Apakah komplikasi atau kesan jika penyakit-penyakit ini lambat dirawat?

Berikut merupakan kesan atau komplikasi jika penyakit-penyakit ini tidak atau lambat dirawat:
#1. Sindrom Ramsay Hunt
Jika sindrom ini lambat dirawat, ia boleh menyebabkan beberapa kesan yang berbahaya seperti kehilangan pendengaran secara kekal dan juga kelemahan otot muka.
Bagi kebanyakan individu, kesan ini hanya berlaku untuk sementara waktu sahaja. Namun, ia juga boleh menjadi komplikasi yang kekal.
Selain itu, antara komplikasi lain sindrom ini adalah boleh menyebabkan kerosakan pada mata. Apabila otot muka sudah menjadi lemah, kelopak mata akan menjadi sukar untuk ditutup.
Jika ini berlaku, kornea mata akan menjadi rosak dan boleh menyebabkan mata menjadi kabur.
#2. Kesan penyakit kayap
Bagi kesan kayap pula, ia boleh menyebabkan beberapa komplikasi yang serius jika tidak dirawat.
Antaranya ialah seperti kehilangan deria penglihatan, kehilangan pendengaran, jangkitan bakteria pada kulit, kelumpuhan separuh muka, pneumonia, strok dan meningitis.
Selain itu, kesan kayap yang tidak dirawat juga boleh menyebabkan sistem saraf dan tulang belakang anda mengalami kerosakan kekal.
#3. Penyakit chickenpox
Untuk individu sihat yang mendapat jangkitan ini, amat jarang untuk komplikasi berlaku kepada mereka.
Namun, bagi golongan yang berisiko tinggi, mereka berpotensi untuk mendapat komplikasi yang serius jika lambat dirawat.
Antara komplikasi yang boleh berlaku ialah seperti jangkitan bakteria pada kulit dan tisu lembut. Selain itu, mereka yang berisiko tinggi juga boleh mendapat jangkitan pada paru-paru atau pneumonia.
Jangkitan dan pembengkakan pada otak juga boleh terjadi, selain masalah pendarahan dan jangkitan aliran darah.
Jumpa doktor jika alami kesan kayap, chickenpox dan sindrom Ramsay Hunt
Kini anda telah mengetahui kaitan antara virus penyebab sindrom Ramsay Hunt dan penyakit kayap serta chickenpox.
Selain itu, anda juga tahu kesan kayap, chickenpox dan sindrom Ramsay Hunt yang boleh berlaku jika ia lambat atau tidak dirawat.
Segera berjumpa doktor jika anda mengalami gejala-gejala penyakit ini.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen