chadwick Boseman Berjuang Melawan Kanser Kolon

Tabiat Minum Kopi Boleh Turunkan Risiko Kanser Kolorektal, Tapi Berapa Limit Sehari?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 07/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan