Dedalu, Eropah

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Kegunaan

Apakah kegunaan Dedalu-Eropah?

Dedalu-Eropah merupakan suatu tumbuhan. Buah beri, daun, dan batangnya digunakan untuk membuat ubat.

Dedalu-Eropah turut digunakan bagi keadaan yang berikut, termasuk:

  • Tekanan darah tinggi
  • Pengerasan arteri
  • Pendarahan dalaman
  • Buasir
  • Epilepsi dan and sawan bayi
  • Gout
  • Keadaan psikiatrik seperti kemurungan
  • Gangguan tidur
  • Sakit kepala
  • Tiada tempoh haid
  • Simptom menopaus
  • Pembersihan darah
  • Penat fizikal dan mental
  • Batuk kokol
  • Asma
  • Pening
  • Cirit birit
  • Korea
  • Penyakit hati dan hempedu

Sesetengah orang menggunakannya bagi mengurangkan kesan sampingan kemoterapi dan terapi radiasi atau sebagai ubat penenang.

Suntikan Dedalu-Eropah digunakan bagi merawat kanser dan kegagalan sendi.

Dedalu-Eropah mungkin diberikan untuk kegunaan lain; rujuk doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah Dedalu-Eropah berfungsi?

Tiada kajian yang cukup tentang bagaimana herba tambahan ini berfungsi. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian menunjukkan yang Dedalu-Eropah mempunyai beberapa bahan kimia aktif. Ia mungkin merangsang sistem imun dan membunuh sel-sel kanser tertentu dalam tabung uji, namun ia kelihatan tidak berkesan bagi manusia.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambil Dedalu-Eropah?

Berunding dengan doktor, ahli farmasi atau ahli herba, sekiranya:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Hal ini kerana, semasa anda sedang hamil atau menyusukan bayi, anda perlu mengambil ubat seperti yang dinasihatkan doktor
  • Anda mengambil ubat lain. Hal ini termasuklah sebarang pengambilan ubatan yang boleh dibeli tanpa preskripsi
  • Anda mempunyai alergi dengan mana-mana bahan dalam Dedalu-Eropah atau ubatan lain atau herba lain
  • Anda mempunyai penyakit, gangguan atau keadaan perubatan lain
  • Anda mempunyai jenis alergi lain seperti terhadap makanan, pewarna, pengawet atau haiwan

Pengawalan bagi sesuatu herba tambahan kurang ketat berbanding dengan pengawalan ubat. Banyak kajian diperlukan bagi menentukan keselamatannya. Faedah mengambil herba ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda untuk maklumat lanjut.

Adakah Dedalu-Eropah selamat digunakan?

Mengandung dan menyusu badan:  Tidak cukup maklumat yang boleh dipercayai tentang keselamatan menggunakan Dedalu-Eropah jika anda sedang mengandung dan menyusu badan. Ambillah pendapat yang selamat dan elakkan penggunaannya.

Pembedahan:  Berhenti mengambil Dedalu-Eropah sekurang-kurangnya 12 minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.

Kesan-kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Dedalu-Eropah?

Dedalu-Eropah boleh menyebabkan muntah, kekejangan dan kesan sampingan lain. Bagi jangka masa pendek, kekerapan menggunakannya mungkin mengakibatkan kerosakan hati.

Menyuntik Dedalu-Eropah di bawah kulit boleh menyebabkan demam, kedinginan, reaksi alergi dan kesan sampingan lain.

Tidak semua orang mengalami kesan-kesan sampingan ini. Terdapat beberapa kesan sampingan lagi yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan terhadap sesuatu kesan sampingan, sila merujuk dengan doktor atau ahli herba anda.

Tindak balas ubat

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan Dedalu-Eropah?

Herba tambahan ini mungkin bertindak balas dengan ubatan semasa atau keadaan perubatan anda. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda sebelum guna.

Produk yang mungkin bertindak balas dengan herba anda, seperti:

  • Ubatan untuk tekanan darah tinggi (Ubat anti-hipertensi) kerana ia mungkin menyebabkan tekanan darah anda menjadi terlalu rendah. Sesetengah ubatan untuk tekanan darah tinggi termasuk captopril (Capoten), enalapril (Vasotec), losartan (Cozaar), valsartan (Diovan), diltiazem (Cardizem), Amlodipine (Norvasc), hydrochlorothiazide (HydroDiuril), furosemide (Lasix) dan banyak lagi
  • Ubatan yang menurunkan sistem imun (Imunosupresan). Dedalu-Eropah mungkin mengurangkan keberkesanan Imunosupresan. Beberapa ubatan termasuk azathioprine (Imuran), basiliximab (Simulect), cyclosporine (Neoral, Sandimmune), daclizumab (Zenapax), muromonab-CD3 (OKT3, Orthoclone OKT3), mycophenolate (CellCept), tacrolimus (FK506, Prograf), sirolimus (Rapamune), prednisone (Deltasone, Orasone), corticosteroid (glucocorticoids) dan lain-lain

Juga, maklumkan kepada doktor anda sekiranya anda mempunyai penyakit yang berikut, termasuk:

  • Sklerosis multipel (MS)
  • Lupus (lupus eritematosus sistemik, SLE)
  • Reumatoid artritis (RA)
  • Penyakit jantung
  • Leukemia
  • Penyakit hati
  • Pemindahan organ

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubatan ini.

Apakah dos yang biasa digunakan bagi Dedalu-Eropah?

Cadangan penggunaan tinktur:

Tambah 1-15 titik dalam air 1-3 kali sehari. Goncangkan dengan baik. Kehadiran bahan tertentu dalam produk ini adalah perkara biasa.

Dos bagi herba tambahan ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang diambil bergantung kepada umur, kesihatan anda dan beberapa keadaan lain. Herba tambahan tidak selamanya selamat. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda untuk dos yang sesuai.

Ketersediaan Dedalu-Eropah

Herba tambahan ini boleh didapati dalam bentuk yang berikut:

  • Tinktur

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jangan Terus Sapu Ubat Gel Jika Terkena Ulser Mulut, Lagi-lagi Pada Anak Kecil! Ini Sebabnya

    Ubat gel bonjela adalah antara cara merawat ulser mulut yang paling dipercayai. Persoalannya, adakah ia benar berkesan dan tidak berbahaya? Jom klik!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kesihatan Mulut, Penjagaan Mulut 26/01/2021 . 3 minit bacaan

    Sebab Inilah Kita Kena Berus Lidah Sekali Masa Gosok Gigi! Kalau Tidak, Akan Jadi Begini…

    Ramai yang sangka rutin penjagaan oral adalah sekadar menggosok gigi dan gusi sahaja. Tidak, anda juga perlu memberus lidah. Kenapa? Jom klik untuk baca!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kesihatan Mulut, Penjagaan Mulut 26/01/2021 . 3 minit bacaan

    Amal Diet Tinggi Protein Untuk Turunkan Berat Badan? Tunggu Dulu! Ada 6 Risiko Perlu Tahu

    “Saya ada membaca artikel yang mengatakan, diet tinggi protein mempunyai keburukan kepada tubuh. Apakah keburukan protein yang diambil secara berlebihan?”

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diet & Turun Berat Badan, Pemakanan Sihat 26/01/2021 . 3 minit bacaan

    Lelaki Dewasa Tetapi Suara Seperti Budak, Meski Kedengaran Aneh, Kan? Ini Sejenis Penyakit!

    Tahukah kalian bahawa ada sejenis penyakit yang akan menyebabkan suara lelaki dewasa seperti budak kecil? Jom klik artikel ini untuk tahu tentangnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keadaan Tekak, Keadaan Telinga, Hidung/Tekak 25/01/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    masalah buang air kecil OAB

    Kerap Buang Air Kecil, Pundi Kencing Terlalu Aktif- Orang Muda Pun Boleh Kena Tau!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 26/01/2021 . 3 minit bacaan
    media sosial di malaysia

    Dah Muak Dengan Toksik Media Sosial? Tak Perlu Padam Akaun, Amalkan 5 Perkara Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 26/01/2021 . 3 minit bacaan
    sakit dada kiri

    8 Perkara Penting WAJIB Tahu Jika Alami Serangan Jantung Ketika Memandu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 26/01/2021 . 3 minit bacaan
    sukan wanita

    Wanita Hendak Selesa Ketika Bersenam, Yang Mana Perlu Pakai: Bra Sukan Atau Coli Biasa?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 26/01/2021 . 3 minit bacaan