backup og meta

Tangan Luka Kena Pisau? Jangan Letak Ubat Gigi! Buat Cara Ini, Hanya 3 Langkah!

Tangan Luka Kena Pisau? Jangan Letak Ubat Gigi! Buat Cara Ini, Hanya 3 Langkah!

Sedang asyik memotong bawang, tiba-tiba tangan kena pisau. Alamak, apa yang perlu dilakukan? Bolehkah saya letakkan ubat gigi atau minyak gamat terus pada kawasan luka untuk hentikan pendarahan?

Relaks… Jika luka anda kecil, anda boleh lakukan first aid sahaja di rumah. Hanya dalam 3 langkah, anda boleh bersihkan, rawat dan pastikan tidak ada jangkitan pada jari yang terluka.

Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan apa yang perlu anda lakukan sekiranya jari luka kena pisau. Pada masa yang sama, kami juga akan senaraikan bahan-bahan yang TIDAK BOLEH diletakkan di atas luka.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Habit Sihat, anda juga boleh klik di sini.

Tangan kena pisau, nak buat apa ini?

Malang tidak berbau. Walaupun anda sudah berhati-hati, musibah masih juga berlaku. Sebab itulah, anda perlu bersedia untuk sebarang kemungkinan.

Jika tangan terluka, pastikan anda lakukan 3 perkara di bawah:

1. Hentikan pendarahan

tangan luka kena pisau

Langkah pertama yang anda perlu lakukan jika tangan terhiris pisau adalah menghentikan pendarahan.

Cara yang termudah adalah dengan meletakkan jari di bawah air paip yang mengalir. Air akan membantu salur darah mengecut dan memperlahankan pendarahan.

Selain itu, anda juga boleh tekan kawasan luka dengan kain bersih. Jangan pula capai kain kotor untuk tutup luka! Nanti, tangan kena pisau itu mungkin terkena jangkitan pula.

2. Bersihkan kawasan luka

Jangan sesekali letak garam atau iodin pada luka anda. Benar, kita diajar daripada kecil untuk meletakkan pelbagai jenis ubat, contohnya minyak gamat pada luka.

Bukannya tidak boleh, tapi beri masa untuk pendarahan berhenti sebelum meletakkan apa-apa jenis ubat.

Selepas pendarahan berhenti, tanggalkan kain atau pembalut pada luka. Kemudian, bilas sekali lagi dengan air dan sabun. Pilih sabun yang bertindak lembut ke atas kulit.

Mengapa perlu letak sabun? Sabun dapat membantu kurangkan kegatalan pada kawasan luka. Ia juga dapat mengurangkan risiko jangkitan!

3. Balut tangan kena pisau dengan kain

tangan luka kena pisau

Selepas luka sudah bersih dan kering, inilah masanya untuk anda letakkan sebarang krim untuk elakkan jangkitan.

Krim antibiotik merupakan pilihan yang terbaik. Ia dapat mengurangkan risiko jangkitan dan bengkak.

Kemudian, balut tangan kena pisau tersebut dengan kain bersih. Tukar balutan setiap hari.

Perhatikan kawasan luka dan lihat sama ada ia sembuh dengan betul atau tidak. Jika luka tidak teruk, ia sepatutnya sembuh dalam masa beberapa hari atau beberapa minggu.

Tanda luka sembuh dengan baik

  1. Tumbuh kudis. Luka selalunya akan melalui 3 fasa sebelum benar-benar sembuh; pendarahan, pembekuan darah dan tumbuh kudis.
  2. Bengkak. Jangan risau, ini merupakan tanda sistem imun badan anda sedang bertungkus-lumus melawan jangkitan dan memulihkan luka.
  3. Tumbuh tisu baru. Selepas beberapa hari, kulit baru akan tumbuh semula.
  4. Kulit berparut. Ini bermaksud kulit anda telah benar-benar sembuh.

Jangan letak bahan ini pada tangan kena pisau

“Tapi, saya pernah baca, ubat gigi dan garam bagus untuk merawat luka!”

Sebelum anda letak apa-apa bahan ke atas luka untuk merawatnya, pastikan anda baca penerangan kami di bawah.

Bahan seperti hidrogen peroksida, ubat gigi, garam dan sebagainya sebenarnya akan membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan!

1. Ubat gigi

tangan luka kena pisau

Ubat gigi sudah lama dipercayai sebagai ubat melecur. Bak kata orang, bahan di dalam ubat gigi dapat mengurangkan lecuran dan membantu luka sembuh dengan lebih cepat.

Ia juga dikatakan dapat mengecutkan jerawat disebabkan kandungan pudina dan rasanya yang sejuk pada kulit.

Walau bagaimanapun, untuk pastikan luka anda benar-benar sembuh, pertama sekali anda perlulah pastikan ia tidak terdedah dengan bahan yang kotor.

Ubat gigi tidak sesuai diletakkan pada kawasan luka. Besar kemungkinan, ia akan menyebabkan luka anda lambat sembuh, makin sakit dan lebih mudah mengalami jangkitan.

Baca juga:

2. Garam

Aduh, kenapalah hendak buat luka sedia ada semakin sakit! Benar, garam telah digunakan ribuan tahun lamanya untuk merawat luka. Namun, elakkan menabur garam jika tangan kena pisau.

Perbuatan meletakkan garam pada luka boleh menyebabkan pelbagai komplikasi. Malah, struktur garam yang kasar juga mungkin akan membuatkan luka menjadi semakin serius.

Bak kata pepatah Melayu, bagaikan luka disirami garam. Bukankah ia bermaksud luka yang semakin sakit?

3. Hidrogen peroksida

Hidrogen peroksida juga merupakan satu bahan yang sering ditaburkan ke atas luka. Ia terlalu keras dan boleh menyebabkan iritasi pada kawasan luka.

Menurut pakar, hidrogen peroksida sangat berkesan untuk membunuh bakteria. Namun, pada masa yang sama, ia akan turut mematikan sebarang sel yang sihat. Jadi, elakkan penggunaan hidrogen peroksida ke atas luka ya!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Basic Wound Care. https://www.uhs.wisc.edu/medical/wound-care/. Accessed on November 3, 2022.
  2. Does my cut need stitches? https://www.nhs.uk/common-health-questions/accidents-first-aid-and-treatments/does-my-cut-need-stitches/. Accessed on November 3, 2022.
  3. Home wound care do’s and don’ts. https://www.ucihealth.org/blog/2018/10/wound-care. Accessed on November 3, 2022.
  4. Wound Care Manual. https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Garis%20Panduan/Garis%20Panduan%20Umum(KKM)/Wound_Care_Manual.pdf. Accessed on November 3, 2022.
  5. Wounds first aid. https://www.healthywa.wa.gov.au/Articles/U_Z/Wounds-first-aid. Accessed on November 3, 2022.

Versi Terbaru

20/05/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Luka Lambat Sembuh? Awas, Ia Mungkin Tanda Anda Menghidap Kencing Manis!

Waspada Dengan Sapuan Iodin Pada Luka! Selain Memedihkan, Ada Kesan Sampingan Lain!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 20/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan