backup og meta

Suka Mandi Air Panas Pagi-pagi? Jika Ingin Pasang Pemanas Air Elektrik, Ambil Tahu Ini Dulu!

Suka Mandi Air Panas Pagi-pagi? Jika Ingin Pasang Pemanas Air Elektrik, Ambil Tahu Ini Dulu!

Walaupun bukan semua, namun kebanyakan rumah sekarang ada menggunakan pemanas air elektrik di bilik air. Tujuannya pula hanya satu, untuk mandi air hangat pada waktu pagi dan malam yang dingin.

Namun, mungkin masih ramai orang belum tahu bahawa wujud bahaya water heater elektrik ini!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan Habit Sihat, anda boleh klik di sini.

Apa itu pemanas air elektrik?

Untuk pengetahuan anda semua, aktiviti memanaskan air itu sudah wujud dari zaman dahulu lagi, cuma caranya sahaja yang berubah. Daripada menggunakan sumber api, ia mula beralih kepada gas dan kini telah bertukar kepada elektrik.

Pemanas air versi moden ini berfungsi dengan cara memanaskan rod tembaga yang ada di dalam alat tersebut. Kemudian, ia akan memindahkan haba daripada rod itu kepada air yang tersimpan.

Apa yang lebih menarik, penggunaan pemanas air elektrik ini juga sangat efektif di mana ia mampu untuk memanaskan air dengan mudah dan cepat, dipercayai 50% lebih berkesan berbanding kaedah lain.

Disebabkan itu juga, majoriti isi rumah telah memilih untuk memasang alat ini di rumah mereka. Tetapi, bil elektrik anda mungkin akan meningkat mendadak angkara penggunaan pemanas air ini.

pemanas air elektrik

Baca lagi artikel berkaitan:

Dalam pada itu, wujud juga bahaya lain jika salah cara menggunakannya. Jadi, usah ambil mudah!

Apa bahaya pemanas air elektrik?

Jika anda tidak pernah guna alat ini di rumah sendiri, setiap orang pasti pernah ada pengalaman menggunakan water heater elektrik di tempat lain seperti semasa menginap di hotel atau homestay.

Anda perlu tahu bahawa memang terdapat bahaya tersembunyi di sebalik alat ini terutama buat mereka yang baru pertama kali menggunakannya. Maka, jangan asal guna sahaja, sebaliknya teliti dulu manual penggunaan setiap produk.

Selain bil elektrik yang akan meningkat mendadak, berikut adalah bahaya pemanas air moden ini:

1. Renjatan elektrik

Pertama, ada risiko untuk individu terkena renjatan elektrik memandangkan sumber tenaga untuk alat ini adalah elektrik. Ditambah pula dengan kewujudan elemen tembaga dan air yang masing-masing bukan jenis penebat, maka risiko renjatan lebih tinggi.

Namun, tangki atau badan produk ini dicipta dengan plastik atau bahan kalis elektrik yang mampu menurunkan risiko itu. Untuk lebih selamat lagi, pasang water heater dari jenis touchless.

pemanas air elektrik

2. Letupan kecil

Selain renjatan, wujud juga risiko berlaku letupan dalam skala yang kecil akibat kerosakan pada litar alat ini. Apa yang agak menakutkan adalah letupan yang berskala ‘kecil’ ini dipercayai mampu mencederakan individu jika mereka berada dekat dengannya.

Maka, sila sentiasa periksa serta selenggara segala kerosakan pada litar alat ini. Diingatkan, jangan guna atau biar suis terbuka apabila ia sedang rosak atau ketika anda tidak menggunakannya.

3. Alahan kulit dengan penggunaan pemanas air elektrik?

Seperti mana yang kami katakan di atas tadi, elemen utama untuk pemanasan air menggunakan alat ini adalah rod tembaga. Tahukah anda bahawa ada individu yang ada masalah alergi tembaga?

Akibatnya, air yang sudah terdedah dengan tembaga dan terkena pada kulit bakal mengakibatkan reaksi alahan. Dalam kes lebih teruk, ada juga orang yang turut mengalami kejutan anafilaksis!

4. Suhu air terlalu panas

Sekiranya individu sudah lama menggunakan alat ini, maka anda mungkin akan test air itu dengan hujung jari terlebih dahulu sebelum menyiramkan ia ke segenap bahagian tubuh badan.

Namun jika kurang pengalaman, mungkin ada individu yang akan terus terjah ke pancuran air itu tanpa tahu suhunya. Jika ia terlalu panas, maka ada risiko kelecuran dan kemerahan kulit.

pemanas air elektrik

Telah ada kes maut akibat water heater elektrik!

Sekitar tahun 2020, negara kita telah dikejutkan dengan berita di mana seorang pemain muzik, Eddy Malmsteen yang maut akibat terkena renjatan elektrik daripada pemanas air jenis ini.

“Terdapat dua orang mangsa kemalangan maut yang membabitkan seorang lelaki dan seorang wanita di dalam kejadian ini dengan seorang kanak-kanak juga ditemui dalam keadaan lemah,” jelas Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang, Ahmad Syauqi Abdullah.

Dari kisah itu, mungkin kita dapat konklusikan bahawa penggunaan pemanas air elektrik ini mungkin mudah, cepat dan efisien namun terdapat juga bahaya tersembunyi dalam masa yang sama meski ia tidak selalu terjadi.

Tidak salah untuk memasang dan menggunakan alat ini di rumah, cuma sila lebih waspada. Nasihat kami pula, sentiasa periksa dan selenggara ia agar sentiasa selamat untuk digunakan.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Safety in the bathroom, https://www.electricalsafetyfirst.org.uk/guidance/safety-around-the-home/bathroom-safety/, Accessed Jul 1 2022.
  2. Electrical safety around water, https://www.nfpa.org/Public-Education/Staying-safe/Electrical-safety-around-water, Accessed Jul 1 2022.
  3. Safety with heating equipment , https://www.nfpa.org/Public-Education/Fire-causes-and-risks/Top-fire-causes/Heating, Accessed Jul 1 2022.
  4. Residential Water Heater Safety, https://www.nationalboard.org/index.aspx?pageID=164&ID=247, Accessed Jul 1 2022.
  5. Rude Shock In Electrical Appliances Safety, http://www.standardsusers.org/v1/index.php/18-newsroom/presidents-say/12-rude-shock-in-electrical-appliances-safety, Accessed Jul 1 2022.
  6. Many Water Heaters Set Too High, Upping Burn Risk, https://www.npr.org/sections/health-shots/2013/03/28/175584883/many-hot-water-heaters-set-too-high-upping-burn-risk, Accessed Jul 1 2022.

Versi Terbaru

01/11/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Kulit Melecur Terkena Air Panas Di Rumah? Usah Panik, Rawat Guna 10 Cara Ini

Cuaca Panas Terik Buat Anda Kerap Nak Mandi, Tapi Yang Mana Bagus, Mandi Air Panas @ Sejuk?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 01/11/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan