backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Skizofrenia

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 05/12/2019

Definisi

Apa itu Skizofrenia?

Skizofrenia ialah penyakit mental kronik yang mengakibatkan gangguan pemikiran yang serius. Cara berfikir pesakit skizofrenia menjadi berselerak dan terpisah daripada realiti. Kelajuan berfikir menjadi laju, perlahan atau terhenti dan memberi kesan kepada percakapan pesakit menjadi laju, perlahan atau tergagap. Ini juga menyebabkan pesakit hilang keupayaan berfikir, mengingat atau memahami permasalahan.

Pesakit skizofrenia lebih cenderung bertingkah laku dengan pelik kerana mendengar suara dan membayangkan perkara yang tidak benar (delusi), kecurigaan berlebihan (paranoid) dan lekas marah.

Skizofrenia adalah penyakit yang kronik, memerlukan rawatan seumur hidup.

Apakah kebarangkalian Skizofrenia?

Pesakit skizofrenia merupakan sekitar 1% daripada populasi; bermakna dalam setiap 100 orang, terdapat 1 pesakit skizofrenia. Bilangan pesakit lelaki dan perempuan adalah sama tetapi pesakit lelaki kebanyakannya mendapat skizofrenia di usia muda, iaitu daripada usia baligh hingga sekitar usia 25 tahun manakala pesakit perempuan dikesan mempunyai skizofrenia daripada usia 25 tahun dan ke atas.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Skizofrenia?

Simptom utama skizofrenia termasuklah:

  • Konflik dalam pemikiran, seperti kesukaran membuat keputusan
  • Kesukaran mengekspresikan diri dan menunjukkan emosi
  • Ketakutan pada tempat awam yang dipenuhi orang
  • Cara berfikir yang tidak normal:
    • Halusinasi, terutamanya halusinasi bunyi sama ada mendengar suara dengan jelas atau bunyi yang tidak jelas. Suara yang didengari mungkin dalam bentuk suara lelaki atau perempuan yang dikenali atau tidak. Suara tersebut mungkin menyuruh pesakit melakukan perkara yang tidak dikehendakinya seperti membunuh diri atau membunuh orang lain.
    • Paranoia, iaitu perasaan kewaspadaan yang berlebihan atau mempercayai dirinya mempunyai keupayaan istimewa atau mempercayai dirinya mempunyai penyakit tertentu walaupun tidak memiliki perkara tersebut.
  • Terdapat simptom yang tidak dinyatakan di atas. Jika anda mempunyai kerisauan tentang sebarang simptom, sila dapatkan saranan doktor.

    Bila saya harus berjumpa doktor?

    Pesakit dengan skizofrenia tidak tahu mereka mempunyai penyakit mental dan memerlukan rawatan. Jadi jika anda melihat orang yang anda sayangi mempunyai sebarang simptom mental atau perilaku aneh, bawa mereka ke hospital secepat mungkin, terutamanya ke hospital neurologi.

    Pesakit mungkin membantah dan melarikan diri. Anda patut menghubungi hospital atau pakar neurologi untuk mengambil langkah yang tidak mendatangkan kecederaan kepada pesakit.

    Punca

    Apakah Punca Skizofrenia?

    Hingga kini punca skizofrenia masih belum diketahui. Namun saintis percaya perkara berikut memainkan peranan:

    • Genetik: penyakit ini boleh diwarisi dalam keluarga
    • Faktor persekitaran: seperti virus dan masalah nutrisi selepas kelahiran
    • Perbezaan dalam struktur dan bahan kimia dalam otak

    Faktor-faktor Risiko

    Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Skizofrenia?

    Terdapat banyak faktor risiko penyakit ini seperti:

    • Mempunyai saudara yang menghidap skizofrenia: Jika anda mempunyai saudara yang menghidap skizofrenia terutamanya ibu bapa atau adik-beradik, anda mempunyai risiko 10 kali ganda lebih tinggi berbanding orang lain
    • Jangkitan virus, keracunan, dan pemakanan tidak seimbang semasa dalam kandungan, terutamanya dalam 6 bulan pertama.
    • Anak daripada bapa yang sudah berusia
    • Menggunakan ubat perangsang atau perencat saraf sewaktu muda
    • Mempunyai penyakit autoimun

    Diagnosis dan Rawatan

    Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

    Bagaimana pesakit Skizofrenia didiagnosis?

    Apabila doktor mengesyaki seseorang mempunyai skizofrenia, mereka akan memeriksa rekod perubatan, pemeriksaan klinikal dan ujian yang dilakukan, termasuklah:

    Ujian kiraan darah lengkap (Complete blood count) dan ujian darah lain boleh membantu menolak kemungkinan penyakit lain dengan simptom yang sama, begitu juga dengan mengukur kandungan alkohol dan dadah dalam darah. Doktor juga akan meminta ujian pengimejan dilaksanakan seperti MRI atau CT.

    Penilaian psikologi: Pakar psikiatri akan menilai keadaan mental pesakit dengan memerhatikan penampilan dan kelakuan mereka selain bertanya tentang fikiran, mood, paranoia, halusinasi, dan penyalahgunaan dadah, serta kebarangkalian mereka bertindak ganas atau membunuh diri.

    Bagaimana pesakit Skizofrenia dirawat?

    Skizofrenia tidak boleh dirawat tetapi kebanyakan simptomnya boleh dirawat dengan ubat dan terapi tingkah laku kognitif (cognitive behavioral therapy).

    Penyakit mental sering kali berlaku kepada pesakit yang mempunyai cara fikir yang salah atau berfikiran negatif dalam jangka masa yang lama. Doktor akan menggunakan terapi kognitif untuk membantu mengenal pasti tabiat tersebut. Pesakit kemudiannya akan menjalani terapi tingkah laku dan panduan latihan untuk mengelakkan cara fikir tersebut. Apabila pesakit tidak lagi berfikir dengan cara yang sama bermakna simptomnya telah disembuhkan.

    Doktor mungkin menyarankan ubat anti neurotik harian untuk menghalang simptom delusi dan paranoia. Doktor juga akan menggunakan terapi psikososial untuk pesakit. Rawatan psikososial ialah terapi kaunseling, yang membantu pesakit dalam aktiviti harian dan aktiviti komuniti. Kumpulan sukarelawan di bawah bimbingan doktor juga akan mengajar anda atau orang yang anda sayangi kemahiran yang diperlukan.

    Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

    Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Skizofrenia?

    Perubahan gaya hidup dan rawatan tambahan berikut mungkin membantu menangani penyakit ini:

    • Ambil ubat anda setiap hari seperti yang diarahkan doktor
    • Sertai program dan aktiviti yang disarankan seperti menyertai kumpulan sokongan.
    • Elakkan meminum alkohol kerana ia mengganggu kesan ubat
    • Jangan biarkan pesakit berada dalam keadaan tertekan. Stress, kurang tidur, pemakanan tidak seimbang dan kafein akan menyebabkan simptom berulang.
    • Hubungi doktor jika anda mendengar suara, menjadi paranoid atau mula berfikir secara abnormal.
    • Hubungi doktor jika anda kurang tidur atau mempunyai keinginan membunuh diri.
    • Jangan mengambil ubat walaupun ubat preskripsi tanpa memastikan dahulu dengan doktor anda.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 05/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan