Sesiapapun mungkin akan ditimpa kecederaan tidak kira di mana dan pada bila-bila masa sahaja. Dengan menggunakan teknik pertolongan cemas, kita mungkin dapat menghentikan kecelakaan kecil daripada menjadi teruk. Dalam kes kecemasan perubatan yang serius, anda mungkin dapat selamatkan nyawa. Ini tujuan pertolongan cemas dilakukan, jadi, penting untuk kita semua belajar kemahiran asas pertolongan cemas.
Baca lebih lanjut tentang Habit Sihat di sini.
Apa itu pertolongan cemas?
Apabila anda menyediakan rawatan perubatan asas kepada seseorang yang mengalami kecederaan atau sakit secara tiba-tiba, ia dikenali sebagai pertolongan cemas.
Dalam sesetengah kes, pertolongan cemas bermaksud sokongan awal yang diberikan kepada seseorang di antara (masa pertengahan) kecemasan perubatan.
Sokongan ini mungkin dapat membantu mereka bertahan sehingga bantuan profesional tiba.
Dalam kes-kes lain, tujuan pertolongan cemas adalah terdiri daripada penjagaan yang diberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan kecil.
Contohnya, tujuan pertolongan cemas sering sekali diperlukan untuk merawat luka terbakar kecil, luka, dan gigitan serangga.
Kepentingan dan tujuan pertolongan cemas
Jika anda belajar asas dan teknik pertolongan cemas, suatu hari anda mungkin mampu menyelamatkan nyawa seseorang yang anda sayangi, rakan sekerja atau orang asing.
Pertolongan cemas mungkin melibatkan tindakan mudah, seperti meletakkan seseorang di tempat yang betul untuk bernafas dengan bebas.
Ia juga mungkin melibatkan aktiviti yang lebih mahir, seperti pemulihan pernafasan (CPR) jika mereka berhenti bernafas.
3 teknik pertolongan cemas untuk situasi kecemasan
Jika anda berdepan dengan situasi kecemasan, ikuti tiga langkah asas berikut:
#1 Memeriksa tempat kejadian
Sebelum membantu, periksa dahulu jika tempat atau keadaan tersebut selamat untuk anda. Sekiranya keselamatan anda berisiko, keluar dari kawasan itu dan dapatkan bantuan.
Jika selamat, nilai keadaan orang yang sakit atau cedera tanpa menggerakkan mereka (kecuali jika terpaksa).
#2 Hubungi bantuan perubatan jika perlu
Sekiranya keadaan mangsa kritikal atau perlu dirujuk ke hospital, segera hubungi talian kecemasan.
#3 Berikan penjagaan
Tunggu bersama dengan mangsa sehingga bantuan profesional tiba. Sementara menantikan bantuan, lindungi mangsa dengan selimut hangat, selesa dan tenangkan mereka.
Sekiranya anda tahu teknik pertolongan cemas, cuba lakukan rawatan asas.
Apa yang perlu ada dalam peti pertolongan cemas?
Peti pertolongan cemas merupakan item wajib dalam setiap rumah mahupun pejabat. Peti ini akan membantu anda mendapatkan rawatan segera bagi kemalangan kecil.
Anda boleh mendapatkan peti pertolongan cemas di mana-mana kedai farmasi atau membuatnya sendiri.
Apa yang perlu dimasukkan dalam peti pertolongan cemas?
Bekalan asas
- Plaster dalam pelbagai saiz dan bentuk
- Kain kasa steril dalam pelbagai saiz dan bentuk
- Pita pelekat dan bandages dalam pelbagai saiz dan bentuk
- Bebola kapas
- Pembalut elastik (elastic bandage)
- Safety pin
- Penganduh jari
- Pek sejuk segera
- Sarung tangan steril
- Pengelap antiseptik (antiseptic wipes)
- Air suling atau 0.9% larutan salin untuk membersihkan luka
- Termometer
- Tweezer
- Splint
- Gunting
- Semua arahan atau manual untuk setiap item dalam kit
- Cawan ubat, sudu atau jarum
Ubat-ubatan
- Ubat preskripsi untuk kecemasan (jika anda mempunyai sebarang masalah kesihatan yang memerlukan ubat yang khusus)
- Antihistamin
- Ubat tahan sakit seperti ibuprofen atau aspirin
- Ubat selesema dan ubat batuk
- Ubat anti cirit-birit
- Bahan dressing
- Sabun, minyak, krim, losen, ethyl alcohol, pelincir, pelindung matahari, sanitizer dan penghalang serangga yang disteril
Item kecemasan
- Senarai nombor kecemasan termasuk polis dan pusat perubatan
- Senarai nombor ahli keluarga dan doktor peribadi
- Sejarah perubatan semua ahli keluarga, termasuk ubat-ubatan yang sedang digunakan
- Lampu suluh, bateri dan mancis
- Selimut
- Telefon bimbit menggunakan pengecas solar
3 item yang terakhir sesuai dimasukkan jika anda mengembara ke luar seperti berkhemah dan mendaki gunung.
Tujuan pertolongan cemas: Apa yang perlu dilakukan seterusnya?
- Baca arahan setiap item dalam kit dengan teliti untuk menggunakannya dengan betul apabila diperlukan
- Letakkan kit di tempat yang mudah diakses untuk orang dewasa tetapi jauh daripada jangkauan kanak-kanak
- Periksa kit secara berkala untuk membuang item yang telah tamat tempoh dan isi semula atau gantikan item yang hilang
- Periksa barangan elektronik seperti lampu suluh atau bateri untuk memastikan masih berfungsi
- Semasa dalam perjalanan ke mana-mana, pastikan anda telah memasukkan kit ke dalam bagasi anda
- Beri arahan mengenai cara menggunakan kit kepada anak-anak anda
- Dapatkan satu kit di rumah, satu dalam kereta, satu di tempat kerja dan satu kit kecil dalam beg anda
- Peti pertolongan cemas yang lengkap boleh membantu anda dalam pelbagai situasi daripada kecederaan kecil kepada kecemasan
Kit pertolongan cemas untuk bayi
Sekiranya ada bayi kecil, kit anda perlu ada termometer bayi dan asetaminophen bayi atau ibuprofen.
Kesimpulan
Dalam kebanyakan kes, tujuan pertolongan cemas asas ini dapat membantu menghentikan keadaan kecil daripada menjadi lebih buruk.
Dalam kes kecemasan perubatan, teknik dan tujuan pertolongan cemas mungkin menyelamatkan nyawa.
Sekiranya seseorang mengalami kecederaan serius atau sakit, mereka harus menerima rawatan susulan daripada profesional perubatan.
Selain itu, anda perlu melindungi diri daripada penyakit berjangkit dan bahaya lain semasa memberikan pertolongan cemas. Caranya:
- Sentiasa periksa bahaya yang boleh meletakkan risiko keselamatan anda sebelum mendekati orang yang sakit atau cedera
- Elakkan hubungan langsung dengan darah, muntah, dan cecair badan yang lain
- Pakai peralatan perlindungan, seperti sarung tangan nitril atau vinil apabila merawat seseorang dengan luka terbuka atau penghalang pernafasan ketika melakukan CPR
- Basuh tangan dengan sabun dan air sebaik sahaja memberikan rawatan atas tujuan pertolongan cemas
[embed-health-tool-bmi]