backup og meta

Petua Penting Pilih Sabun Mandi Kalau Ada Ekzema, Pastikan 4 Ciri Khusus Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 13/09/2022

    Petua Penting Pilih Sabun Mandi Kalau Ada Ekzema, Pastikan 4 Ciri Khusus Ini!

    Bagi kebanyakan orang, penggunaan sabun untuk mandi atau membasuh muka jarang mendatangkan sebarang masalah. Pilihlah jenama apa pun, semuanya boleh digunakan. Namun, pemilihan sabun eczema amat penting untuk penghidap penyakit ekzema.

    Jika salah memilih sabun, kulit boleh menjadi kering, mengelupas dan kemudiannya tertanggal. Semua ini akan menyebabkan pesakit ekzema rasa sakit dan rendah diri dengan penampilan diri sendiri.

    Mereka yang ada penyakit ekzema mempunyai masalah untuk melindungi kulit daripada persekitaran. Memakai produk yang salah juga boleh membuatkan kulit mereka menjadi kering dan mengalami inflamasi tanpa sebarang amaran.

    Oleh sebab itu, pesakit ekzema perlulah memilih sabun yang sesuai dengan kulit. Sabun ini bukan sahaja perlu berkesan untuk membersihkan wajah, ia juga haruslah bertindak lembut ke atas kulit.

    Baca lebih lanjut tentang Alahan di sini.

    Mencari sabun eczema terbaik

    sabun eczema

    Jika anda mempunyai masalah ekzema, ketahuilah anda tidak berseorangan. Di Amerika Syarikat, ekzema merupakan penyakit kulit yang berlaku kepada hampir 30,000 orang.

    Walau bagaimanapun, bukan mudah untuk mencari sabun yang sesuai untuk pesakit ekzema.

    Disebabkan keadaan individu yang berbeza-beza, sabun yang mempunyai label ‘sensitif’ sahaja mungkin tidak cukup untuk mengawal ekzema yang dialami.

    Sebagai contoh, perubahan pada kawasan kulit mungkin akan membuatkan produk yang anda selalu gunakan menjadi tidak berkesan.

    Jika anda mempunyai masalah ekzema yang lebih teruk daripada biasa, anda perlu berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

    Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor juga mungkin dapat membantu.

    Kadangkala, sabun eczema yang dijual di pasar raya atau farmasi tidak sesuai untuk kegunaan anda.

    Oleh sebab itu, doktor mungkin akan membekalkan anda dengan sabun yang lebih berkesan.

    Selain itu, produk yang anda selalu gunakan juga mungkin akan berubah dari segi formulasi.

    Kadangkala, perubahan ini boleh berlaku secara tiba-tiba.

    Sebab itulah produk yang anda selalu pakai tiba-tiba menjadi kurang berkesan dan tidak efektif seperti dahulu.

    Elakkan juga terpedaya dengan sebarang rekomendasi di media sosial ataupun di laman sesawang.

    Produk yang berkesan untuk mereka mungkin tidak mempunyai kesan yang sama terhadap penyakit ekzema yang anda alami.

    Apa yang perlu dipertimbangkan semasa mencari sabun ekzema?

    sabun eczema

    Ada beberapa perkara yang perlu anda ingat semasa memilih sabun untuk eczema. Sebagai contoh, anda boleh rujuk senarai kami di bawah:

    1. Jauhkan diri daripada surfaktan

    Surfaktan merupakan salah satu bahan yang terkandung di dalam sabun.

    Bahan ini dapat menanggalkan kotoran daripada kulit, baju dan juga permukaan seperti lantai dan dinding.

    Walau bagaimanapun, surfaktan boleh membuatkan lapisan kulit rosak. Ia akan menyebabkan kulit menjadi stres dan mengalami inflamasi.

    Akibatnya, pesakit akan alami masalah kulit kemerahan, kering dan juga gatal-gatal.

    2. Jangan gunakan pencuci yang kasar pada kulit

    Jangan sesekali gunakan pencuci muka secara semberono. Kadangkala, sabun tersebut mungkin mengandungi bahan yang menyebabkan kerosakan pada lapisan kulit.

    Untuk mereka yang mengalami ekzema, cara yang terbaik adalah dengan menggunakan sabun yang disarankan oleh doktor kulit.

    Jika anda tidak dapat membeli produk yang dibekalkan oleh doktor, selalunya mereka akan memberikan rekomendasi berdasarkan apa yang boleh didapati di farmasi atau pasar raya terdekat.

    3. Pilih sabun eczema dengan pH yang seimbang

    Ramai pesakit ekzema yang percaya bahawa sabun yang bersifat alkali lebih baik untuk kulit mereka. Walau bagaimanapun, itu mungkin tidak benar.

    Jika anda sayangkan kulit anda, pilih sabun pencuci dengan pH yang seimbang.

    Sabun jenis ini bukan sahaja bermanfaat untuk mereka yang mempunyai ekzema, ia juga bagus untuk semua orang tidak kiralah apa jua jantina anda.

    4. Pencuci bebas sabun lebih baik? Mungkin tidak!

    sabun eczema

    Kini, sudah ada banyak pencuci yang bebas sabun di pasaran.

    Produk ini tidak mengandungi surfaktan dan mungkin tidak akan menghasilkan sebarang buih semasa digunakan. 

    Walau bagaimanapun, ia mungkin bukan pilihan yang terbaik untuk mereka yang menghidap ekzema.

    Sebenarnya, ada surfaktan yang lebih selamat dan tidak akan menyebabkan iritasi terhadap kulit.

    Apa yang penting, jangan lupa baca label produk dengan baik sebelum melakukan sebarang pembelian.

    Lakukan patch test sebelum guna

    Tahukah anda, apa itu patch test? Patch test merupakan satu langkah yang penting sebelum menggunakan apa-apa jenis produk baharu.

    Ambil amaun yang sedikit dan sapukan pada bahagian pergelangan tangan anda. Kemudian, bersihkannya dan biar kawasan tersebut kering.

    Jika kawasan tersebut bertukar kemerah-merahan dan menjadi gatal dalam masa 48 jam, elakkan daripada menggunakan produk tersebut.

    Namun, jika tiada apa-apa reaksi, sabun eczema itu mungkin masih selamat untuk digunakan!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 13/09/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan